Resepi Ayam Berlada Pedas Berdengung Guna Air Fryer

Resepi berikut ini adalah cara menyediakan ayam berlada menggunakan air fryer. Air fryer merupakan salah satu gajet dapur yang mesti ada dalam setiap rumah alaf kini. Ia adalah sejenis alat yang menggoreng tanpa menggunakan minyak sebaliknya hanya menggunakan udara panas.

Namun begitu perkongsian kali ini menunjukkan cara menyediakan ayam goreng berlada dengan menggunakan air fryer 100%. Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Setengah ekor ayam ( perap dengan garam dan kunyit)

Bahan sambal

  • 1 biji bawang besar potong kecil
  • 3 ulas bawang putih potong kecil
  • Segenggam cili api merah dan hijau

Kaedah sambal

  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecil dan tambah air.
  • Kemudian masukkan dalam air fryer selama 15 min suhu 160c
  • Keluarkan tapis air dan kisar bersama sedikit minyak, garam dan ajinomoto.
  • Sekali sekala keluarkan dan kacau hingga cili masak.
  • Ketepikan.
  • Selepas itu goreng ayam pada suhu 200c selamat 20 min.
  • Untuk efek garing keluarkan ayam sekali sekala dan sapu minyak.
  • Goreng hingga ayam masak dan sedikit garing
  • Keluarkan ayam yang telah siap dan gaul dengan cili yang telah dikisar tadi.
  • Siap!

Walaupun sekadar menggunakan air fryer namun resepi ini tetap menghasilkan ayam berlada yang sama enak seperti masakan biasa. Jadi ia sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai dapur seperti orang yang duduk jauh diperantauan ataupun orang bujang yang tidak punya dapur. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain