Resepi Laksa Sarawak ( Unik Sedap)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu yang biasanya dinikmati diwaktu petang atau pagi sebagai sarapan. Seperti namanya laksa Sarawak berasal dari Sarawak, namun begitu walaupun namanya laksa ia mempunyai bahan yang seratus peratus berbeza berbanding laksa yang terdapat di Semenanjung.
Laksa Sarawak menggunakan mihun dan kuahnya seperti kari, ia mempunyai rencah dari daging atau ayam. Dimakan bersama samba, udang kering yang unik tetapi sedap. Kali ini Madam akan kongsikan resepi ini bagi anda yang mencuba sesuatu yang berbeza dari biasa. Berikut adalah bahan-bahannya yang anda boleh dapatkan di pasaraya tempatan.
Resepi Laksa Sarawak ( Unik Sedap)
Bahan-Bahan
Pes Laksa Sarawak – (200 gm)
- 8 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 10-12 tangkai cili kering*
- 1 inci lengkuas*
- 1 sk ketumbar
- 1 sk jintan manis
- 1 sk jintan putih
- 3 biji buah keras*
- 2-3 batang serai*
- 1 inci belacan bakar*
- 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
- 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
- sedikit garam
- sedikit minyak utk menumis
Kaedah
Pes Laksa
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).- Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
- Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak – (6 Orang Makan)
Bahan-bahan
- 200 g pes atau perencah laksa
- isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
- 1/2 kilo udang basah (pilihan)
- 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
- 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
- 2 batang serai (diketuk)
- 200-250 ml santan pekat
- garam dan gula secukup rasa
- taugeh (dicelur)
- sedikit daun ketumbar (diracik)
- limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Kaedah Laksa Sarawak
- Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan.
- Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai.
- Rebus hingga udang masak dan toskan ia.
- Ambil air rebusannya, masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
- Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur.
- Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.
- Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Sambal Udang Kering
Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- Sedikit belacan bakar (dikisar)
- Segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
- 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula
Kaedah Sambal Udang Kering
- Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa.
- Kacau hingga pekat.
- Siap.
Laksa sarawak ini mempunyai rasa yang berlemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan tambahan lain,p, Untuk memantapkan rasanya, laksa sarawak boleh dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.
Jadi bagi anda yang sukakan cabaran, bolehlah mencuba resepi ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.