Resepi Asam Pedas Halba Ikan Kembung Sedap Lain Macam

Resepi kali ini merupakan resepi masakan yang paling sesuai disediakan di waktu makan tengah hari bersama keluarga. Asam pedas halba merupakan resipi asli daripada negeri Melaka. Asam pedas dari Melaka lazimnya menggunakan bahan-bahan rempah seperti halba bagi menaikkan rasanya. Bahan seperti cili kisar, asam jawa, bawang merah, bawang putih, halia adalah satu kemestian.

Pelbagai lauk boleh digunakan didalam masakan ini namun perkongsian kali ini akan menggunakan ikan kembung sahaja. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan kembung saiz besar (bersihkan)  
  • 10 – 15 biji kacang bendi
  • 1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
  • 1 liter air
  • 1/2 sudu kecil halba 
  • garam,serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak secukupnya 

Bahan Kisar Halus

  • 25 tangkai cili kering ~ gunting, buang biji, rebus & tos
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4  ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia 
  • 3/4 inci lengkuas
  • 1/2 inci belacan 

Kaedah

  • Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.  Masukkan air asam jawa & air secukupnya. Biar mendidih.
  • Masukkan ikan dan biar seketika sebelum tambah garam,serbuk perasa, halba dan kacang bendi. 
  • Masak sebati sebelum tutup api.
  • Siap! 

Untuk aroma yang lebih menarik anda boleh juga menambah daun kesum dan bunga kantan. Masakan ini mempunyai rasa yang sedikit kuat boleh jadi kerana penggunaan halba. Namun begitu kelainan ini jugalah yang menjadi tarikannya dan keenakkannya. Jadi anda haruslah mencubanya, selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *