Red Velvet merupakan sebuah hidangan pencuci mulut yang sering menjadi kegemaran ramai. Ianya merupakan sebuah kek berwarna merah pekat, teksturnya pula lembut seakan baldu seiring dengan namanya. Rasanya pula manis melazatkan dan selalunya digabungkan bersama dengan krim keju. Gabungan lemak dan manis ini pastinya bikin semua yang merasainya teringat – ingat!
Kali ini, kami bawakan resepi red velvet brownies yang telah diinovasi daripada resepi asal. Ianya lebih mudah untuk disediakan dan masih mengekalkan rasa manis. Brownies juga mempunyai tekstur yang lebih padat dan memuaskan. Kami juga bawakan resepi krim keju bagi melengkapkan hidangan ini.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Norazienti Ghazali dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, apa tunggu lagi? Mari kita lihat resepi ini!
Resepi Red Velvet Brownies
Bahan – bahan:
- 120g kompaun coklat gelap (Beryls)
- 170g mentega masin
- 350g gula castor
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu kecil cuka makan
- 2 sudu besar pewarna merah (merah terang)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 190g tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
Krim Keju
- 250g cream cheese
- 50g gula castor
- 2@3 sudu besar air perahan lemon
- 1 biji telur A
Cara – cara memasak:
Red Velvet Brownies
- Cairkan coklat & mentega (double boil).
- Ayak tepung gandum & baking powder.
- Campurkan gula, telur, esen vanila, pewarna merah, cuka. Kacau sebati & masukkan coklat yang dah dicairkan tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kacau sebati. Asingkan 1 sudu besar untuk melorek atas brownies.
- Guna loyang 9×9 inci. Alas baking paper melebihi paras loyang supaya mudah untuk keluarkan lepas brownies masak.
- Tuang adunan brownies & bancuh adunan krim keju.
Krim keju:
- Campur cheese, gula, air perahan lemon. Putar sehingga lembut & tidak berketul.
- Masukkan telur putar sebati.
- Tuang atas adunan brownies sikit-sikit menggunakan senduk/sudu.
- Akhir sekali adunan brownies 1 sudu besar yang diasingkan tadi lorek menggunakan lidi/chopstick.
- Bakar rak tengah suhu 160@170 selama 40-45min. (Kenali oven sendiri)
Nota: PS : Untuk ukuran cupcake saiz S, 1 sudu besar adunan brownies 1/2 sudu besar adunan cheese. Bakar 20-30minit.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.
Leave a Reply