Putu kacang
Mak sibuk menyiapkan tempahan putu kacang.. lagi 2 minggu nak raya. Macamni la setiap tahun. Minggu depan nak start buat kuih bahulu plak. Walaupun da 76 tahun umur mak.. tapi tetap gigih buat kuih raya tradisional. Alhamdulillah, rezeki setiap tahun bila time nak raya. ???
Resepi putu kacang
Bahan-bahan
1 kg kacang hijau yg telah dibuang kulit
1 kg gula halus (ayak)
Cara2
Kacang hijau digoreng tanpa minyak.
Biarkan kacang sejuk.
Cuci bersih dan toskan sehingga kering
Blend halus kacang tadi. Ayak.
Tambahkan gula halus yg telah diayak.
Gaul sebati.
Biar semalaman. Untuk adunan jadi sebati dan lembab.
Tekan dlm acuan.
Susun dlm talam & jemur.
Siap.
Kredit resepi kepada Chek Kuna Ahmad via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)