Resepi Air Tembikai Laici Sungguh Menyegarkan Dinikmati Ditengahari
Resepi kali ini merupakan sejenis resepi minuman yang menyegarkan. Air tembikai laici merupakan salah satu menu pilihan jika berada direstoran atau gerai masakan panas. Minuman ini digemari khususnya oleh peminat minuman sejuk kerana kerana gabungan laici dan tembikai amat menyegarkan. Minuman sebenarnya amat mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah untuk didapati, baiklah berikut adalah cara menyediakan minuman ini.
Bahan-bahan
- 2 potong buah tembikai tanpa biji.
- 4 biji buah laici dalam tin
- Gula secukupnya
- Air batu
Kaedah
- Mula-mula kisar buah tembikai,gula bersama 2 biji buah laici dan sedikit air dari dalam tin laici..
- Didalam gelas pilihan anda, tambah ais dan baki buah laici.
- Tuang bahan yang dikisar.
- Siap!
Jika anda suka manis, bolehlah tambah sukatan gula mengikut citarasa anda. Air tembikai laici mempunyai rasa yang sedikit masam tetapi juga manis. Jadi terpulanglah pada citarasa anda untuk menganggarkan sendiri manisnya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.