Kumpulan 10 Resepi Nasi Ayam Claypot Ala Foodcourt

Ayuh masak nasi ayam claypot!

Nasi ayam claypot ialah hidangan yang dimasak menggunakan claypot, nasi lebih wangi, lembut, dan menyerap sepenuhnya rasa rempah serta kicap. Ayam dimasak bersama nasi menjadi lebih berjus dan empuk. Tidak hairanlah nasi ayam claypot menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan hidangan yang ringkas tetapi luar biasa sedap.

Beras dimasak terus di dalam periuk tanah liat bersama stok ayam dan kicap khas yang memberi warna keemasan. Ayam pula diperap dengan rempah seperti halia, bawang putih, dan kicap. Tambahan pula, penggunaan cendawan, daun bawang, dan sedikit minyak bijan mengangkat lagi rasa hidangan ini. Nasi ayam claypot bukan sahaja menyelerakan, tetapi juga pilihan yang baik untuk diet harian yang sihat dan berkhasiat.

Jadi, mengapa tidak mencuba sendiri resepi nasi ayam claypot di rumah? Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang tidak terlalu rumit, kami hadirkan 10 resepi kumpulan nasi ayam claypot untuk anda. Sesuai dijadikan menu makan malam untuk keluarga dan tetamu. Selamat mencuba.

Nasi Ayam Claypot Senang

Imej via Facebook

Resepi pertama daripada Rozmaliza Omar. Resepi ini boleh dimasak oleh anak dara. Menu yang senang dan sedap. Sesiapa suka makanan pedas boleh makan dengan sos Thai.

Bahan-bahan nasi :
  • 1 tin susu beras,
  • 2 tin susu air,
  • 1 kiub pati ayam.
  • Bahan-bahan ayam kicap :
  • 8 ketul ayam,
  • 4 ulas bawang putih**,
  • 2 inchi halia**,
  • 4 biji cili kering- dipotong,
  • 5 sudu besar kicap manis,
  • 4 sudu besar sos cili,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar minyak bijan,
  • Sedikit air,
  • 8 kuntum cendawan shitake kering (rendam bagi lembut).
  • Garam dan sedikit gula,
  • Daun bawang dipotong-potong.
Cara-cara masak Nasi :
  1. Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot. Masak hingga nasi separuh masak.
Cara masak Ayam Kicap :
  1. Tumbuk bahan ** dan tumis bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.
  2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula, kacau rata. Tutup api.
  3. Bila nasi sudah separuh masak, letak ayam cendawan kicap tadi dinatas nasi, ratakan.
  4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
  5. Semasa menghidang, letak 2 biji telur mata yang digoreng separuh masak (optional), hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.

Nasi Ayam Claypot Paling Disukai

Imej via Facebook

Nasi ayam claypot tanpa kerak dikongsikan oleh Suhaila AB. Kuantiti bahan tidak letak sebab hanya ikut kuatiti beras dan ayam yang digunakan. Bahan-bahan ini boleh dipakai untuk 3 resepi, nasi, ayam shitake dan sup.

Bahan Nasi :
  • Bawang putih tumbuk,
  • Halia tumbuk,
  • Pangkal daun bawang dipotong halus,
  • Kiub ayam,
  • Beras ½ pot kecil, saya rendam dulu 1 jam sebab guna beras Basmathi. Kalau guna beras biasa tidak perlu rendam.
Untuk Ayam Shitake :
  • Bawang putih tumbuk,
  • Halia tumbuk,
  • Cili kering potong pendek,
  • Sos tiram,
  • Kicap pekat,
  • Kicap manis,
  • Lobak asin,
  • Tepung jagung,
  • Ayam potong kecil,
  • Minyak bijan,
  • Cendawan shitake kering – rebus bagi dia kembang, air rebusan ditapis dan asingkan untuk guna nanti.
Bahan Sup Ayam :
  • Bawang putih tumbuk,
  • Halia tumbuk,
  • Serbuk lada sulah,
  • Ayam potong kecil,
  • Fish ball,
  • Daun bawang,
  • Garam dan perasa.
Bahan Hiasan :
  • Daun bawang,
  • Telur.
Bahan Fiber :
  • Timun,
  • Salad,
  • Daun bawang potong asing.
Bahan Kicap Hitam :
  • Kicap pekat,
  • Kicap manis,
  • Sos tiram,
  • Minyak bijan.
Cara-cara menyediakan kuah :
  1. Mula-mula tumis bawang putih dan halia sampai kekuningan.
  2. Masukkan cili kering dan minyak bijan.
  3. Masukkan geng hitam 3 sekawan, masukkan ayam.
  4. Ayam sudah kecut sedikit, masukkan air rebusan shitake.
  5. Masukkan cendawan shitake, gaul rata. Pastikan ayam empuk.
  6. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Siap. Ketepikan dulu. Nanti kita guna balik dia ini.
Cara menyedikan nasi :
  1. Panaskan claypot, masukkan sedikit minyak.
  2. Tumiskan bawang putih dan halia sampai kekuningan.
  3. Masukkan pangkal daun bawang.
  4. Masukkan air ikut sukatan beras.
  5. Masukkan kiub ayam dan kacau rata.
  6. Kemudian masukkan beras, kacau rata. Masak dengan api sederhana besar, tunggu sampai nasi separuh masak dan kering air.
  7. Kalau air tepi-tepi sudah kering, boleh letak bahan lain.
  8. Boleh susunkan ayam dan shitake, pecahkan sebiji telur.
  9. Kecilkan api paling kecil.
  10. Tutup claypot. Masak lagi dalam 15 minit. Tengok nasi sudah betul-betul masak atau belum.
Menyediakan Sup Ayam :
  1. Tumis bawang putih dan halia sampai kekuningan.
  2. Masukkan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan ayam.
  4. Apabila ayam sudah kecut, masukkan air.
  5. Renehkan sampai ayam masak.
  6. Perasakan garam dan aji.
  7. Tabur daun bawang. Siap.
  8. Di atas nasi tadi letak daun bawang.

Nasi Ayam Claypot Mudah

Imej via Facebook

Lama tidak makan nasi ayam claypot, bila rasa ingin makan kena pergi kedai dulu beli. Tapi sekarang boleh masak sendiri dengan resepi daripada Nor Khomariah Norrohman. Boleh makan ramai-ramai.

Bahan-bahan untuk nasi :
  • 1 pot beras,
  • Air secukupnya,
  • 1 ketul kiub ayam.
Bahan-bahan untuk ayam kicap :
  • 3 ketul ayam (potong kecil-kecil),
  • 3 ulas bawang putih,
  • 2 inchi halia,
  • 3 biji cili kering potong 2,
  • 5 sudu besar kicap manis Jalen,
  • 2 sudu besar kicap pekat Jalen,
  • 2 sudu besar sos tiram Jalen,
  • Sedikit serbuk lada sulah,
  • 1 sudu besar minyak bijan,
  • Air secukupnya,
  • 2 biji cendawan shitake kering (rendam bagi lembut dan potong 2),
  • Garam dan perasa,
  • 1 pokok daun bawang (dipotong kecil).
Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang putih dan halian sampai lumat.
  2. Campurkan kicap, sos tiram, garam, perasa dan lada sulah, gaul sebati dan masukkan ayam, perap seketika dan ketepikan.
  3. Tanak nasi letak seketul kiub ayam sehingga separuh masak, kemudian masukkan ayam yang diperap tadi, kemudian tutup claypot, perlahankan api tunggu sehingga nasi dan ayam masak sepenuhnya.
  4. Bila sudah masak, boleh tabur daun bawang dan renjiskan minyak bijan dan boleh dihidangkan dengan sayur sawi yang dicelur.

Nasi Ayam Claypot Kampar

Imej via Facebook

Kalau pergi Kampar, perak claypot chicken rice memang kira makanan khas bandar itu. Visalakshi Suparamaiam pula buat sendiri di rumah, memang puas hati boleh olah ikut selera. Anak-anak makan cukup berselera. Masak claypot chicken rice guna dapur arang, jaga rasa keasliannya.

Bahan-bahan :
  • Ayam dibersikan dan dipotong kecil,
  • Sos tiram,
  • Kicap pekat,
  • Kicap cair,
  • Minyak bijan,
  • Tepung jagung,
  • Beras basmati,
  • Bawang putih,
  • Halia.
Cara-cara :
  1. Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan dan tepung jagung. Masukkan cendawan sekali semasa marinate pun boleh. Biar ayam dan cendawan serap perisa. Boleh guna cendawan shitake ataupun cendawan butang dalam tin. Ketepikan dulu bahan ini.
  2. Cuci beras basmati dan rendam dalam 30 minit.
  3. Sediakan claypot. Mula-mula didihkan air. Masukkan bawang putih dan halia yang dihiris. Bila air sudah mendidih, masukkan beras.
  4. Apabila nasi sudah masak hampir 60%, masukkan ayam yang sudah marinate tadi. Cuba rasa sedikit sama ada cukup perisa atau tidak. Jika tidak, tambah kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tutup pot, biar masak dalam 30 minit.
  5. Goreng ikan kering (ikan yu). Taburkan atas nasi. Garnish dengan daun bawang. Siap.
  6. Makan dengan sup dan sos cili homemade. Blend cili merah dengan bawang putih. Lepas blend masak sekejap dengan api kecil. Setelah itu tambah gula dan cuka.

Nasi Ayam Claypot Zaman dulu

Imej via Facebook

Claypot chicken rice zaman dulu-dulu amat tersohor. Cara senang Joanna Johan gaul ayam tekan rice cooker sahaja. Tambahan, goreng ikan masin kurau ditumbuk halus. Tabur sedikit sebelum makan untuk lebih efek macam foodcourt.

Bahan-bahan :
  • 2 cup beras,
  • Ayam potong kecil (kalau besar nanti tidak masak tengah),
  • Cendawan kering direndam dan potong*,
  • Bawang putih cincang*,
  • Halia hiris*,
  • Kicap pekat*,
  • Sos tiram*,
  • Minyak bijan 2-3 titik*,
  • Garam jika perlu,
  • Daun bawang,
  • Beras dibasuh dan tos.
Cara-cara :
  1. Ayam diperap dengan semua bahan bertanda * selama sejam.
  2. Jerang nasi dalam rice cooker, air kurangkan sedikit sebab nanti masa masukkan ayam ada kuah kicap, takut nasi nanti lembik.
  3. Bila air nasi mula sejat, (ada berair lagi sedikit) tuang ayam dengan kuah kicap atas nasi tadi. Letak garam lebih sedikit supaya nasi tidak tawar. Jangan tunggu air nasi kering sangat, nanti tidak ada wap panas ayam tidak masak.
  4. Tutup periuk tunggu butang tutup.
  5. Tabur daun bawang, siap.
  6. Tambahan, goreng ikan masin kurau, tumbuk halus. Tabur sedikit sebelum makan untuk lebih efek macam foodcourt.

Nasi Ayam Claypot Thai

Imej via Facebook

Resepi nasi ayam Thai tular dicubakan oleh Puan Fara Bakri. Nasi dia amat sedap, simple dan cepat. Makan bertambah-tambah sungguh nikmat. Resepi ini tiada sukatan.

Bahan-bahan :
  • Ayam seekor dipotong-potong,
  • Daun sup/ketumbar,
  • Halia dihiris,
  • Sedikit garam,
  • Air secukupnya,
  • Kiub ayam,
  • Kicap pekat,
  • Bawang putih tumbuk.
Bahan sos mudah :
  • Sos Thai cili life,
  • 4 biji cili api merah ditumbuk,
  • 2 ulas bawang putih tumbuk,
  • Sedikit cuka makan,
  • Gula,
  • Secawan kecil air.
  • Masak atas api sampai mendidih.
Cara-cara :
  1. Mula-mula rebus ayam bersama akar daun sup/ketumbar, hirisan halia dan sedikit garam. Letak air ikut kuantiti nasi. Keluarkan ayam sekejap.
  2. Kemudian, masukkan sebiji kiub ayam yang sudah dihancurkan dan masukkan beras yang sudah siap dibersihkan. Kacau rata biar masak sebati. Masukkan lagi ayam tadi.
  3. Keluarkan ayam dan gaul nasi semula. Boleh tabur daun sup dan bawang goreng kalau suka.
  4. Ayam yang sudah direbus tadi digaul dengan kicap pekat dan 2 biji bawang putih yang ditumbuk.
  5. Siap dimakan dengan sos.
  6. Sup boleh pakai air rebusan ayam. Letak kaki dan leher ayam yang dipotong kecil dan sebiji kiub. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

Ginger Chicken Claypot Rice

Imej via Facebook

Biasa kalau kite ke foodcourt, mesti ada nasi claypot bukan? Bahagian paling lazat nasi kerak dia. Jadi, bila tetiba teringin macam mana? Buat sendiri lah jawapnya. Nasi claypot ini ada peminat dia tersendiri. Pada yang tidak pernah makan, boleh lah cuba resepi daripada Wan LuQman.

Bahan-bahan :
  • Isi ayam.
  • Cili kering (optional kalau suka pedas),
  • Halia yang dihiris, bergantung pada kuat mana rasa halia yang anda inginkan.
  • Bawang putih dicincang,
  • Sos tiram 2 sudu besar,
  • Kicap cair sesudu besar,
  • Bancuhan tepung jagung,
  • Sesudu kecil gula,
  • Sesudu kecil serbuk pati ayam,
  • Air secukupnya.
Cara-cara :
  1. Masak nasi jangan lembik.
  2. Tumis bawang, halia dan cili kering sehingga garing.
  3. Bila sudah garing, masukkan isi ayam.
  4. Bila isi ayam sudah masak, masukkan sos tiram.
  5. Masukkan pula kicap cair.
  6. Masukkan air, ikut pada kebanyakan kuah yang anda inginkan.
  7. Masukkan bancuhan air tepung jagung.
  8. Masukkan sesudu kecil gula dan sesudu kecil serbuk pati ayam.
  9. Bila kuah sudah masak, tuangkan ke atas nasi. Tutup, dan nyalakan api perlahan selama 3-5 minit untuk penyerapan yang sempurna.
  10. Kalau suka warna gelap, tuangkan kicap pekat sedikit.
  11. Titiskan minyak bijan, jangan banyak sangat.
  12. Akhir sekali buka penutup, tutup api dan taburkan daun bawang, bawang goreng serta lobak manis/lobak masin.

Claypot Chicken Rice Ala Foodcourt

Imej via Facebook

Hari-hari Ashrafun Nur Yeop ulang masak resepi ini untuk berbuka puasa. Nasib baik yang puasanya seorang, kalau tidak sudahnya bersusun enam claypot di dapur. Selamat berbuka bagi sapa yang puasa hari ini dan semestinya nasi ayam claypot mesti ada.

Bahan-bahan :
  • 1 pot beras (dibasuh bersih),
  • Ayam 6 ketul kecil pelbagai bahagian,
  • 2 ulas bawang putih (dihiris),
  • 2 inchi halia (dihiris),
  • 4 batang cili kering (dipotong tiga),
  • 2 sudu sos tiram,
  • 3 sudu kicap manis,
  • 1 kiub pati ayam/stock ayam,
  • 5 ketul cendawan butang kering (direndam sampai kembang),
  • Daun bawang,
  • 1 biji telur.
Cara-cara :
  1. Masukkan beras dalam claypot. Tanak macam biasa, tutup dengan penutup claypot.
  2. Sambil-sambil tunggu nasi masak, sediakan ayam. Ayam digoreng separuh masak dalam minyak yang sedikit.
  3. Kemudian, tumiskan bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau.
  4. Lalu, masukkan sos tiram dan kicap.
  5. Kemudian masukkan stok ayam atau kiub pati ayam dengan air.
  6. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Masak dalam sos sehingga sos agak-agak pekat.
  7. Bubuh juga cendawan yang sudah direndam sampai kembang tadi. Sesuaikan garam gula, siap sos dia.
    Bila nasi sudah masak, ambil kuah sos ayam tadi, curahkan atas nasi yang tengah panas dan gaul-gaul dalam claypot untuk dapatkan efek nasi yang sudah ‘comot’ dengan kuah.
  8. Kemudian susun isi ayam, cendawan, pecahkan telur disisi ayam dan tabur daun bawang atas nasi. Tutup penutup, dan panaskan kali terakhir dalam 3 minit.

Nasi Ayam/Kambing Claypot Cina

Imej via Facebook

Resepi seterusnya نورولأميرة عبد الله جان ingin tunjukkan bahawa masakan cina yang enak ini mudah dibuat. Hanya menggunakan kicap masin Nona, kicap cair, minyak bijan, serbuk cukup rasa megi untuk digaul dengan ayam/kambing, setelah itu perap selama 30 min – 1 jam. Kedua-dua makanan ini ialah kegemaran keluarga, claypot chicken dan claypot kambing.

Bahan-bahan Asas :
  • Kicap masin (Brand Nona),
  • Kicap cair,
  • Minyak bijan,
  • Jika ingin ayam perap nampak lagi hitam dari nasi, letak setengah sudu kecil Thick caramel soysauce (brand Angel).
Cara-cara :
  1. Beras yang sudah dicuci (dicampur kicap masin, halia dan bawang putih cincang) dimasak dalam periuk claypot 5-7 minit dengan api sederhana.
  2. Sukatannya 1 cawan beras : 1 cawan air (bercampur kicap).
  3. Kemudian jika nasi sudah kurang air dalam claypot, barulah kita letakkan dan susun ayam yang diperap kicap masin, kicap cair, minyak bijan (sekurang-kurangnya 7-10 minit dengan api sederhana). Sebolehnya ayam dipotong-potong kecil supaya cepat masak.
  4. Bila nasi sudah hampir masak, letak ikan masin tenggiri dan besarkan api untuk dapatkan kerak terbakar diclaypot.

Nasi Ayam Claypot Pressure Cooker

Imej via Facebook

Siapa kata masak nasi ayam claypot kena ada claypot? Rozy Mohd Saleh berjaya masak dalam pressure cooker. Anda pula boleh masak guna rice cooker biasa. Ayuh cubakan!

Bahan-bahan :
  • Ayam dipotong kecil dan diperap dengan bahan-bahan di bawah dalam fridge selama 30 minit atau lebih.
  • Cendawan rendam dan hiris,
  • Halia hiris halus,
  • Bawang putih cincang,
  • Lada sulah,
  • Sos tiram,
  • Kicap cair,
  • Kicap pekat,
  • Kicap manis,
  • Minyak bijan.
Cara-cara :
  1. Mula-mula basuh beras dan toskan.
  2. Tekan mode Bake, Fish pada pressure cooker. Letak minyak. Tumis daun bawang dan ikan masin potong dadu. Patutnya ikan tenggiri masin. Ganti dengan udang kering pun boleh.
  3. Masukkan beras yang ditoskan tadi. Gaul rata sampai beras macam lut sinar sedikit. Bubuh kiub ayam.
  4. Bubuh air bergantung banyak beras, kalau beras 3 pot, maka air 2.5 pot.
  5. Keluarkan ayam dari fridge. Susun elok-elok atas beras tadi.
  6. Tutup pressure cooker, Seal. Tekan Rice. Start. Tunggu hingga masak.

Resepi menarik lain

Selain resepi nasi ayam claypot, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain