Resepi Air Kelapa Float Dengan Choc Rice Segar Lagi Menyegarkan

Resipi kali ini merupakan resipi minuman yang sangat popular di negara kita. Air kelapa Float adalah sejenis minuman yang diperbuat daripada air kelapa, susu sedikit aiskrim dan juga susu manis. Penyediaan nya sangat mudah Namun begitu jika ianya dibeli di kedai harganya agak mahal. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri minuman menyegarkan ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 biji air kelapa muda
  • Susu segar
  • Susu manis/ gula
  • Isi kelapa 
  • Aiskrim vanila
  • Choc rice( pilihan)

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dalam botol  dan goncang hingga berbuih.
  • Dalam gelas tambah air batu dan kemudian tuang air kelapa yang telah disediakan tadi. 
  • Dibahagian atas tambahkan 1 skop aiskrim dan tabur choc rice.
  • Siap!

Air kelapa ini sangat menyegarkan dan sesuai dihidang ketika panas sebagai pelepas dahaga. Jika anda tidak gemar manis guna lah gula dan bukan susu manis. Tetapi susu manis memberi rasa lemak dan sedap, apapun bergantung lah pada minat dan citarasa anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain