Resepi Ban Kelapa (Mengamit Kenangan)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi roti yang pastinya mengamit kenangan. Roti kelapa ini biasanya dijual oleh penjual roti atau sesetengah orang memanggilnya ‘bai roti’ yang datang kekawasan kampung atau perumahan. Roti kelapa amat digemari kerana rasa inti kelapa yang amat digemari ramai. 

Jika anda ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Ban Kelapa
Bahan (A)

  • 500 gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
  • 2 sudu teh yis mauripan
  • 1/2 sudu teh bread improver ( di pasar mini pun ada jual)
  • 1/2 sudu teh dough softener (jika suka roti lembut gebu)                             

Bahan (B)

  • 250 ml air suam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter/mentega
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar minyak masak1 biji telur gred B 

Kaedah Inti Kelapa

  • Campurkan bahan A ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  • Campurkan semua bahan B kecuali telur.
  • Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan telur yang telah dipukul sedikit ke dalam bahan A.
  • Kemudian masukkan air bancuhan B tadi dan uli untuk jadikan doh yang licin lembut.  
  • Uli dalam 10 minit.
  • Bulatkan doh dan tutup doh dengan kain basah.Tunggu doh naik 2 kali ganda (1 jam)
  • Tumbuk doh buangkan anginnya.
  • Uli semula dan bulatkan sebesar bola golf dan isikan *inti kelapa atau apa saja yang anda suka.
  • Letakkan adunan tadi di atas loyang
  • Ulangi sehingga habis.
  • Bakar dalam oven 180 C selama 15 hingga 20 minit.
  • Bila masak keluarkan dari oven dan sapu butter di atas roti supaya roti tidak kering dan sentiasa lembut

Bahan inti kelapa

  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
  • 1 cawan gula merah (bancuh bersama 1 cawan air dan tapis)
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut citarasa masing-masing)
  • 1 sudu besar tepung gamdum (bancuh dengan  3 sudu besar air)
  • 2 helai daun pandan (koyak dan simpulkan)

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan kecuali kelapa dan tepung gandum.
  • Panaskan dalam kuali.  Bila mendidih masukkan kelapa.
  • Bila nampak kelapa dah mask masukkan bancuhan  tepung gandum tadi. Teruskan mengacau sehingga kelapa nampak seperti melekat dan berkilat. Angkat dan sejukkan.
Boleh dibentuk mengikut kesukaan anda.

Roti kelapa ini paling sedap dimakan bersama secawan kopi hitam. Anda seharusnya mencuba sendiri resepi ini sebagai hidangan untuk keluarga atau tetamu anda. Anak-anak pasti teruja dengan air tangan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *