Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah (Sedap Sangat!)
Pau Goreng Inti Kacang Merah merupakan salah satu kuih yang mudah untuk didapati di gerai sekitar kita. Rasa kacang merah didalam pau goreng itu amat sedap dan manis, lagi lagi jika dimakan ketika masih panas.
Pau goreng inti kacang merah ini amat sesuai jika disediakan sewaktu minum petang. Ianya juga amat sesuai dihidangkan pada majlis keraian. Oleh itu, kami bawakan kepada anda resepi pau goreng inti kacang merah supaya anda boleh menyediakannya sendiri!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Jalijah JJ dan mendapat 900 perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!
Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah
Bahan – bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 paket instant yis
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh pelembut roti (soft pro)
- 1 sudu besar majerin.
- 1 sudu besar shortening
- 1 sudu kfc ovelet
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar gula
- 1 biji telur A
- Air 240-250 ml/ 1 cawan air suam tuang sikit demi sedikit
- Kacang merah
Cara – cara memasak:
- Ayak tepung gandum, baking powder, pelembut roti.
- Kemudian, masukkan shortening, majerin dan ovelet gaul menjadi serbuk roti.
- Telur dipukul sedikit.
- Larutkan mauripan ,gula. susu ke dalam air.Masuk telur dan air, uli sehingga adunan licin.
- Perap 1/2 jam.
- Apabila doh naik tumbuk untuk buang angin. Sekiranya melekit, ambil sedikit minyak sapu pada tangan.
- Timbang doh 25 gram dan bulatkan dan licin sampai habis.
- Siap bulat, leperkan doh dan isi inti kacang yang sudah dibulatkan seberat 9 gram.
- Biar doh naik gebu dalam 10 minit baru goreng dalam minyak yang penuh. Api sederhana.
- Untuk dapatkan ring, goreng dengan sekali balikkan kawalan api penting untuk dapatkan hasil yang cantik.
- Pastikan dah sejuk betul baru simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi lain yang boleh anda cuba:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!