Resepi Lepat Jagung Manis Versi Thai Sekali Makan Gerenti Nak Lagi!

lepat jagung 2

Lepat adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan dibalut denga lazimnya daun pisang dan kemudiannya, dikukus. Namun begitu, kali ini kami bawakan resepi yang lebih unik iaitu resepi lepat jagung manis yang dibungkus menggunakan kulit jagung.

Lepat jagung manis menggunakan bahan yang amat ringkas yang terdiri daripada jagung, tepung beras, santan dan sagu. Lepat jagung manis ini pastinya menghasilkan rasa lemak manis yang pastinya semua orang suka. Cara pembuatan lepat jagung manis juga mudah, hanya terdapat empat langkah mudah sahaja. Mari kita lihat resepi lepat jagung ini dengan lebih terperinci.

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Syaidatul Fazreen di laman Facebook beliau dan mendapat banyak shares dan likes! Pastinya resepi ini menjadi kan?

Resepi Lepat Jagung Manis

lepat jagung 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 tongkol jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 pek santan serbuk
  • 5 sudu besar gula (ikut citarasa anda)
  • 1/2 cawan sagu
  • 1 sudu teh garam
  • Air sikit (untuk mengisar)

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan kecuali sagu. Jika menggunakan santan kotak, atau santan segar, masukkan satu cawan.
  2. Sekiranya adunan cair, masak sekejap di atas dapur. Tambahkan sagu dan masak.
  3. Jika adunan boleh dibalut terus dengan kulit jagung, tambah sagu sahaja. Gaulkan dan balut.
  4. Kukus selama 25 – 30 minit sehingga masak.
lepat jagung
Imej via Facebook

Tips:

  • Jangan lupa cuci kulit jagung.
  • Buka kulit jagung secara berhati – hati.
  • Potong depan dan belakang jagung bagi memudahkan untuk dikopek kulitnya.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *