Resepi Asas Kek Span (Cara Mudah Yang Pasti Jadi)
Bagi anda yang masih baru dalam industri pembuatan kek dan pastri. Anda pasti pernah mencuba membuat kek span. Kek span merupakan kek yang menjadi kewajipan dalam pembuatan kek continental. Umumnya kek butter paling biasa digunakan atau dibakar. Kerana ia sangat mudah.
Tetapi tidakkah anda ingin mencuba membuat kek seperti yang dijual di bakeri-bakeri terkenal? Oleh itu hari ini Madam akan bawakan cara mudah untuk membuat kek span. Malah memang digunakan oleh kebanyakan pengusaha-pengusaha kedai kek. Cara ini Madam belajar ketika mula-mula berada didalam industri ini.
Mari lihat apakah rahsia sebenar kedai kek.
Resepi Asas Kek Span (Cara Mudah)
Bahan-bahan
- 250g sponge mix
- 4 biji telur gred A
- 60ml air
- 60ml minyak masak
Kaedah.
- Panaskan oven selama 10min. Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
- Mula dengan kelajuan pengadun yang perlahan, pukul tepung premix dengan telur. Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
- Perlahankan pengadun, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan pengadun, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup pengadun.
- Akhir sekali tambahkan minyak masak dengan cara kaup balik mengunakan spatula.Pastikan minyak benar-benar bercampur dan sebati.
- Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
- Bila telah masak cucuk dengan lidi dulu untuk pastikan ia masak didalam dan terus terbalikkan ia atas redai, biarkan sekurag-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
- Keluarkan dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.
Ada beberapa resepi kek span yang terdapat diinternet. Namun begitu bagi Madam resepi ini adalah yang terbaik. Semetalah kosnya juga rendah. Malah ia juga boleh dimprovasi menjadi pelbagai jenis kek lain.Contohnya kek gulung,juga menguna teknik kek span yang sama. ‘Strawabery chocolate cake’, ‘Fruit Cocktail’ dan pelbagai lagi.
Nantikan untuk resepi-resepi kek continenal yang berasas kek span ini. Sementara itu juga lupa untuk mencuba resepi-resepi kami yang lain juga ya.