Resepi Nasi Dagang Terengganu (Mudah Menyelerakan)

nasi dagang

Nasi dagang ialah makanan tradisional rakyat melayu. Nasi dagang sudah ada sejak zaman dulu-dulu lagi dibawa sebagai bekal bagi orang-orang kampung pergi berdagang.

Nasi dagang identik dengan beras biasa dimasak dengan beras pulut dan santan, dan dihidangkan bersama kari ikan tongkol dan acar timun. Nasi dagang amat simpel, senang disediakan dan mudah dibawa. Boleh dijadikan bekal untuk ke pejabat, mudah dan ringkas.

Terdapat 2 versi nasi dagang di Malaysia, nasi dagang Terengganu dan nasi dagang Kelantan. Bezanya di Kelantan beras biasa dicampur dengan ketan merah. Kali ini kami akan menjelaskan cara membuat nasi dagang Terengganu.

Jika anda ingin menyediakan nasi dagang terengganu, sila baca resepi yang kami tuliskan di bawah ini. Dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman‎ Facebook.

Resepi Nasi Dagang Terengganu

nasi dagang
Imej via Facebook

Bahan-bahan untuk Nasi :

  • 4 cawan beras Jati,
  • 1 cawan beras pulut, kalau pkai beras siam atau beras wangi tidak perlu tambah beras pulut.
  • 3 cawan santan cair ditambah sedikit gula dan garam,
  • 1-1½ cawan santan pekat ditambah sedikit garam,
  • 1 sudu halba,
  • 2 ulas bawang merah,
  • ½ inci halia.

Cara-Cara Kukus Nasi :

  1. Beras dicampur dengan beras pulut direndam selama 8 jam atau semalaman (kalau tidak sempat 2-4 jam pun OK).
  2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
  3. Angkat dan kaup semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
    Kukus semula selama 20 minit lagi.
  4. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
  5. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tidak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
  6. Boleh dihidangkan.

Cara Kukus Ikan Aya@Tongkol :

  • 1 ekor ikan aya@tongkol,
  • 3 keping asam keping,
  • Sedikit garam,
  • Air secukupnya.

Cara-cara :

  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang ¼.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-bahan Kuah :

  • 4 sudu besar cili dimesin,
  • 7 biji bawang merah*,
  • 3 ulas bawang putih*,
  • 1inci halia*,
  • 1inci lengkuas*,
  • 1inci kunyit hidup* ( * diblend ).
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang. Boleh guna rempah cap bunga ros kalau tidak ada rempah khas untuk gulai nasi dagang,
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat,
  • 4 cawan air,
  • Air asam jawa,
  • Sedikit belacan (optional),
  • Nisan/gula Melaka,
  • Garam,
  • Sedikit gula,
  • 7-9 biji cili padi,
  • Minyak.

Bahan Tumis :

  • 1 batang kulit kayu manis,
  • 5 kuntum bunga cengkih,
  • 3 biji buah pelaga,
  • 1 kuntum bunga lawang.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis. Biarkan hingga wangi.
  2. Masukkan cili yang telah dimesin. Goreng hingga cili menjadi garing.
  3. Masukkan bahan-bahan yang diblend. Masak hingga sedikit kering.
  4. Masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan ½ cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula. Masak hingga kuah sedikit pekat.
  9. Masukkan ikan yang sudah dimasak tadi. Renih lagi kuah hingga kepekatan yang disukai.
  10. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tidak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  11. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru padamkan api.

    nasi dagang
    Imej via Facebook

Nota :

* Ikan tongkol lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam-masam meresap ke dalam isi ikan.
** Kalau ada belimbing buluh, boleh diletak dalam gulai. Nanti rasa gulai lagi sedap.

Resepi Acar Timun :

  • Timun,
  • Carrot,
  • Cili merah dan bawang.
    Kesemua bahan dihiris memanjang.
  • 1 sudu besar gula,
  • 1 sudu garam (optional),
  • 2 sudu cuka (pakai cuka Jalen tidak masam sangat).
  • Gaul sebati dan dihidangkan.

    nasi dagang
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi dagang terengganu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *