Puding Milo O
Salam. Saya nak kongsikan satu resepi kegemaran anak2 saya. Resepi PUDING MILO OREO FY.
BAHAN-BAHAN
1bungkus agar-agar @ 25g
1400 air
2 cwn gula
1 tin susu cair 400g
1 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g
CARA MENYEDIAKAN
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
Asingkan 4 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
TIPS UNTUK MELAPIS
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..
Selamat Mencuba!!
credit : Fauziah Yahya #mahn