Resepi Nona Manis (Menu Minum Petang)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang mendapat permintaan tinggi. Ia adalah kategori kuih-muih yang biasanya dihidang didalam majlis-majlis dan kenduri kendara. Kuih nona manis adalah kuih yang dikukus didalam acuan kuih lompang.

Ia mengandungi 2 bahagian kastad berperisa pandan dan kastad yang berwarna putih. Kedua bahagian mempunyai rasa yang saling seimbang antara satu sama lain. Pembuatannya bagaimanapun agak rumit, namun ia sangat berbaloi untuk dibuat.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi nona manis agar anda boleh mencubanya.

Resepi Nona Manis (Menu Minum Petang)

Bahan-bahan kastad pandan.

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 3 cwn santan
  • 1 cwn air pandan
  • 1 sudu teh emulco pandan

Kaedah

  • Campur semua bahan, kacau sebati.
  • Tapis dlm periuk dan kacau atas api sederhana hingga sedikit pekat.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan lompang tadi,isi hanya 3/4 sahaja. ( Ingat untuk mengris acuan dengan minyak dahulu).

Bahan-bahan kastad putih.

  • 3 cawan santan
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Campur semua bahan, kacau atas api hingga sedikit pekat dan berasap.
  • Tuangkan adunan ini kedalam kastad pandan tadi dibahagian tengah-tengahnya.
  • Kukus selama 15 minit, balut penutup pengukus dengan kain agar stim tidak menitis didalam adunan nona manis.
  • Keluarkan apabila ia telah sejuk.

 

Nona manis ini sememangnya sedap sebab itulah ia menjadi kegemaran ramai. Adunan kastad putih itu rasa lemak-lemak dan masin. Manakala kastad pandan itu harum dan manis. Bila ia digabungkan ia amat memikat hati,terutama bagi peminat kuih muih Melayu.

Oleh itu jika anda mencari-cari kelainan,jangan lupa mencuba resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ini kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *