Resepi Bandung Cincau (Ringkas Dan Sedap)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang diminati ramai, Bandung cincau adalah air sirap bandung bersama cincau. Cincau adalah sejenis manisan yang berunsur jeli. Ia diperbuat dari sejenis tumbuhan. Ia dimasak kemudian dibiar sejuk sehingga ia mengeras seperti agar-agar.Cincau sangat baik untuk kesihatan terutama ketika cuaca panas, kerana ia dipercayai dapat menurunkan panas badan. Selain itu ia juga sesuai uantuk melawas air kecil bagi mereka yang mengalami kencing kotor.
Kali ini Madam akan kongsikan resepi air bandung cincau bagi anda yang tidak pernah mencubanya boleh rujuk pada bahan-bahan seperti berikut.
Resepi Bandung Cincau (Ringkas Dan Sedap)
Bahan-bahan
- Kordial Sirap Ros Jalen secukupnya (atau sebarang jenama)
- Susu rendah lemak secukupnya
- Susu manis secukupnya
- Cincau yang diparut secukupnya
- Ais kiub secukupnya
- Air mineral jika perlu
Kaedah
- Boleh tambahkan sedikit air jika anda suka.
- Dalam satu bekas kecil lain, bancuh sirap ros dengan beberapa sudu gula pasir dan sedikit air panas.
- Bancuh susu full cream dan susu manis kedalam jug kecil.
- Tambahkan susu dan kemudian tambahkan sirap yang telah dibancuh tadi.
- Letakkan cincau parut didasar gelas pilihan anda, kemudian masukkan air batu.
- Siap.
Resepi – resepi lain yang menarik
Air bandung cincau sangat popular digerai-gerai tepi jalan. Terutama dipasar malam atau dibazar Ramadan ia sememangnya dicari-cari. Bagaimanapun oleh kerana harganya agak mahal, anda boleh membuatnya sendiri kerana ia sangat mudah dan juga lebih murah.Hanya semudah abc, jangan lupa mencuba ini resepi. Selamat mencuba!