Resepi Ayam Kukus ( Sedap Macam CRS)

Resepi kali ini, ialah resepi ayam yang biasa nya dimakan bersama nasi ayam. Jika di restoran, ayam ini dipanggil ‘ steam chicken’, walaupun ayam ini sebenarnya direbus sahaja. Ia berwarna cerah, isinya lebih berjus dan lebih lembut. Jika biasanya ayam untuk nasi ayam, ditambah kicap,sos tiram ,garam dan kunyit direbus kemudian digoreng atau dibakar. Namun ayam ini dimasak dengan begitu ringkas sekali.

Air dari rebusan ayam pula akan diguna sebagai air untuk memasak nasi ayam Hainan. Anda juga boleh buat sup dari stok ayam ini. Selain dari daun bawang anda juga boleh tambah sayur lobak merah jika anda ingin  rasa yang berbeza.

Baiklah mati kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Ayam Kukus ( Sedap Macam CRS)

Bahan-bahan 

  • Dua keping ‘chicken thight’
  • Air untuk rebus ayam hingga tenggelam.
  • Daun bawang ½ ikat ( potong panjang)
  • Halia setengah inci (tumbuk pecah)
  • Minyak bijan satu sudu besar. 
  • Garam cecukup rasa.
  • Semangkuk air batu bersama air paip.
  • Minyak bijan 2 sudu besar + 1 sudu teh garam (sebagai gris)

Kaedah

  • Bersihkan ayam, buang lemak dan bulu-buku ayam (jika masih ada). Jangan buang kulit ayam ya. Lumurkan dengan garam dan ketepikan.
  • Apitkan kedua keping ayam tersebut, dicelahnya letakkan daun bawang dan halia yang telah ditumbuk pecah tadi. Ikat kedua keping ayam ini agar rasa dari daun bawang dan halia tadi menyerapi ayam tersebut.
  • Didihkan air didalam periuk yang agak tinggi, apabila air telah mendidih masukkan ayam yang telah diikat tadi. Tambahkan lagi daun bawang, halia dan sesudu besar minyak bijan.
  • Rebus agak lama sehingga ayam masak betul. Lebih kurang 30 minit dengan api yang sederhana. Tambah air panas jika perlu.
  • Apabila ayam telah masak, alih dan segera masukkan kedalam mangkuk berisi air batu tadi. Biarkan selama 1 minit. Ini bertujuan memerangkap jus ayam didalamnya.
  • Alihkan ayam dan beruskan dengan minyak bijan yang telah dicampur garam tadi. Ayam akan nampak lebih lazat dan baunya juga lebih harum.
  • Untuk menghidang anda bolehlah hiris ayam kepada beberapa bahagian dahulu agar mudah untuk dimakan.
  • Siap.


Ia adalah satu petua untuk mencelup sebentar ayam yang telah direbus lama kedalam air berais. Ini kerana ia akan menghasilkan kulit ayam yang tidak mudah koyak,dan bila ia disapu pula dengan bancuhan minyak bijan dan garam. Ia menambahkan rasa dan juga aroma yang sangat menarik. Ayam pula akan nampak lebih lazar dan berkilat.

Oleh itu, apakata anda mencuba resepi ini pada hujung minggu nanti. Boleh juga anda bawa ke pejabat sebagai hidangan pot luck.

Resepi Lain Yang Menarik

Apapun ativiti anda, pastikan anda share dan like laman web kami,kerana disini kami mempunyai pelbagai koleksi resepi yang sememangnya terbukti menjadi dan juga sedap belaka. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *