Rendang Sate Ayam Goreng Pedas Berempah yang mudah disediakan dan sangat sedap dimakan dengan nasi impit dan kuah kachang ?? serious sedap bal hiangg ?
Resepi dah ada tu, jom la buat ??
Rendang Sate Ayam Goreng Pedas Berempah
Resepi :~
Bahan-bahannya :~
500 gm isi ayam bahagian dada
(dihiris saiz yang disukai)
Bahan² Dikisar Halus :~
1″ halia
1″ kunyit
1″ lengkuas
3 batang serai
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
4 tangkai chili api – pilihan jika suka pedas
gula dan garam secukup rasa
Bahan² Disangai & Dikisar Halus :~
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh biji ketumbar
minyak masak untuk menumis
Cara-cara Membuatnya :~
– di dalam sebuah kuali/periuk, campurkan bahan² yang dikisar halus termasuk rempah² bersama² dengan hirisan isi ayam dan digaul rata
– tambahkan gula dan perisakan dengan garam secukupnya, gaul rata dan sebati
(sate ayam goreng ni biar terasa sikit manisnya)
– simpan ayam tadi di dalam bekas kedap udara dan perapkan sate ayam semalaman di dalam peti sejuk
– keesokkannya bila nak makan, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorenglah sate ayam tersebut ± 3 minit je (sebab ayam dah sedia masak, kita goreng nakkan aroma dan rasa yang lebih sedap)
Selamat Mencuba Semua
♡ food perfectly made for sharing..sharing is caring and loving ♡
the best way to show your love is to share!!
#masakdenganimanhatiikhlaspenuhkasihsayang ♡
Kredit resepi ini kepada Tartqueen Intan Gemilang
Leave a Reply