Resepi Ayam Bakar Bersos Krim Lazat Sangat Kena Trylah
Resepi kali ini merupakan sejenis menu diet yang mengenyangkan dan amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini selain dari ayam ialah cheese dan krim yang memberi rasa yang lazat dan mengenyangkan.
Oleh kerana resepi ini direka bagi pengamal diet keto maka penggunaan seperti keju, krim, bunga kobis bertujuan bukan sahaja kerana keenakannya tetapi juga kerana ia mengenyangkan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2-3 keping dada ayam saiz sederhana (lumut garam dan serbuk lada sulah)
- 1 sudu minyak zaitun
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 biji bawang besar ( potong dadu)
- 5 sudu besar krim masakan
- 1-2 sudu parutan keju cheddar (pilihan)
- Sedikit air
- Garam dan serbuk perasa.
- Sedikit unsalted butter
- Gril ayam dengan minyak zaitun hingga masak, ketepikan.
- Dalam kuali tambahkan unsalted butter dan biarkan cair sebentar.
- Masukkan bawang putih dan besar
- Biarkan ia naik bau kemudian masukkan krim
- Tambah sedikit garam dan juga serbuk perasa jika anda suka.
- Jika terlalu tambah sedikit air.
- Kacau sebati dan akhir sekali masukkan parutan keju cheddar.
- Curahkan keatas isi ayam tadi
- Siap!
Resepi ini direka untuk pengamal diet keto dimana ia mempunyai kandungan karbo yang rendah namun begitu ia mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Apapun plan diet pilihan anda pastikan ia sesuai dan mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.