Resepi Kuih Kole Kacang (Gerenti Laku)

Resepi-Kuih-Kole-Kacang

Kuih Kole Kacang merupakan kuih yang amat popular di Johor Darul Takzim. Ianya amat lazat, kalau makan confirm cepat habis!

Kali ini kami bawakan resepi kuih kole kacang khas buat anda semua. Ianya lazat, mudah serta bahan – bahannya mudah untuk dicari! Bolehlah anda menyediakannya buat yang tersayang!

Resepi ini dikongsikan oleh Fauziah Ujie dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Kuih Kole Kacang

Resepi-Kuih-Kole-Kacang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 mangkuk @ cawan tepung kacang hijau
  • 3 mangkuk @ cawan santan
  • 3/4 mangkuk @ cawan gula pasir
  • 3/4 mangkuk @ cawan gula merah
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 helai daun pandan disimpul & dimasukkan dlm adunan

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan tepung kacang hijau, gula pasir, gula merah, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masukkan santan sikit demi sedikit sehingga habis.
  3. Godak dan masak sehingga pekat dan berkilat. Api jangan terlalu besar, Bila sudah pekat kecilkan api dan masak sehingga berkilat.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *