Tengah mencari resepi pengat pisang tanduk yang sedap? Wah, kena baca sampai habis ini. Kami ada resepi yang bakal buat anda terliur dan suka. Serta panduan yang mudah untuk membuatnya.
Kali ini kami ingin kongsikan resepi pengat pisang yang mudah dan padu. Resepi ini sesuai untuk dinikmati oleh 3-4 orang. Wah, petang indah pasti terasa indah sambil menghirup kesedapn pengat ini.
Bahan- Bahan
1 biji pisang tanduk
3 sudu besar sagu biji- cuci dan rendamkan dlm 3 minit
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 ketul gula merah
2 sudu gula pasir
2 helai daun pandan- di simpulkan
Video
Cara-Cara
1. Hiriskan pisang yang telah dikupas.
2. Masukkan air ke dalam periuk.
3. Masukkan gula melaka dan biar ianya mencair.
4. Masukkan sagu dan garam.
5. Masukkan gula
6. Masukkan santan dan tunggu mendidih.
7. Masukkan pisang.
Wah, mudah bukan langkah-langkah yag dikongsikan?
PS: Untuk lebih kick, anda boleh cuba masukkan 1 sudu besar susu pekat.
Kami juga da kongsikan resepi menarik lain. Jom cuba.
Leave a Reply