Resepi Kuih Chang Inti Ayam (Lazat Ketupat Cina)

kuih chang

Selamat pagi. Memandangkan ramai yang tanya berkenaan resepi kuih chang, maka kali ini kami akan kongsikan resepinya. Makanan tradisional masyarakat cina ini juga biasa disebut ketupat cina. Kuih ini banyak dijual sempena sambut perayaan pesta perahu bot cina.

Terlebih lagi jika ada member cina yang berbagi cerita dan sentiasa menggambarkan kelazatan kuih berintikan ayam dan kekacang ini. Inti ayam ini akan bersalut beras pulut yang ditumis dengan kicap dan lada hitam nantinya.

Makin ramai yang bincangkan kuih chang, makin teringin pula makannya. Sesiapa yang jauh, teringin untuk makan dan membuat kuih chang, sila tengok resepi yang kami tuliskan di bawah ini. Resepi dikreditkan kepada Paan Selamat yang berkongsi di laman Facebook.

Resepi Kuih Chang Inti Ayam

kuih chang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam cincang,
  • Beras pulut,
  • Kacang putih,
  • Cendawan shitake,
  • Buah berangan,
  • Daun buloh kering,
  • Lada hitam (optional),
  • Garam,
  • Gula,
  • Bawang merah,
  • Lada hitam,
  • Kicap pekat,
  • Kicap cair,
  • Bawang putih,
  • Air bunga telang,
  • Udang kering.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau wangi.
  2. Kemudian masukkan potongan daging ayam, kicap pekat, kicap cair dan lada hitam kacau hingga rata. Bila sudah siap, ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu ditumis sampai naik bau. Kemudian baru digaul dengan udang kering, cendawan shitake dan buah berangan sehingga garing dan ianya harus ditumis secara berasingan. Bila sudah siap tumis ketepikan.
  4. Daun buloh direndam semalaman. Esoknya toskan air rendam daun buloh serta rebus selama 1 jam sampai daun lembut dan mudah dilipat. Bila daun sudah sejuk, toskan air kemudian angkat daun dan lap daun sehingga kering sebelum kita gunakan untuk membalut beras pulut berisi inti ayam.

    kuih chang
    Imej via Facebook
  5. Buah berangan direndam semalaman, cuci serta rebus sampai lembut dan ketepikan dalam satu bekas sebelum ditumiskan dengan bawang putih.
  6. Kacang putih juga perlu dicuci dengan bersih serta direndam semalaman dan keesokannya ditoskan air rendaman itu lalu digaulkan bersama beras pulut semasa menumis beras pulut di dalam kuali.
  7. Rendam cendawan shitake sehingga kembang dan belah dua atau jika besar boleh belah empat. Cendawan sebelum kita rendam harus dicuci dengan bersih.
  8. Udang kering dicuci bersih macam biasa lalu direndam semalaman.
  9. Beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman. Bahagikan beras pulut kepada dua bahagian iaitu satu mangkuk saiz sederhana besar untuk beras pulut yang kita rendam dalam air bunga telang, manakala satu lagi besen kita rendam beras pulut dalam air yang biasa.
  10. Kemudian tumbuk bawang putih, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan beras pulut rendaman air biasa dan gaul rata diikuti memasukkan kicap pekat, kicap cair, lada hitam, gula dan garam sedikit. Ia perlu dimasak/tumis hingga semua bahan-bahan meresapi pada beras pulut tersebut. Jangan lupa masukkan kacang putih dalam beras pulut masa tumis beras tersebut. Bila sudah siap ketepikan dulu.
  11. Bila beras pulut sudah siap, ambil daun buluh, lipat bentuk kon segitiga, isi lapisan pulut biru (beras pulut rendaman telang), isi pula beras pulut tumis, kendian letak inti ayam dan bahan lain. Kemudian dilipat dan diikat dengan tali jerami sebelum kita rebus selama dua jam.

    kuih chang
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih chang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *