Resepi Cireng Cucur Vegan Viral Indonesia Feveret Tok Ti

Resipi kali ini merupakan resipi yang telah menjadi viral sejak kebelakangan ini. Ianya dipopularkan oleh penyanyi nombor satu yang tersohor di Malaysia Siti Nurhaliza. Cireng adalah sejenis cucur yang sangat popular di Indonesia. Ianya diperbuat dengan menggunakan tepung ubi kayu dan bahan-bahannya juga ringkas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ cawan tepung ubi
  • 2 ulas bawang putih ( dicincang) 
  • 1 mangkuk kecil daun bawang (cincang)
  • Sedikit lada sulah dan garam secukup rasa.
  • *Air panas secukupnya.

Kaedah

  • Campur semua bahan kecuali *
  • Kemudian baru masukkan air panas sambil kacau hingga ia jernih.
  • Kalau nak masak pun boleh, gaul semua bahan dan air masuk sikit-sikit sampai ia jernih.
  • Selepas itu masukkan adunan ini dalam semangkuk tepung ubi dan kacau hingga ia meliputi semua bahagian.
  • Gunting kecil dan pastikan ia bersalut tepung ubi lagi sekali dan goreng.
  • Alih dan tapis minyaknya sebelum dihidangkan.
  • Saya hidang bersama sos cili Thai.
  • Siap! 

Selepas digoreng cireng ini akan menjadi kenyal dan juga mengasyikkan jika dinikmati. Saya amat gemar menjamahnya bersama dengan sos Thai. Tapi biasanya cireng dihidang bersama sambal tumis, ikutlah selera anda. Lebih menarik cireng merupakan sejenis cucur yang gluten free jadi ia sesuai untuk semua orang. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain