Resepi Cekodok Milo Senang Giler Nak Buat

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman petang yang sangat mudah untuk disediakan dan ianya juga amatpopular di kalangan orang Melayu. Cekodok atau cucur milo ini menggunakan bahan yang mudah untuk dicari tepung, gula, Milo dan air.

Bagi anda yang ingin mencari kelainan dalam penyediaan menu minum petang, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan cekodok milo ini.

Bahan-bahan nya 

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Setengah cawan milo
  • 3 sudu susu pekat
  • 2 sudu gula 
  • 3 sudu Minyak jagung 
  • 1 sudu kecil serbuk penaik 
  • Air suam

Kaedah

  • Satukan semua bahan 
  • Isi air suam sikit-sikit sampai adunan sebati – tidak terlalu lembik & tidak terlalu keras 
  • Panaskan minyak 
  • Acu kan dalam sudu besar adunan yang sudah sebati tadi dan goreng kan 
  • Bila sudah nampak macam dah siap
  • Angkat dan bolehlah dihidang kan
  • Siap

Selain dari Milo anda boleh menggunakan apa-apa sahaja jenama. Begitu juga anda boleh pilih untuk menambah susu manis jika anda suka. Gunakan minyak yang sederhana ketika menggoreng agar  cekodok tidak menjadi hangit. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *