Koleksi 10 Resepi Jagung Yang Senang Dan Memikat

Jagung merupakan sejenis buah yang sentiasa mempunyai peminatnya. Jagung adalah sejenis tanaman yang berasal dari Mexico Selatan. Ianya banyak tumbuh dinegara kita ini. Jagung mempunyai rasa yang amat sedap dan selalu dimasak dengan cara merebusnya. Bukan itu sahaja ia juga selalu dijadikan puding,kek, roti malah pop corn juga. 

Ada banyak resepi yang boleh dikongsikan namun dalam koleksi kali ini memadai kita kumpulkan 10 resepi jagung yang boleh anda cuba menggunakan berlebihan jagung di rumah nanti.

1) Resepi Lepat Jagung

Resepi jagung ini dikongsikan oleh Nur Syaidatul Fazreen di laman Facebook beliau dan mendapat banyak shares dan likes. Ia disediakan menggunakan isi jagung didalam lepat yang biasanya hanya menggunakan pisang atau ubi. Namun begitu rasanya tidak kurang hebatnya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

lepat jagung 2

Bahan – bahan:

  • 3 tongkol jagung
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 pek santan serbuk
  • 5 sudu besar gula (ikut citarasa anda)
  • 1/2 cawan sagu
  • 1 sudu teh garam
  • Air sikit (untuk mengisar)

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan kecuali sagu. Jika menggunakan santan kotak, atau santan segar, masukkan satu cawan.
  2. Sekiranya adunan cair, masak sekejap di atas dapur. Tambahkan sagu dan masak.
  3. Jika adunan boleh dibalut terus dengan kulit jagung, tambah sagu sahaja. Gaulkan dan balut.
  4. Kukus selama 25 – 30 minit sehingga masak

2) Resepi Puding Kastad Jagung

Satu lagi resepi popular yang telah dikongsikan oleh Haliza Zainol dan mendapat banyak perkongsian jagung yang sentiasa mendapat pemintaan dan amat digemari. Cara penyediaan juga amat mudah dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Jagung

puding jagung kastad

Bahan – bahan:

Puding Jagung:

  • 1 cawan tepung custard
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla
  • Jagung

Kuah Kastad:

  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air
  • Sedikit garam
  • 6 sudu besar gula
  • sedikit esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung custard

Cara – cara memasak:

Puding Jagung:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali jagung dan kacau supaya larut.
  2. Tapiskan ke dalam periuk dan masak di atas api sehingga pekat.
  3. Masukkan jagung dan kacau sehingga mendidih.
  4. Letakkan ke dalam acuan dan tunggu ianya mengeras.
  5. Simpan ke dalam peti.

Kuah kastad:

  1. Campur kesemua bahan dan masak atas api sehingga mendidih.
  2. Apabila kuah sedikit pekat, curahkan di atas puding tadi.
  3. Sejukkan dulu dan hidang semasa sudah sejuk!

3) Resepi Nasi Goreng Jagung

Selain dibuat manisan resepi berikut adalah cara menyediakan nasi goreng jagung yang juga amat menarik. Sesuai dijadikan sarapan pagi kerana tidak kurang sedapnya berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Goreng Jagung (Sarapan Ringkas) 2

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk

Bahan hiris

  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil jagung
  • 1 bahagian isi ayam
  • 3 ketul Sosej 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu sederhana mentega untuk menggoreng.

Kaedah

  • Mula-mula ramas nasi sejuk sehingga ia berderai.
  • Cairkan mentega dan tumis bahan-bahan hirisan bermula dengan bawang merah ,bawang putih.
  • Kemudian masukkan sosej dan ayam. 
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan tambahkan jagung. 
  • Akhir sekali masukkan sayur masukkan nasi dan gorenglah nasi menggunakan api yang besar.
  • Kacau sentiasa nasi sehingga benar-benar sebati.
  • Siap!

4) Resepi Jagung Manis Kelapa

Satu lagi resepi jagung yang menarik dan amat digemari, ianya suatu masa dahulu merupakan salah satu hidangan pencuci mulut yang paling sedap dan senang untuk disediakan. Anda juga boleh mencubanya sebagai hidangan pencuci mulut dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Semangkuk isi jagung rebus.
  • ½ kelapa parut isi putih
  • 1-2 tbs gula pasir.

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan gaul agar sebati.
  • Simpan didalam bekas bertutup dan sejukkan sebelum dihidang.
  • Siap

5) Resepi Air Jagung Puaka

Resepi beriku ini telah dikongsikan oleh Rose Farra dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia merupakan resepi yang telah menjadi viral beberapa ketika dulu. Ianya banyak dijual digerai tepi jalan dan harganya juga tidak kurang juga. Namun berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda cuba sendiri.

air-jagung

Bahan – bahan:

  • Perisa jagung – 5 sudu besar
  • Jagung tin – 5 sudu besar
  • Air masak – 2 cawan besar
  • Susu cair – Setengah tin
  • Susu pekat – 6 sudu

Tambahan:

  • Ais
  • Beledor hitam (Agar – agar)
  • Aiskrim

Langkah penyediaan:

  1. Masukkan perisa jagung dalam jag.
  2. Masukkan air dan susu cair.
  3. Masukkan susu manis.
  4. Tambahkan jagung tin.
  5. Masukkan ais dan aiskrim untuk lebih sedap!

6) Resepi Bubur Jagung Bersagu

Seterusnya ialah resepi bubur jagung yang pasti menambat selera anda terutama bagi peminat jagung. Penyediaannya juga amat mudah dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 tongkol jagung manis mentah – kopekkan dan keluarkan isinya
  • 3 sudu besar gula pasir – tambah lagi bila nak lebih manis
  • 3 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar sagu hijau atau apa-apa warna
  • 1 peket kecil santan segar
  • 2 helai daun pandan dan simpulkan.

Kaedah

  • Mula-mula rebus sagu sehingga ia menjadi kembang dan sedikit jernih.
  • Masukkan daun pandan dan tambah air .
  • Apabila air rebusan mendidih masukkan biji jagung tadi.
  • Tambahkan gula dan air jika perlu.
  • Apabila bubur mulai sebati tambahkan santan dan air lagi.
  • Jangan lupa secubit garam untuk menaikkan lemak santan.
  • Kacau sehingga santan dan semua bahan menjadi sebati.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

7) Resepi Jagung Cheese

Resepi ini dikongsi daripada Siti Nabilah Jamaluddin di laman Facebook. Ia merupakan resepi inovasi menarik menggunakan jagung rebus yang sangat sedap dan pasti menggoda peminatnya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

jagung cheese

Bahan-bahan :

  • 4 tongkol jagung,
  • 1 tin susu cair (fresh milk Dutch Lady),
  • 2 sudu besar susu pekat (kalau ingin manis boleh tambah),
  • 2 sudu besar planta/buttercup,
  • Garam,
  • Lada sulah,
  • 4 keping Cheddar.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk biar mendidih.
  2. Letak daun pandan supaya wangi.
  3. Siap.

8) Resepi Air Jagung 3 Layer

Resepi air jagung tiga layer ini dikongsi oleh Shikin Ibrahim di laman Facebook. Air jagung ini diubah suai dari resepi 3 Layer tea yang menarik kerana lapisan ari gula dan susu. Berbaloi untuk dicuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

air jagung 3 layer oreo

Bahan-bahan 1 gelas besar :

  • 3-4 sudu besar air gula nisan pekat, (seakan-akan pekat madu).
  • ¼ cawan susu cair,
  • 2 uncang teh (rendam dengan ¼ cawan air panas),
  • 2-3 keping biskut orea (buat hiasan),
  • Jagung 5 sudu besar,
  • Ais ketul secukupnya.

Nota :

Kalau gunakan teh timbang macam di kedai mamak, mesti rasanya lebih kaw.

Cara-cara :

  1. Tuang air gula nisan kira-kira 1 inci atau lebih ke dalam gelas.
  2. Masukkan ais hingga memenuhi gelas.
  3. Tuang susu cair hingga separuh gelas. Tuang perlahan-lahan dari sisi gelas untuk mengelakkan susu bercampur dengan air gula.
  4. Masukkan pula air teh hingga memenuhi gelas. Juga pastikan dituang dari sisi gelas.
  5. Akhir sekali, masukkan jagung dan biskut oreo.
  6. Siap.

9) Resepi Popcorn Karamel

Resepi berikut ini adalah sejenis resepi kudap yang diperbuat menggunakan bertih jagung dan digaul dengan karamel menjadikan Ianya tidak jemu dinikmati dan berikut adalah bahan-bahannya.

Resepi Homemade Karamel Popcorn Meletup-letup Dalam Mulut 2

Bahan-bahan

  • 3 genggam biji jagung
  • 3-4 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 sudu kecil garam

Kaedah

  • Panaskan minyak dan butter. 
  • Mula-mula pasang api sederhana sampai minyak dan butter panas.
  • Kemudian kecilkan api.
  • Masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena minyak.
  • Tutup periuk. Tunggu sampai bunyi “pop pop”.
  • Biji jagung akan meletup-letup tanda ia sedang masak.
  • Buka penutup periuk selepas bunyi semua telah berhenti.

Bahan-bahan karamel

  • 100 gram gula
  • 50ml air
  • 1 sudu besar butter
  • ⅛ tsp baking soda

Kaedah

  • Masukkan gula dan air dalam periuk. 
  • Biarkan mendidih dan tunggu sampai gula bertukar warna keperangan.
  • Bila gula dah bertukar warna perang, tutup api dan terus masukkan butter. 
  • Masa ni, gula akan berbuih-buih, terus kacau sampai buih hilang.
  • Tutup api, sedia untuk dicurah keatas pop corn.
  • Letak pop corn atas loyang dan bakar atas oven sebentar agar lebih rangup.

10) Resepi Cucur Jagung

Seterusnya ini merupakan resepi cucur yang amat sesuai dijadikan sebagai santapan minum petang. Menggunakan bahan-bahan yang mudah namun rasanya amat sedap dan berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Resepi Cucur Jagung Krap Krup Rangup 2

Bahan-bahan

A

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • Air secukupnya

B

  • 3 tongkol jagung mentah ambil isinya
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 2 batang daun bawang hiris bulat
  • 2 ulas cili besar buang biji dan hiris bulat
  • Segenggam udang basah atau udang kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk goreng tenggelam

Kaedah 

  • Sediakan bahan A iaitu tepung gandum dan tepung beras kecuali air
  • Masukkan bahan B satu persatu
  • Gaul kering dahulu
  • Masukkan air sambil kacau hingga mendapat kepekatan yang diingini.
  • Sediakan kuali dengan minyak yang banyak untuk goreng tenggelam.
  • Panaskan minyak dan senbduk adunan dengan sudu saiz besar.
  • Goreng hingga garing dan tos sebvelum dihidangkan.
  • Hidang dengan sos cili
  • Siap!

Itulah dia 10 resipi jagung yang telah diberi pelbagai sentuhan yang boleh anda cuba sendiri sebagai hidangan untuk keluarga anda ataupun untuk meraih sesiapa. Jagung tempatan mempunyai rasa yang manis tetapi besar sedikit kecil namun ia jauh lebih murah berbanding jagung yang diimport. Bagaimana pun diharap anda akan mencuba sendiri resipi resipi yang terdapat di dalam koleksi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *