Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Koleksi Resepi Bihun Menu Ringkas Dan Kenyang

author name

Bihun atau mee hoon adalah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung beras, berbentuk halus dan nipis. Bihun boleh dimasak dengan pelbagai cara, seperti digoreng (bihun goreng), dimasak dalam sup (seperti bihun sup), atau digunakan dalam hidangan berkuah lain.

Selain itu ia sering dimasak dengan bahan tambahan seperti sayuran, daging, ayam, atau makanan laut untuk memberikan rasa yang lebih enak. Bihun terkenal kerana teksturnya yang ringan dan mudah untuk menyerap rasa kuah atau sos dengan baik, menjadikannya pilihan popular dalam pelbagai masakan.

1. Resepi Bihun Sedap

Resepi bihun sedap ini dari Ayu Mashruddin nampak menyelerakan. Ada pelbagai rencah yang ada dalam bihun ini.

Bahan-bahan

Bahan Tumis (blend)

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Kering (yang dah direbus/rendam air panas)
  • Udang kering
  • Tomato

Tumis bahan di atas sampai pecah minyak.

  • Perencah Bihun Goreng Adabi – ni saya suka tambah. Lagi sedap.
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Dada ayam
  • Sotong & udang
  • Fish ball & fish cake
  • Daging

Cara penyediaan

  1. Lepas masukkan semua ni tutup kuali.
  2. Perlahan sikit api.
  3. Bagi semua rencah ni keluarkan air.
  4. Sebab tu saya tak letak air dlm bihun saya.
  5. Semua air dari rencah je.
  6. Pastikan tutup kuali sbb kalau tak tutup takkan keluar air banyak sangat.
  7. Bila semua rencah dah masak boleh masukkan sayur.
  8. Saya suka letak kobis, carrot & daun bawang je.
  9. Carrot tu potong mancis utk nampak cantik.
  10. Bila semua sayur dah lembut, Masukkan garam & gula
  11. Akhir sekali masukkan bihun yg dah di tos.
  12. Gaul semua sampai rata.
  13. Masukkan tauhu yang dah digoreng.
  14. Kalau rasa kurang masin boleh lah tambah garam or kicap masin sikit.
  15. Kalau rasa kering, or bihun keras baru tambah air panas sikit.
  16. Utk hiasan : hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis & bawang goreng.

2. Resepi Bihun PAMA

Bihun PAMA salah satu jenama bihun segera yang cukup enak. Kalau anda nak yang segera, masukkan sahaja bihun PAMA dan campurkan dengan perencah yang anda suka. Resepi dari Hidayah Adilla.

Bahan-bahan

  • Bihun
  • Bawang putih 2 ulas
  • Kiub ayam
  • Lada
  • Daun sup

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak 2 sudu.
  2. Tumis bawang putih smpai perang , masukkan air dalam 2 cawan, biar mendidih masukkan lada, kiub ayam, bihun dan last sekali daun sup. Boleh adjust letak secukup rasa dan garam.
  3. Pecahkan telur kalau nak.

3. Resepi Bihun Sup

Kalau anda dah muak dengan hidangan nasi, boleh tukar dengan menu bihun sup. Memang kenyang sampai malam. Resepi ini dari Nazri Mat Zain.

Bahan-bahan

  • Ayam seekor potong 4 pcs
  • Rebus dgn air secukupnya
  • Mskkan 2 btg serai yg dititik
  • Mskkan sup bunjut adabi 1 pcs
  • Mskkan rempah 4 sekawan 👇
  • (1 pcs kayu Manis, 2 biji bunga lawang, 3 biji bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga

Bahan kisar

  • Bwg Besar 4 biji
  • Bwg putih selabu
  • Halia 100gram
  • Jintan Manis 2sb
  • Jintan putih 3 SB
  • Ketumbar 4sb
  • Serbuk rempah sup Baba’s. – 1 pek kecil
  • Serbuk kurma Daging Baba’s. – 1 pek kecil

Bahan sambal kicap

  • Cili akar segenggam
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 10 biji air limau kasturi
  • Kicap pekat kipas udang secawan

Blend semua diatas dan tuang dalam bekas

Bahan tabur

  • Taugeh
  • Daun sup dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Isi ayam yg telah dicarik

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah diblend hingga pecah minyak.
  2. Sambil tu sentiasa kacau sebab rempah ni mudah hangit, api jangan terlalu kuat.
  3. Masukkan kiub pati ayam 2 pcs.
  4. Bila dah pecah minyak.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
  6. Padamkan api dan tuang rempah tersebut ke dalam periuk rebusan ayam tadi.
  7. Bila dah didih rebusan ayam tu keluarkan ayam dan toskan.
  8. Tutup api kuah sup.
  9. Ayam yang ditoskan tadi lumur dengan sedikit garam dan kunyit dan goreng hingga garing.
  10. Angkat dah sejuk siatkan kecil.

4. Resepi Bihun Goreng Kicap Seafood

Orang kata kalau nak resepi kayangan, boleh letak seafood sebagai bahan rencah. Dalam resepi Nurul Ateekah ini beliau menjadikan seafood sebagai bahan rencah utama.

Bahan-bahan

  • 400gram bihun kering
  • Taugeh
  • Lobak merah(dihiris)
  • Bawang besar 1 biji(dihiris)
  • Bawang putih 6 ulas (dikatok)
  • Telur ayam 3 biji
  • Sotong
  • Udang
  • Serbuk perasa
  • Garam(jika perlu
  • Minyak masak secukupnya

Bahan sos

  • Kicap Manis (cap kipas udang) 8 sudu besar
  • Kicap pekat ABC 3 sudu besar
  • Sos tiram 3 sudu besar
  • Sos tomato 3 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Sos ikan 2 sudu besar

Cara penyediaan

  1. Rendam bihun sehingga agak lembut. Apabila sudah lembut, toskan bihun dan ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak masak secukupnya, goreng telur dan masakkan telur menjadi hancur apabila sudah sedikit garing, angkat dan ketepi.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga keperangan.
  4. Kemudian, masukkan kesemua bahan sos, serbuk perasa dan gaul sebati.
  5. Setelah itu, masukkan udang dan sotong, masak seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan bihun yang telah direndam tadi, lobak merah dan taugeh, gaul sehingg rata.

5. Resepi Bihun Singapore

Bihun singapore sangat sedap dipadankan bersama sambal kicap. Warna bihun ini cerah kerana tidak menggunakan sebarang sos. Resepi dari Siti Fatimah.

Bahan-bahan

  • Sbngks bihun (rendam 30 min)
  • Udg 15 ekor
  • Lada hitam1 sudu besar
  • Bwg putih 3 ulas
  • Bwg merah 4 ulas
  • Bwg merah 6ulas
  • 2 biji telur
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 ketul pati ayam knorr
  • Sedikit garam dgn gula
  • Sebiji tomato
  • Sayur sawi
  • Karot
  • Taugeh
  • Daun bwg
  • Sebiji cili merah

Cara penyediaan

  1. Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi…sampai pekat kemudian masukkan udang , pati ayam, air asam jawa ,garam dengan gula.
  2. Kemudian masukkan bihun , karot, tomato kacau bagi bihun, sayur sawi dengan karot betul-betul lembut kemudian masukkan ,togeh, daun bawang kacau seketika dan last sekali taburkan bawang goreng, telur, dengan cili merah.

6. Resepi Bihun Goreng Kicap

Bihun goreng kicap ini walaupun nampak mudah, tapi jangan diragui keenakanya. Letak udang sebagai perencah cukup lengkap hidangan ini dari Najlaa Roslin.

Bahan-bahan

Bahan tumbuk

  • 5 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih

Bahan lain

  • Sawi – kena banyak & wajib, air sawi ni buat bihun sedap
  • Udang hidup – pun sama kena banyak baru sedap
  • Cili merah – 2,3 bj, hiris serong
  • Lada sulah – wajib letak, banyak jugak br sedap
  • Sos cili
  • Kicap manis – banyak jugak bagi gelap bihun
  • Kicap pekat – bagi warna bihun kicap lebih menarik
  • Sos tiram – 1 sb lebih sikit
  • Gula – 2 sk
  • Lada hitam sikit

Cara penyediaan

  1. Tumiskan bahan tumbuk. Masukkan udang, kemudian batang sawi dan cili merah.
  2. Agak dah masak masukkan bahan kicap, lada sulah, lada hitam & sos, kemudian masukkan daun sawi dan bihun, rasakan, lada sulah kena banyak baru sedap.

7. Resepi Kuih Bihun

Mungkin ada yang pernah dengar dan tak tahu resepi kuih bihun ini. Kuih bihun ini tidak perlu digoreng hanya campurkan dengan gula dalam bentuk cawan. Resepi dari Pn Izan Musa.

Bahan-bahan

  • 1bgks bihun
  • 2cawan gula
  • Sedikit garam*
  • Pewarna*
  • Air 1cawan*

Cara penyediaan

  1. Satu kan bahan bertanda, masak sampai pekat.
  2. Masuk kan bihun tadi, gaul sebati.
  3. Guna periuk besar untuk senang gaul.
  4. Dah siap, toskan dia masukkan dalam talam dan ratakan biar kan sejuk dan kering.
  5. Minyak 1pkt untuk menggoreng panaskan minyak.
  6. Pakai penapis besi letak sejemput bihun, celup dalam minyak panas dah kembang, cepat angkat, masukkan dalam cawan.
  7. Dia melekat masa panas kalau dah sejuk tak akan melekat dah.
  8. Ulang sampai habis.

8. Resepi Bihun Goreng Tomyam

Bihun tomyam ini hanya perlu tambah pes tomyam dicampurkan sekali dengan bahan tumis. Bila dah siap goreng memang semerbak bau tomyam. Resepi dari Rozmaliza Omar.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
  • 6-7 ulas bawang putih**
  • 5 biji cili padi**
  • 3 sdb pes tom yum
  • 2 sdb cili kisar
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb sos ikan
  • Kobis dan carrot
  • 1 ikat sawi
  • 3 helai daun limau purut -dikoyak
  • Isi ayam, udang dan sotong
  • 1 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak tumis bahan bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.
  3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.
  4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih
  5. Masukkan bihun, sayur²an dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.
  6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

9. Resepi Bihun Goreng Ikan Bilis

Bihun goreng ikan bilis adalah resepi bihun yang cukup mudah nak buat sebab tak gunakan banyak bahan rencah. Tapi masih sedap. Resepi mudah dari Salwa Mhd Asrar.

Bahan-bahan

  • 1/2 bungkus bihun
  • 2 ulas bwg putih
  • Segenggam kecil ikan bilis yg dah dibelah
  • 2 ulas bwg merah
  • 1 sdb penuh cili kering blend/boh
  • 2 sdb sos cili Maggi
  • 2 sdk garam
  • 1sdk secukup rasa
  • Sayur

Cara penyediaan

  1. Rendam bihun bagi lembut sikit.
  2. Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan bilis.
  3. Panaskan minyak dan tumis rencah tumbuk tadi.
  4. Masukkan garam. Masak hingga wangi.
  5. Masukkan secukup rasa dan sos cili. Gaul rata.
  6. Masukkan bihun dan sayur.
  7. Masak hingga bihun gaul elok dengan perencah.

10. Resepi Bihun 12 Sudu

Resepi bihun 12 sudu ini pernah viral ketika dulu dek kerana meletakkan banyak gula dalam menu ini. Tapi hasilnya cukup sedap. Resepi dari Qiu Ieja.

Bahan-bahan

  • 1 peket bihun
  • Udang kering sepeket kecil
  • Bwg merah 3bj
  • Bwg pth 2 ulas
  • Cili kering 4 bj
  • Belacan bakar
  • Asam jawa
  • Gula 12sdt
  • Msg 2sdt
  • Garam 7sdt
  • Serbuk kunyit

Cara penyediaan

  1. Bakar belacan.
  2. Blender bahan bertanda*
  3. Goreng udang kering, dah masak masukkan bahan tumis tadi, tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan perasa, dan tumis lagi, dah pecah minyak masukkan bihun.
  5. Kacau lagi, api perlahan untuk dapatkan hasil bihun tidak hancur.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda nak tahu ada banyak lagi resepi menarik yang ada untuk anda. Jangan lupa baca resepi yang lain ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *