Koleksi 10 Resepi Makan Tengahari Masakan Kampung Paling Marbeles
Koleksi kali ini menghimpunkan 10 resepi masakan kampung yang biasa dinikmati orang Malaysia. Masakan kampung boleh didapati di warung, restoran dan sebagainya,dimana sahaja menu yang berasaskan masakan kampung. Namun masakan kampung sebenarnya amat mudah untuk disediakan sebagai hidangan kepada ahli keluarga sebagai makanan tengahari.
Salah satu kelebihan masakan kampung ialah ia amat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya bukan sahaja murah malah ia juga amat mudah ditemui. Bagi mereka yang bercucuk tanam sangat mudah untuk mendapatkan bekalan,berikut adalah 10 resepi yang boleh jadikan rujukan.
1. Resepi Lemak Cili Api Ayam Nangka Muda
Resepi ini merupakan salah satu lagi yang menjadi kegemaran ramai, ayam dan nangka muda digabung didalam gulai lemak cili api. Masakan ini mungkin ramai tahu cara membuatnya tapi apakata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan ini.
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam tua (rebus empuk, simpan airnya)
- Segenggam cili api
- Setengah inci kunyit hidup
- Tiga ulas bawang merah
- Satu ulas bawang putih
- 1 batang serai (tumbuk pecah)
- Santan dari 1 biji kelapa tua
- Satu paket nangka muda (direbus dahulu sehingga empuk)
- Satu keping asam keping
Kaedah
- Mula-mula kisar cili api, bawang merah,bawang putih dan kunyit hidup.
- Perah santan, asingkan perahan pertamanya sebagai patinya.
- Perahkan baki kelapa parut sehingga dapat jumlah yang kita inginkan. Biasanya satu jag kecil.
- Masukkan bahan kisar dan juga santan dalam periuk.
- Buka api dan tambahkan asam keping.
- Kemudian tambahkan ayam dan masak sehingga kuah mengelegak.
- Tambahkan nangka muda dan masak lagi, tambah air jika perlu.
- Masak sehingga mengelegak, akhir sekali tambahkan santan pekat.
- Kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
- Tutup api apabila kuah telah mengelegak, tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
- Siap!
2.Resepi Tempoyak Udang Kangkung
Tempoyak merupakan satu lagi bahan yang amat sinonim dengan masakan kampung apatah lagi apabila ianya dimasak dengan kangkung dan unik. Masakan ini ringkas kerana ia menggunakan teknik merebus sahaja,namun amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan utama
- 15 ekor udang besar
Bahan – bahan kisar
- Segenggam cili api
- 2 sudu besar tempoyak
- Air secukupnya
Rencah
- Sayur kangkung seikat (bersihkan dan siang)
- Perasa
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Serbuk kunyit.
Kaedah
- Bersihkan udang dan perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan bahan-bahan kisar kedalam periuk.
- Tambahkan serbuk kunyit agar warnanya lebih cantik dan tambahkan juga air
- Tunggu kuah mengelegak, baru masukkan kangkung
- Tunggu sebentar,baru masukkan udangkan biarkan ia mengelegak.
- Tambah garam dan serbuk perasa.
- Siap!
3.Resepi Lemak Cili Api Ikan Keli Salai
Seterusnya resepi yang merupakan lauk ‘trademark’ yang berasal daripada Negeri Sembilan. Lemak cili api disediakan menggunakan santan segar, cili api dan kunyit hidup atau serbuk kunyit. Kali ini kita menggunakan ikan keli yang disalai lebih awal. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan masakan ini.
Bahan-bahan
- Segenggam cili api
- 200 ml santan kotak
- 5 biji air asam limau kasturi
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Bendi
- Tomato
- 3 ekor ikan keli salai
Kaedah
- Mula-mula kisarkan cili api bersama sedikit santan masukkan sedikit serbuk kunyit.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk tambahkan sekarang sedikit serbuk perasa dan buka api.
- Selepas itu kacau sentiasa kuah ini dan tambahkan air asam limau.
- Masukkan bendi, tomato dan ikan keli.
- Masak sehingga kuah mengelegak dan pekat.
- Tutup api.
- Siap!
4. Resepi Gulai Nenas Ikan Masin
Seterusnya masakan kampung kali ini adalah sejenis masakan gulai atau berkuah yang menggunakan buah nenas dan juga ikan masin. Rasanya sedap ada rasa sedikit pedas masam dan masin. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang perlukan
Bahan-Bahan
- Nenas sebiji (kupas, potong nipis dan rebus sekejap)
- Santan dari sebiji kelapa parut
- Serai sebatang
- Bawang besar sebiji
- Cili kering yg siap rebus dalam 5 biji
- Cili kecil merah 3-4 biji
- Cili kecil hijau 8-10 biji
- Cili besar sebiji
- Ikan masin
- Serbuk kunyit
- Garam
Kaedah
- Isi nenas dipotong nipis, kemudian direbus seketika. Angkat dan toskan air nenas. Buang air nenas tu, jangan di ambil, tajam.
- Tumbuk bahan-bahan seperti bawang, segala cili, kunyit serbuk/kunyit hidup hingga lumat. Kemudian, masukkan serai dan tumbuk sedikit supaya pecah (jangan tumbuk sampai lumat).
- Dalam periuk (jangan buka api lagi), masukkan nenas bersama dengan ikan masin. Selepas itu, tuangkan santan dalam periuk serta masukkan rempah yang kita tumbuk tadi.
- Barulah buka api dan masak bahan dalam periuk tadi hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan perisa.
- Siap!
5. Resepi Sambal Bilis Tempoyak Terung Pipit
Seterusnya resepi terung pipit yang dimasak bersama sambal tempoyak. Rasanya seperti sampah tumis namun begitu apabila ianya ditambah Tempoyak memberi satu rasa yang sangat sedap berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- Terung pipit(1 mangkuk kecil/2 genggam)
- 2 genggam ikan bilis
- 1biji bawang besar (hiris bulat)
Bahan kisar
- 3 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih (pilihan)
- Cili kering yang dikisar 3 sudu besar
- Minyak utk menumis
- 1 cawan air
- 2 sudu besar tempoyak
- Asam keping (jika perlu)
- Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
Kaedah
- Terung direndam dengan sedikit air suam.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
- Tambahkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
- Masukkan sekali asam keping jika anda suka.
- Apabila cili telah garing, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula.
- Akhir sekali masukkan ikan bilis berserta terung pipit.
- Tambah sedikit air dan biarkan sambal pekat.
- Siap.
6. Resepi Asam Pedas Batang Keladi
Asam Pedas dikatakan terkenal di negeri Johor dan Melaka. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda asam pedas menggunakan batang keladi, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Semangkuk sayur keladi – disiang,direbus dengan garam dan asam keping. Toskan dan ketepikan.
- 10 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
- 1 keping asam keping saiz besar
- Garam
- Perasa
- Gula
- Daun kesom 2-3 pokok
Kaedah
- Mula-mula kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
- Masukkan sayur keladi tadi dalam periuk
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang ada sayur keladi tu
- Masukkan air secukup,garam, serbuk perasa, gula, ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kesom
- Masak hingga mendidih
- Padam kan api dan sedia untuk dihidang dengan nasi panas.
7. Resepi Lemak Cili Api Telur Itik Mangga Muda
Seterusnya resepi Lemak Cili Api telur itik mangga muda. Ia mempunyai rasa yang pedas,berlemak dan sedikit masam, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan utama
- 4 biji telur itik
- Daun kunyit (bersihkan dan hiris)
Bahan kisar
- Segenggam cili api
- Air secukupnya
- 1 sudu teh serbuk kunyit.
Bahan lain
- Santan dari 1 biji kelapa
- 1 keping asam keping
Kaedah
- Mula-mula masukkan bahan kisar kedalam periuk.
- Tambah separuh dari santan dan buka api.
- Tambah serbuk kunyit jika kurang kuning.
- Masukkan asam keping.
- Apabila kuah mengelegak masukkan baki santan dan garam serta serbuk perasa secukupnya.
- Kacau sebentar dan tambah air jika ia terlalu pekat.
- Kemudian pecahkan telur itik satu persatu.akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.
- Siap.
8.Resepi Ikan Cencaru Sambal
Resepi seterusnya ini sememangnya amat digemari terutama oleh penggemar ikan. Ikan cencaru atau nama lain ikan jaket amat digemari kerana isinya yang tebal apatah lagi bila dimasak sambal, berikut adalah bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- Ikan cencaru 3 ekor (basuh dan potong kepada 3 bahagian)
- Perasakan ikan dengan garam dan kunyit.
Bahan-bahan kisar
- Seperiuk kecil cili kering yang telah direbus hingga kembang.
- Sebiji bawang besar saiz sederhana
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci belacan
Bahan-bahan perasa
- Asam jawa setengah genggam,dibancuh dengan air semangkuk kecil.
- Garam 1 ½ sudu kecil
- Serbuk perasa ½ sudu kecil
Kaedah
- Goreng ikan tapi jangan terlalu garing. Ketepikan
- Sediakan kuali. Panaskan minyak dalam anggaran sesenduk.
- Tumiskan semua bahan-bahan kisar.
- Goreng dan biarkan cili naik minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua serasi, tambahkan air sedikit agar ia tidak terlalu kering.o
- Tambahkan garam dan serbuk perasa.Masukkan ikan goreng, biarkan seketika. Barulah tutup api, bolehlah dihidangkan.
9. Resepi Asam Rebus Tempoyak.
Antara menu masakan kampung yang sangat popular terutamanya di restoran kebelakangan ini ialah masakan seterusnya. Ianya amat sedap kerana ia menggunakan tempoyak dan cara membuatnya juga amat ringkas,
Bahan utama
- Ikan patin seekor sederhana atau apa-apa jenis ikan pilihan anda
Bahan – bahan kisar
- Segenggam cili api
- 2 sudu besar tempoyak
- Air secukupnya
Rencah
- Sayur terung telunjuk 5 batang
- Asam keping sekeping ( jika suka lebih masam)
- Daun kesum ( pilihan)
- Perasa
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Serbuk kunyit.
Kaedah
- Bersihkan ikan dan perasakan dengan garam dan kunyit.
- Masukkan bahan-bahan kisar kedalam periuk. Tambahkan serbuk kunyit agar warnanya lebih cantik. Tambahkan juga air dan asam keping jika perlu.
- Tunggu kuah mengelegak, baru masukkan terung dan daun kesum. Tunggu sebentar,baru masukkan ikan.
- Tunggu terung empuk dan ikan masak sebelum tutup api.
- Jangan lupa tambah garam dan serbuk perasa.
10. Resepi Sambal Jering Ikan Bilis
Resepi terakhir di dalam koleksi ini adalah masakan yang menggunakan jering sebagai bahan utama nya. Namun begitu bagi mereka yang jarang makan masakan kampung tentu tidak pernah merasai masakan ini oleh kerana itu anda seharusnya mencuba resipi ini dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- 1 piring kecil jering tua
- Segenggam ikan bilis (siap kopek)
- Segenggam cili kering (gunting dan rebus)
- 5 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)
- ½ inci belacan
- Asam keping 1 keping
- Garam dan gula secukup rasa
Kaedah
- Bersihkan jering, kopek kulitnya dan kikis biji dalamnya. Potong kecil seperi batang mancis, rendam dalam 10 minit kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
- Bersihkan cili kering dan kisar bersama bawang merah dan belacan.
- Tumis cili yang telah dikisar, apabila telah naik minyak masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
- Kemudian masukkan sedikit air jika ia terlalu pekat.
- Tambahkan asam keping.
- Masak lagi sehingga ia naik minyak sekali lagi.
- Tambahkan garam,gula dan serbuk perasa.
- Masukkan juga ikan bilis.
- Kemudian tambah jering yang telah digoreng garing.
- Gaul sehingga sebati.
- Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
- Gaul sebati dan siap!
Itulah dia 10 masakan kampung yang sangat sesuai dihidangkan di waktu makan tengah hari. Selain daripada ianya mudah di sediakan ia juga adalah antara makanan yang sihat dan juga murah. Kebanyakan sumber bahan dalam resipi ini boleh dicari di pasar tani ataupun jika anda rajin anda juga boleh tanam sendiri. Apa pun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini dan jangan lupa kongsikan Agai dapat dimanafaatkan orang lain.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.