Resepi Ayam Percik Kuah Merah Ala Pasar Malam

Resepi ini merupakan resepi ayam percik yang dijual dipasar malam. Walaupun masakan ini berasal dari sebelah pantai timur tetapi ianya amat popular diseluruh negara dan digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ayam percik kuah merah sedikit berbeza ia tidak menggunakan santan sebaliknya menggunakan air tepung beras untuk memekatkan kuah. Bagaimanapun bahan-bahan yang lain seperti bawang besar, bawang putih dan halia adalah antara bahan biasa yang digunakan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Whole leg ayam 2 ketul

Bahan-bahan sos

  • Bawang merah 6 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia ½ inci
  • Serai 2 batang
  • 1 tsp serbuk ketumbar
  • 1 tsp serbuk jintan manis
  • 4 tbsp cili kisar
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • Air tepung beras (tepung beras dibancuh dengan sedikit air)

Kaedah

  • Kisar semua bahan kecuali garam,gula dan air tepung beras.
  • Tumis bahan yang telah dikisar tadi dan masak hingga cili naik minyak.
  • Tambah sedikit air agar ia berkuah.
  • Tambah garam,ajinomoto dan juga gula (gula biar lebih baru sedap)
  • Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak.
  • Kemudian keluarkan dan sedia untuk dibakar.
  • Akhir sekali masukkan air tepung jagung kedalam baki kuah tadi  dan biarkan ia pekat.
  • Bakar ayam yang telah dimasak tadi hingga bahagian atasnya sedikit garing (guna air fryer lebih cepat)
  • Sekali sekala keluarkan ayam tadi dan sapu sedikit kuah tadi.
  • Sebelum hidang, tuang baki kuah atas ayam
  • Siap!

Jika kebiasaan ayam percik ini dibakar diatas pembakar bbq namun kali ini saya menggunakan oven sahaja untuk masak ayam ini,ada juga orang yang menggunakan air fryer. Walaupun kurang kick sebab aroma arang tu tak ada tapi masih ok dan sedap, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain