Resepi Citrus Herbs Soda Drinks (Segar Menyegarkan)
Resepi minuman ini merupakan salah satu inovasi minuman yang menggunakan buah-buahan segar bersama air asikrim soda. Citrus herbs soda drinks seperti namanya menggunakan buah-buahan yang masam digandingkan bersama air soda. Rasanya amat menyegarkan terutama apabila serai ditambah bersama asam boi.
Bagi anda yang mencari idea baru inovasi minuman bolehlah mencuba resepi ini yang amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Citrus Herbs Soda Drinks
Bahan-bahan
- Segelas air aiskrim soda.
- ½ biji buah epal hijau
- ½ biji limau nipis
- 2-3 helai daun pudina (ramas agar aromanya keluar)
- 2 biji Asam boi
- Serai (tumbuk pecah)
- Buah rasberi (pilihan)
Kaedah
- Campurkan semua bahan kering dan tekan guna sudu agar semua aromadan rasanya keluar.
- Tambahkan air batu.
- Tambahkan air aiskrim soda.
- Siap.
Jadi diharap anda akan mencubanya sendiri, buah-buahan yang digunakan didalam resepi ini boleh diubah mengikut citarasa anda. Penggunaan air sdoa ialah kerana ia paling sedap, namun anda boleh mencubanya dengan air soda lain juga seperti sprite atau 7up, selamat mencuba ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.