Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah dan Mengenyangkan

Kadang-kadang resepi yang mudah dan ringkas menjadi pilihan, Bukan sahaja ringkas malah mengenyangkan. Resepi kali ini ialah ayam goreng kunyit, sambal belacan dan telur dadar. Tiga resepi ini cukup mudah nak buat. Jom baca resepi ini yang dikongsi oleh Emee Sham.

Bahan-bahan

Bahan sambal belacan

  • Cili api merah
  • Cili api hijau
  • Bawang holland setengah
  • Belacan bakar
  • Jus limau nipis
  • Gula

Cara Penyediaan Sambal belacan

  1. Kisar halus semua bahan.

Bahan ayam goreng kunyit

  • Isi ayam hiris digaul
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Nampla@sos ikan
  • Tepung jagung
  • Cili paste

Cara Penyediaan ayam goreng kunyit

  1. Panaskan minyak, lebur perapan dalam kuali, api sederhana, kaler dah cantik tutup api.

Bahan telur dadar

  • Telur
  • Bawang holland
  • Sos ikan

Cara Penyediaan telur dadar

  1. Pecah sebiji telur pukul rata.
  2. Masukkan hirisan bawang holland serta nampla@sos ikan dan pukul lagi.
  3. Panaskan minyak (lebih sikit) curah telur perlahan-lahan.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba resepi mudah ini. Terima kasih juga kerana menjadikan laman web kami sebagai bahan rujukan masakan anda. Banyak lagi resepi menarik yang ada disini. Jangan lupa share dan like ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *