5 Resepi Oreo Cheesecake Kek Paling Mudah Nak Buat
Kalau anda baru nak mula berjinak-jinak untuk membuat kek, kami sarankan anda boleh mulakan dengan kek yang mudah antaranya oreo cheesecake. Tanpa membakar anda juga boleh membuat kek.
Pembuatan kek ini juga tidak lah susah hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Kek ini juga paling sedap dinikmati ketika ia dibiar semalaman. Taburan oreo hancur dan cheese membangkitkan lagi kenikmatan kek ini. Ada pelbagai jenis variasi cheesecake oreo ini anda boleh cuba sendiri nanti.
1. Resepi Oreo Cheesecake Tanpa Telur
Jika anda ada alahan dengan telur, anda boleh cuba resepi oreo cheesecake tanpa telur ini dari Nadia Mohammad ini. Ringkas!
Bahan-bahan
- 1 paket (454 gram Oreo Small Crushed)
- 80 gram Buttercup atau nak sedap gunakan pure butter
- 200 ml whipping cream
- 70gram gula caster
- 250 gram cream cheese Tatura
- 1 tsp asen vanila
Cara Penyediaan
- Cairkan butter dalam oven selama 30 saat keluarkan dan campurkan pula dengan oreo yang dah dihancurkan. Gaul sebati dan mampatkan pada dasar loyang.
- Bila dah mampatkan oreo tadi, sejukkan dalam peti chiller selama 1 jam.
- Pukul cream cheese bersama gula caster,asen vanila dan 200ml cream cheese sehingga adunan semua sebati. (tiada ketulan gula)
- Boleh masukkan kepingan oreo kedalam cream cheese tadi sebagai option.
- Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tambahkan adunan cream ini ke dalam loyang. Hentak supaya padat kalau nak tambah topping apa-apa terpulang.
- Dah boleh masukkan dalam peti sejuk semula untuk 4 jam.
2. Resepi Oreo Cheesecake Blueberry
Oreo cheesecake dengan blueberry memang kombinasi yang sesuai kan. Sedap sangat bila makan ketika sejuk. Jom cuba resepi dari Noj Nojj
Bahan-bahan
- 500gram cream cheese
- 130gram gula icing
- 150ml whipping cream
- 2 bijik telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 pack oreo (buang krim, kisar halus)
- 1 sudu besar majerin/butter
Cara Penyediaan
- Gaul rata oreo dan majerin tekankan dalam loyang. bakar pada suhu 160’ selama lebih kurang 8 minit sejukkan.
- Campur creamcheese bersama gula icing hingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu masukkan esen vanila.
- Masukkan whipping cream.
- Tuang adunan dalam loyang yang ada biskut orea tadi.
- Bakar pada suhu 150’ menggunakan api bawah sahaja secara waterbath selama 40minit.
- Dah habis bakar renggangkan sikit pintu oven biarkan dalam oven bagi kek sejuk sikit.
- Dan baru keluarkan dari oven keluarkan dari waterbath biarkan sejuk, dan masuk dalam peti.
- Biarkan semalaman baru kuarkan kek dari loyang.
3. Resepi Red Velvet Oreo No Baked Cheesecake
Jika anda peminat red velvet, rugi tak cuba oreo cheesecake ini dari Umi Liza. Selain sedap nak buat pun mudah, tak perlu bakar hanya sejukkan dalam freezer sahaja. Jom baca resepi ini.
Bahan-bahan
Bahan base oreo
- 1 Bungkus oreo (pack besar) *asing krim putih & biskut dihancurkan
- 3sb mentega *dicairkan
sebatikan bahan atas & tekan biar mampat. dah siap, letak dalam fridge & bekukan 15minit.
Bahan cream cheese
- 500gm cream cheese
- 200ml whipping cream
- Krim putih oreo *double boil sampai cair
- 2sb lemon (optional)
- 3 sudu besar gula castor
- 1sb serbuk gelatin + 2sb air masak (kacau sampai warna jernih/putih)
- 1/2 bgkus oreo (patahkan)
Cara Penyediaan
- Putar cream cheese & gula sampai hilang ketul2 & gula hancur.
- Masuk whipping cream, Krim putih oreo , gelatin & air lemon, putar lagi sampai sebati & nampak gebu cantik.
- Letak oreo yang dipatahkan dalam adunan cream cheese, kacau kejap.
- Letak adunan cream cheese atas base oreo yang dibekukan, hias dengan oreo ikot dan masukkan dalam peti ais( semalaman).
4.Resepi Oreo Cheesecake Cupcake
Mencari idea dessert yang bersaiz mini untuk juadah portluck? Jom cuba resepi oreo cheesecake cupcake ini dari Danish Harraz. Kecil dan sesuai untuk dijadikan hidangan hari jadi dan hari keramaian. Best kan?
Bahan-bahan
- Kepingan Biskut Oreo secukupnya
- 1 pack 226 @ pack 250 grams Cream Cheese, suhu bilik
- 1/2 cawan Gula Pasir
- 2 biji Telur Gred A
- 1/2 cawan Sour Cream (Boleh juga guna Greek Yogurt atau Plain Yogurt biasa)
- 1/2 suduteh Vanilla Extract
- Secubit Garam
- 1/2 cawan Chocolate Chips yang telah dicairkan atau Nutella
Cara Penyediaan
- Panaskan oven pada suhu 160°C (bergantung jenis oven). Alas muffin tray dengan cupcake liners. Letak sekeping Oreo dalam setiap cupcake liner. Dalam mixing bowl, dengan menggunakan mixer pukul cream cheese dan gula sehingga gebu.
- Kemudian masukkan vanilla, telur, sour cream dan garam. Mix lagi hingga semua rata dan sekata. Tuang adunan cheesecake setengah penuh dalam setiap muffin cup yang berisi dengan kepingan Oreo.
- Sudukan sedikit melted chocolate atau Nutella ditengahnya. Kemudian tuang lagi adunan cheesecake dalam setiap muffin cup hingga hampir penuh. Swirlkan adunan dengan toothpick atau biarkan begitu sahaja.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20-25 minit sehingga cheesecake masak. Pastikan jangan overbake/terlebih masak nanti cheesecake retak.
- Keluarkan dari oven dan biarkan cheesecake sejuk sepenuhnya didalam tray sebelum dipindahkan. Simpan dalam peti sejuk. Cheesecake ini akan lebih sedap selepas disimpan dalam peti sejuk semalaman.
5. Resepi Vanilla Oreo Cheesecake
Vanilla dan oreo bila digabungkan memang satu gandingan yang sesuai kan. Makan ketika sejuk memang terasa moist di tekak. Resepi ini dari Zatul Itri.
Bahan-bahan
- 250g Cream cheese
- 200g Whipping cream.
- 4@5 sb gula
- Telor sebiji
- 4@5 sb tepung gandum
- 1 sb Essen vanila
- 2@3 sb vanilla powder
Cara Penyediaan
Base oreo cheesecake.
- Oreo blend bagi halus.
- Cairkan mentega dalam 1sudu .
Oreo cheesecake
- Putar cream cheese dengan gula sampai kembang.
- Dah kembang masukkan telur.
- Masuk essen vanila pulak yer.
- Masukkan tepung gandum dengan vanilla powder.
- Tuang dalam bekas dan tabur bekas oreo tadi.
- Bakar dalam suhu 150-160° selama 40-45 minit.
- Bakar sampai masak.
- Sejukkan dalam fridge semalaman.
Resepi Menarik Yang Lain
Jangan lupa cuba resepi yang telah kami kongsikan ini. Banyak lagi resepi menarik yang telah kami sediakan untuk anda. Terima kasih sekali lagi telah menjadikan laman web kami sebagai rujukan anda.