Resepi Asparagus Dengan Sotong Bihun Masak Simple Pun Sedap
Resepi berikut ini ialah sejenis masakan sayur yang digabung bersama sotong kering. Sotong kering digunakan didalam resepi kali ini agak menarik kerana ianya dipotong halus-halus seperti benang. Apabila Ianya dimasak bersama sayur ia perlu direndam sebentar agar lebih lembut namun aromanya sangat menarik dan ia memberi rasa yang lebih sedap.
Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Segenggam asparagus potong pendek
- Lobak merah potong panjang
- Sedikit sotong kering siap hiris (rendam sebentar dengan air panas)
- *Bawang merah
- *Bawang putih
- *Cili api
- Tumbuk semua bahan *
Kaedah
- Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sotong kering
- Bila sotong mulai garing masukkan sedikit air, garam dan sedikit ajinomoto.
- Tambah asparagus dan biarkan hingga masak.
- Jika kurang air boleh tambah sedikit air.
- Siap!
Sotong kering yang digunakan didalam resepi ini biasanya didapati di Pulau Pangkor namun Ianya juga boleh didapati dikedai yang membekal hasil laut seperti ikan masin dan ikan bilis. Jangan lupa mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.