Resepi Cream Cheese Frosting Senang Dan Mantop Giler

Resepi yang dikongsi kali ini merupakan resepi frosting yang mudah dan sangat mudah untuk disediakan. Frosting cream cheese sangat biasa digunakan didalam beberapa jenis kek seperti kek carrot, kek hummingbird malah dalam resepi yang dikongsikan kali ini ia juga sesuai dibuat inti donat, cream puff dan juga kek cheese leleh.

Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini sangat mudah didapati contohnya cream cheese, butter, gula aising dan juga krim.

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese suhu bilik
  • 50g butter (pilih yang pure untuk rasa yang lebih sedap)
  • 50g gula aising (ayak dulu)
  • 200g-300g fresh cream (pukul hingga kembang)

Kaedah

  • Mula-mula pukul cream cheese bersama butter hingga kembang.
  • Kemudian tambah gula aising dan ters pukul.
  • Terus pukul hingga adunan ini menjadi gebu.
  • Dalam mangkuk berasingan pukul fresh cream hingga kembang.
  • Dengan teknik kaup balik, campurkan kedua bahan iaitu cream cheese dan juga fresh cream.
  • Teknik ini akan membantu untuk mendapatkan cream cheese frosting yang gebu.
  • Siap!

Jika anda ingin menggunakan ia bersama kek coklat untuk membuat cheese leleh, tambah susu segar dan susu manis. Tak perlu dicampur dengan fresh cream untuk mendapat tekstur leleh dan juga lebih sedap dan berlemak. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain