Resepi Mee Celup (Macam di Restoran Thai!)
Hidangan Mee Celup amat popular disekitar kita. Ianya merupakan menu yang selalu dipilih oleh rakyat Malaysia.
Kali ini kami bawakan resepi mee celup khas buat anda semua. Mee celup merupakan gabungan mee bersama kuah dan lada yang amat sedap. Dicampurkan pula bersama perut lembu, pasti menarik minat yang merasainya.
Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar dan mendapat banyak likes di media sosial. Jom kita tengok!
Resepi Mee Celup
Bahan – bahan:
- 3 bungkus sup bunjut
- 5 batang serai
- 5cm halia
- 5cm lengkuas
- Kicap adabi
- 1/2kg daging (basuh bersih dan tidak perlu potong)
Cara – cara memasak:
Kuah:
- Masukkan 2 air jug besar ke dalam periuk dan rebus bahan-bahan di atas sehingga menggelegak.
- Jika ada tulang lembu atau kaki ayam boleh rebus sekali.
- Jika suka perut lembu,, boleh letak sekali tetapi rebus secara berasingan.
Sambal lada:
- Kisar cili padi dengan cuka.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!