Kumpulan Resepi Aiskrim Jagung (Mudah dan Sedap)
Cuaca panas-panas terbakar matahari, lidah mestilah teringin makan yang segar-segar dan sejuk. Askrim jagung bagaikan penyejuk yang dicari semua orang. Rasa jagung manis dan wangi amat menyelerakan.
Kombinasi sempurna bahan-bahan semula jadi berkualiti dan resepi tradisional yang diturunkan dari generasi ke generasi menghasilkan aiskrim dengan tekstur lembut, rasa yang lazat dan aroma yang menggoda. Bila sudah merasa mesti anda dapat rasa yang unik, ada yang manis jagung, coklat, susu bahkan masam buah-buahan.
Aiskrim berperisa jagung disediakan beragam resepinya, ada resepi yang simple hingga yang renyah. Dari aiskrim Malaysia paling mudah dan murah hingga aiskrim macam berjenama. Kami sediakan kumpulan resepi aiskrim jagung daripada Facebook yang senang untuk anda cuba. Jom tengok resepinya.
Aiskrim Malaysia Jagung
Aiskrim Malaysia perisa jagung kegemaran ramai. Kalau suka kurang manis, boleh letak 5 tin air. Kalau suka jagung banyak, boleh letak 1 tin jagung. Resepi dikongsikan oleh Noor Mazwin di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 1 tin susu cair,
- 1 tin susu pekat,
- 4 tin air,
- 2 ½ sudu besar tepung jagung,
- 1 sudu teh esen vanilla,
- Secubit garam,
- ½ tin jagung ayam brand,
- 1/3 botol perisa jagung jenama double lion.
- Pewarna kuning secukupnya.
Cara-cara :
- Masak sekejap bahan-bahan di atas.
- Bila sudah masak, sejukkan sekejap.
- Kemudian boleh isi dalam plastik aiskrim.
Aiskrim Jagung Cup
Mari kita belajar cara buat aiskrim cup jagung. Suri rumah boleh buat side income, sambil-sambil duduk rumah, poket pon masuk. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ashikin di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 1 tin susu pekat,
- 1 tin susu cair,
- 3 tin air,
- 2 sdm tepung jagung (bancuh dengan sedikit air),
- 2 sdm ovalatte,
- 1 sdm esen vanilla/serbuk vanilla,
- 2 cawan fresh cream/whipping cream,
Cara-cara :
- Masak susu hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung. Sejukkan. Lebih elok kalau bekukan semalaman untuk aiskrim lebih gebu.
- Campurkan susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream dan ovalatte dan esen vanila. Gaulkan guna kelajuan perlahan.
- Apabila bancuhan sudah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4@5. Gaulkan selama 15-20 minit.
- Akhir sekali isi filling dalam cup/dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filling di atas aiskrim guna lidi.
- Boleh dapat dalam 35-40 cup untuk resepi ini.
Aiskrim Jagung Besar
Teringin makan aiskrim puas-puas? Buat sendiri boleh dapat banyak. Buat kuantiti besar cukup untuk satu keluarga bertambah makan. Jagung pun boleh bubuh banyak. Resepi dikongsikan oleh AnneWife Aizudin di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- ½ tin jagung manis*,
- ½ tin susu air masak*,
- 1 tin susu pekat,
- 5 sudu besar susu tepung,
- ½ paket santan serbuk,
- ½ sudu teh garam,
- 1 sudu besar ovallate,
- Perisa jagung,
- 1 sudu besar tepung jagung,
- Esen berkrim vanilla.
Cara-cara :
- Blend kasar bahan-bahan bertanda *.
- Setelah itu gaul semua bahan sampai kembang, boleh bubuh dalam bekas bagi beku.
- Kalau ingin lagi sedap, bila aiskrim sudah separuh beku, mixer sekali lagi, bubuh balik bagi beku.
- Bila sudah beku kali kedua, boleh makan.
Aikrim Jagung Choki
Macamana ya rasa aiskrim jagung campur choki-choki? Mestilah lagi menarik dan bikin ketagih. Sapa teringin cuba buat, ayuh resepi dikongsikan oleh Che Marlyah Ina Saad di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- Choki-choki,
- 1 tin susu cair,
- 1 tin susu pekat,
- Secubit garam,
- 2 sudu besar tepung jagung.
Cara-cara :
- Masukkan 1 tin susu cair, 1 tin susu pekat, 5 tin air, secubit garam, 2 sudu besar tepung jagung ke dalam periuk kacau dulu bagi sebati.
- Kemudian didihkan guna api perlahan, kacau perlahan-lahan sampai mendidih.
- Tutup api, sejukkan seketika. Tapis ke dalam jug.
- Picit choki-choki ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.
- Tuang susu ke dalam plastik, simpul bagi kemas. Siap.
Aiskrim Jagung Sirap Ros
Resepi air jagung meletup versi Rohaiza Azreen. Air jagung campur dengan sirap ros? Tidak sabar ingin cuba resepinya? Jom tengok resepi di bawah.
Bahan-bahan:
- Kordial jagung,
- Susu,
- 2-3 titik sirap ros,
- Jagung krim,
- Air,
- Plastik aiskrim.
Cara-cara :
- Bancuh air jagung macam biasa.
- Bubuh sirap 2-3 titik.
- Terus campur jagung krim pun boleh, tapi saya bubuh masa letak dalam plastik aiskrim. Boleh bubuh banyak ikut suka.
Aiskrim Jagung Gebus
Ice cream Jagung Homemade ala Ayue Mumin di laman Facebook. Aiskrim gebu dan mudah kegemaran kanak-kanak. Mari tengok resepinya.
Bahan-bahan :
- 1 tin susu pekat,
- 2 sudu makan tepung jagung,
- 1 gelas air masak,
- Susu cair (ikut suka banyak mana),
- Pewarna kuning dan perisa jagung,
- 1 Tin Cream Kernel Corn,
- 2 sudu makan ovalete.
Cara-cara :
- Masukkan tepung jagung, air masak, susu pekat, dan susu cair dalam kuali. Masak sampai pekat. Sejukkan.
- Sudah sejuk, masukkan dalam bekas yang besar sebab bila diadun ia akan mengembang.
- Masukkan ovalete, pewarna kuning dan perisa jagung, kemudian adun guna mixer.
- Kemudian masukkan cream kernel corn. Adun sampai kembang.
- Simpan dalam bekas dan bekukan ice cream. Siap.
Aiskrim Jagung Cincau
Resepi akhir sekali ialah aiskrim jagung cincau yang dikongsikan oleh Nazirah Kamar di laman Facebook. Rasa manis jagung campur dengan letupan-letupan cincau. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan :
- 1 tin susu cair,
- 1 tin susu pekat,
- 1 liter air masak,
- 4 sdm tepung jagung,
- Secubit garam,
- Perisa jagung,
- Cincau disagat kasar.
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan kecuali cincau dalam periuk. Kacau atas api tidak perlu mendidih.
- Sementera tunggu sejuk letakkan cincau dalam plastik ice cream.
- Bila air sudah sejuk tuang dalam plastik berisi cincau, ikat kemas dan simpan dalam freezer.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi aiskrim jagung, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.