Resepi Ayam Kicap Madu Sesuai Untuk Makan Bila – Bila Masa Sahaja

masak kicap madu

Kali ini kami bawakan resepi ayam kicap madu yang amat lazat! Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan ianya sesuai dihidangkan pada makan tengahari, malam atau bila bila sahaja yang anda mahukan. Resepi ayam kicap madu ini menggunakan madu sebagai bahan utama, memberikan rasa manis dan lazat, digabungkan bersama cili. Sudah pasti, ia akan menghasilkan rasa yang amat sedap dengan kombinasi pedas manis.

Resepi ayam kicap madu ini tidak sukar untuk disediakan. Bahan – bahannya mudah untuk didapati. Ayam digaulkan dulu dengan madu dan diperap bagi mendapatkan rasa madu yang lebih kuat. Kemudian, anda hanya menumis kesemua bahan sebelum menggabungkannya dengan ayam. Senang kan? Rasanya dijamin disukai ramai!

Resepi ini dikongsikan oleh Nor Asikin Rosli dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di laman Facebook tau. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Ayam Kicap Madu

masak kicap madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam 7 ketul
  • Cili kering 4 tangkai (tak perlu potong)
  • Madu 2 sudu besar (untuk ayam)
  • Madu 3 sudu besar (untuk kuah)
  • Cili padi 5 tangkai (hiris)
  • Limau nipis 3 biji (jus sahaja)
  • Bawang besar setengah biji (hiris)
  • Serai sebatang (hiris)
  • Bawang putih 3 ulas (hiris)
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Kicap manis 3 sudu besar
  • Daun limau purut (hiris)
  • Bawang holland setengah biji (hiris)
  • Daun ketumbar (hias)

Cara – cara memasak:

  1. Gaul ayam bersama madu kemudian goreng dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, serai, cili kering dan cili padi sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam gaul sebati.
  4. Masukkan sos tiram, kicap dan madu.
  5. Kalau nak berkuah sedikit, boleh tambah air sedikit.
  6. Masukkan jus limau.
  7. Masukkan daun limau dan bawang holland.
  8. Hias dengan daun ketumbar.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Resepi Menarik Lain

One Comment

  1. Anonymous says:

    mantap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *