Kumpulan Resepi Kuah Rojak (Pedas, Manis, Likat)

Mahu kelainan yang menyengat dan pedas manis? Terokai dunia rojak dengan resepi kuah rojak istimewa. Resepi ini menjanjikan kuah rojak pekat, likat, yang memikat selera.

Lebih daripada sekadar campuran sos, kuah rojak ini menggabungkan rasa manis, masam dan pedas dengan sempurna. Resepi ini mendedahkan rahsia untuk menghasilkan kuah rojak yang kaya dengan rasa belacan, gula melaka, dan cili padi.

Bayangkan buah-buahan segar yang rangup disalut dengan kuah rojak pekat ini, menghasilkan perpaduan tekstur dan rasa yang luar biasa. Kuah rojak ini bukan sahaja sesuai untuk rojak buah, tetapi juga boleh digunakan untuk rojak sayur, tauhu, dan tempe.

Dengan resepi ini, anda boleh belajar cara membuat kuah rojak yang lazat. Makan rojak bersama rakan dan keluarga dengan kumpulan resepi kuah rojak dari laman Facebook yang kami kongsi di bawah.

Kuah Rojak Kenduri

Imej via Facebook

Resepi pertama dikongsikan oleh Sha Husman di laman Facebook. Kuah rojak ini dibuat dalam kuantiti yang banyak sebab biasa dipakai untuk kenduri.

Bahan-bahan :
  • 4 botol sos mudim yang berat 2.5 kg,
  • 1 botol kicap mudim 2.5 kg,
  • 4 ketul gula melaka,
  • Segenggam cili padi,
  • 2 inchi belacan siap bakar,
  • Bijan boleh agak-agak sahaja.
Cara-cara :
  1. Kacang tanah digoreng dahulu.
  2. Blend cilipadi dengan belacan.
  3. Campur semua sos kicap, gula melaka dan bijan di dalam periuk, kacau sampai masak.
  4. Kalau tidak cukup manis boleh tambah gula merah atau gula pasir.

Kuah Rojak/Colek Buah Edisi Niaga

Imej via Facebook

Asnita Ahmad berkongsi resepi kuah rojak di laman Facebook boleh buat niaga kecil-kecilan, modal pun kecil sahaja tidak sampai RM100. Rasa kuah rojak ini memang padu kalau anda betul-betul ikut resepi Cikta, dijamin mesti ramai yang repeat order. Tidak percaya? Cuba buat makan sendiri dulu.

Bahan-bahan :
  • 1 botol kicap Manis,
  • 1 botol air (sukat guna botol kicap),
  • ½ kg gula,
  • Lada dikisar halus,
  • Sedikit belacan dikisar halus,
  • 13 sudu tepung jagung dibancuh untuk memekatkan kuah.
  • Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar.
Cara-cara :
  1. Masukkan 1 botol kicap bersama 1 botol air, ½ kg gula, lada dan belacan yang siap dikisar. Masak sehingga mendidih.
  2. Kemudian perlahankan api dan masukkan tepung jagung yang siap dibancuh.
  3. Masa masukkan tepung jagung kena kacau selalu kalau tidak kuah akan jadi berketul-ketul.
  4. Teruskan masak sambil kacau-kacau sampai kuah bertukar jadi pekat berkilat. Bila kuah sudah berkilat maknanya kuah sudah masak.
  5. Boleh tutup api tapi teruskan kacau sehingga kuah sejuk atau setelah tutup api, kacau lagi setiap 3-4 minit sekali sampai kuah sejuk barulah tekstur kuah jadi pekat cantik berkilat.
  6. Waktu mahu makan tu boleh ditabur dengan kacang.

Kuah Rojak Homemade Stock

Imej via Facebook

Cik Pooja berkongsi resepi stock 5 kg kuah rojak di laman Facebook. Kuah ini kalau betul-betul dimasak sempurna tidak akan basi waalupun simpan pada suhu bilik. Tunggu sejuk baru boleh simpan dalam bekas ya.

Bahan-bahan :
  • Segenggam cili kering (dipotong dan dibuang bijinya, dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas dalam 5 minit je dan toskan),
  • Belacan,
  • 1 cawan gula merah (bukan gula perang ya),
  • 3 cawan gula pasir,
  • ½ cawan kicap,
  • 5 sb sos cili,
  • 3 sb tepung jagung (dibancuh dengan ½ cawan air),
  • 2 sb garam (boleh bubuh sedikit-sedikit kalau takut masin),
  • 2 sb bijan,
  • Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblend kasar.
Cara-cara :
  1. Cili belacan dan secawan air diblend sampai halus (masukkan dalam kuali),
  2. Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali),
  3. Masukkan gula pasir,
  4. Masukkan kicap dan sos cili,
  5. Masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih. Sentiasa kacau.
  6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan garam secukupnya.
  7. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau-kacau sebati.
  8. Masa ini memang kena kacau selalu guna api perlahan.
  9. Masak sampai kuahnya agak-agak pekat.
  10. Barulah masukkan 2 sb bijan dan 2 sb kacang tanah yang diblend.
  11. Kacang blend yang lebih ditabur lagi atas rojak bila mahu makan.
  12. Masak lagi sampai pekat hitam memikat.

Kuah Rojak Mudah

Imej via Facebook

Hasil buatan kuah rojak sendiri dijadikan hasil pendapatan harian oleh Fasya Irdina. Resepi yang senang dan mudah didatangkan dari laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Kicap cap kipas udang (lemak manis) 1 botol,
  • Sos cili manggi 1 botol besar,
  • Gula kabung 1,
  • Gula putih 1 senduk,
  • Lenga (hiasan) sangai,
  • Tepung Jagung 4 sudu makan bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah.
  • Air separuh jug.
Cara-cara :
  1. Masuk kicap, sos, gula kabung, gula putih,
  2. Masukkan air separuh jug dan nyalakan api pelahan, bagi semua bahan didih masa 40 minit, sambil kacau.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi untuk pekatkan kuah, boleh hiaskan dengan lenga.

Kuah Rojak Kacang Tanah Bakar

Imej via Facebook

Resepi kuah rojak buah daripada Fa Phong boleh dapat satu balang. Untuk menambah lagi kepaduan dan kejituan rojak buah ini, kacang tanah dibakar selama 10 minit pada suhu 200C dalam airfryer kemudian diblend. Tabur masa makan. Tiada airfryer tidak mengapa, boleh terus goreng di atas kuali tanpa minyak dan tumbuk atas lesung.

Bahan-bahan :
  • 1 botol kecil kicap kipas udang,
  • 1 botol kecil sos jenama maggi,
  • 1 peket kecil serbuk cili babas (rahsia kuah rojak tahan lama ialah selalu pakai cili boh),
  • Secubit belacan bagi kuat bau belacan boleh tambah,
  • Gula batu setengah peket,
  • Gula kabong 2 keping,
  • Tepung jagung,
  • Garam.
Cara-cara :
  1. Cairkan gula kabong dan gula batu dengan 1 cawan air.
  2. Letak kicap dan sos.
  3. Tambah lagi 1 cawan air.
  4. Masuk belacan.
  5. Garam 1 sudu kecil, masa ini boleh rasa kalau tidak cukup manis boleh tambah gula biasa.
  6. Tunggu mengelegak tambah tepung jagung (3 sudu bancuh dengan air sedikit dalam suku cawan). Siap.

Kuah Rojak Bebas Belacan

Imej via Facebook

Musim buah pelam, memang sedap dibuat jadi rojak buah, dimakan dengan kuah rojak padu sambil layan drama korea. Sesiapa yang tidak suka belacan boleh cuba resepi oleh Ae Jaa Sabri. Tapi kalau letak belacan memang lagi sedap bukan?

Bahan-bahan :
  • Gula nisan,
  • Cili boh,
  • Bawang merah,
  • Gula,
  • Air,
  • Kicap,
  • Tepung jagung.
Cara-cara :
  1. Campur semua bahan, air jangan banyak sangat.
  2. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit air tepung jagung.
  3. Bila sudah pekat boleh angkat dan hidang.

Kuah Rojak Senang

Imej via Facebook

Resepi seterusnya daripada Noor Latifah Shamsudin di laman Facebook. Walaupun resepi nampak mudah, tapi boleh dapat dalam 35 bekas lebih kurang.

Bahan-bahan :
  • Cili kering,
  • Sos cili sebotol besar 2.5 kg,
  • Kicap sebotol besar 2.5 kg,
  • Gula pasir 2 kg,
  • Gula merah 2 pek anggran dalam rm 6,
  • Otak udang @petis udang 4 botol,
  • Bijan ikut suka, lagi banyak lagi sedap,
  • Kacang tanah blend kasar 3kg,
  • Tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan di atas kuali hingga sekata.
  2. Masak hingga pekat. Siap.

Kuah Rojak Padu

Imej via Facebook

Makan rojak sempena sambut hari jadi pun seronok juga. Makan ramai-ramai bersama keluarga, mesti semua suka. Resepi dikongsikan oleh Nor Hafiza Ghazali.

Bahan-bahan :
  • 1 kg sos cili (paket) – Kimball,
  • 1 botol kicap pekat – Jalen,
  • 1 bekas otak udang / petis,
  • 1 kg gula,
  • 2 paket kecil serbuk cili,
  • Sedikit air asam jawa,
  • Garam secukup rasa ,
  • Bijan (sangai dulu),
  • Serbuk kacang tanah.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan (kecuali bijan dan serbuk kacang).
  2. Masak atas api perlahan sampai sedikit pekat (jangan pekat sangat. Nanti sejuk jadi lagi pekat).
  3. Masukkan bijan, biarkan sejuk.
  4. Masukkan ½ serbuk kacang. Kacau bagi sebati.
  5. ½ lagi serbuk kacang tabur masa nak hidang.

Kuah Rojak Mamak Style

Imej via Facebook

Nurrisha Mummyjb berkongsi cara-cara membuat kuah rojak mamak asli. Berbeza dengan kuah rojak buah yang hitam manis, kuah rojak ini pedas-pedas manis dan pekat.

Bahan-bahan :
  • Biskut marie,
  • Kacang tanah goreng ditumbuk,
  • Bijan disangai,
  • Serbuk cili kering dibancuh air,
  • Garam dan gula,
  • Air asam jawa.
Cara-cara :
  1. Biskut marie direndam seketika dengan air kemudian diblend.
  2. Masak hingga pekat likat. Siap.

Kuah Rojak Pedas Menangis

Imej via Facebook

Kebanyakan kalau beli kuah rojak mesti tidak puas atau kurang sedap. Buat sendri baru puas hati. Suami asyik puji sedap dan terbaik. Kuah rojak pedas menangis di bucu katil dikongsikan oleh Mizzs Lina Ali.

Bahan-bahan :
  • 1 botol kecil kicap lemak,
  • 1 botol kecil sos cili,
  • 5 sudu sos tiram,
  • 1 bekas pes otak udang,
  • 1 ketul gula merah,
  • 2 cawan gula,
  • Sedikit belacan bakar,
  • Segenggam cili kering (rebus dan blender bersama sedikit air dan belacan),
  • 5 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah),
  • 1 cawan kacang tanah goreng dan tumbuk,
  • 4 sudu bijan disangai,
  • 5 sudu tepung jagung,
Cara-cara :
  1. Masak cili kering blender dengan belacan.
  2. Masukkan bahan lain kecuali kacang tanah, tepung dan bijan.
  3. Sudah hampir masak, masukkan tepung jagung.
  4. Tutup api baru masukkan kacang tanah.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kuah Rojak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain