Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Serimuka Pandan (Mudah Dan Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang popular. Kuih serimuka adalah sejenis kuih berasaskan pulut dan kukusan. Ia mudah didapati digerai-gerai kuih yang biasanya dijual sebagai hidangan makan pagi atau minum petang. Kuih ini sangat popular dikalangan pelbagai lapisan masyrakat kita yang semangnya majmuk dan harmoni.

Kuih serimuka adalah kuih yang dikukus. Ia bermula dengan membuat pulutnya kemudian ditambah bahagian atas yang sangat lembut dan harum. Penggunaan daun pandan yang paling mempengaruhi rasa kuih serimuka ini. Kali ini Madam akan kongsikan resepi kuih serimuka ini untuk anda yang ingin mencubanya. Berikut adalah bahan-bahannya.

Resepi Serimuka Pandan (Mudah Dan Sedap)
Bahan-bahan pulut 

  • Pulut 1 cawan (bersih dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam)
  • Santan cair 1/2 cwn
  • Garam secukup rasa

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan dan kukus hingga masak, keluarkan dari pengukus selepas ia separuh masak dan kacau kemudian kukus semula hingga ia masak sepenuhnya.
  • Ketepikan sebentar sementara masak bahagian atasnya.

Bahan-bahan lapisan atas

  • Santan pekat 1/2 cwn /1 santan kotak saiz kecil
  • 5 helai daun pandan dikisar bersama ½ cawan air
  • Gula1/2 gula 
  • 4 biji telur gred A 
  • 3 sudu besar tepung gandum (membukit)
  • Secubit garam

Kaedah

  • Kisar semua bahan kemudian tuang diatas pulut yang telah dimasak tadi. Kukus lagi selama 40 minit.
  • Tunggu sejuk sebelum ia dipotong.
  • Siap.

Untuk menghasilkan bahagian atasnya anda juga boleh menggunakan emulco pandan jika daun pandan sukar didapati ditempat anda. Manakala bagi amda yang tidak suka rasa yang terlalu manis anda boleh anggar sendiri sukatan gulanya mengikut citarasa anda. Bagi memudahkan untuk memotong kuih ini agar ia tidak melekat-lekat anda boleh balut pisau dengan pisau dan tambahan sedikit minyak masak agar ia licin.

Baiklah, cubalah resepi ini sebagai hidangan untuk majlis anda atau dibawa ke pejabat sebagai hidangan ‘pot luck’, rakan anda past sukakan rasanya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *