Koleksi 10 Resepi Daging Sesuai Makan Dengan Nasi Pasti Terangkat

Daging merupakan salah satu bahan masakan yang sangat digemari hampir seluruh dunia. Biasanya daging yang dimaksudkan dalam masakan ini ialah daging lembu. Ada beberapa bahagian lembu yang digemari dan sangat sesuai untuk dijadikan masakan. Bagi sebuah negara yang mempunyai berbagai lapisan masyarakat di negara kita ini sudah tentu lah kita mempunyai kepelbagaian resepi yang menggunakan daging ini.

Koleksi kali ini mengumpulkan 10 resepi masakan menggunakan daging yang sesuai dimakan dengan dengan nasi dan ianya sangat mudah untuk disediakan oleh itu apa kata kita lihat 10 resipi yang telah kami kumpulkan untuk anda.

1) Resepi Rendang Daging Hitam

Resepi yang telah dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum ini telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Resepi rendang ini sedikit berbeza bertanding rendang daging yang biasa kita dinikmati. Ini kerana ia menggunakan tambahan kicap sebagai penambah rasa, namun begitu bahan lain yang digunakan adalah sama seperti rendang lain dan pasti menjaminkan keenakannya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Daging lembu (1 – 1.5 kg)
  • Dua/Tiga cawan minyak masak untuk menumis
  • 1 biji bawang merah Besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1~2 inci halia
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • 2 sudu ketumbar
  • 2 sudu jintan manis
  • 3 sudu jintan putih
  • 10 biji lada hitam
  • 1~2 biji bawang besar merah (dikisar)
  • 6~8 bawang putih (dikisar)
  • 1 mangkuk cili kering pedas (dikisar)
  • 2 inci gula melaka merah
  • 3/4 sudu kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • Sedikit perasa
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat) dan cili besar hijau (untuk dimasukkan sebelum tutup api)

Cara – cara memasak:

  1. Daging dipotong agak nipis atau mengikut kepada citarasa anda. Jangan tebal dan besar sangat, nanti lambat masak.
  2. Daging tersebut dibasuh dan toskan.
  3. Panaskan minyak masak.
  4. Masukkan kayu manis sekejap sebelum masukkan bahan tumis. Kacau sampai garing dan kekuningan.
  5. Kemudian masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar dan kacau hingga wangi sehingga pecah minyak menjadi jadi warna jernih.
  6. Masukkan cili kering kisar dan kacau sebentar hingga masak dan garing dan pecah minyak, masukkan santan 1kg dan gula melaka/gula merah yg ditumbuk kecil2. kacau sampai hancur gula. Masukkan daging yg telah dibasuh dan tos tadi.
  7. Kacau paste tu bersama daging sampai pekat dan hati masak.
  8. Masukkan sedikit kicap, bawang/cili potong jika suka, 2~4 sudu kerisik dan secukup rasa.
  9. Kacau, biar kuah memekat sikit baru sedap.
  10. Siap Daging Masak Hitam, bolehlah dihidang. Lauk ini enak dimakan dengan apa sahaja termasuk nasi beriani, pulut, nasi minyak dll.

2) Resepi Daging Masak Merah ala Thai

Resepi seterusnya ini adalah perkongsian oleh Farahziana Jarahim dan mendapat banyak perkongsian serta likes di Facebook beliau. Ia adalah masakan Thailand yang sangat digemari oleh orang kita. Daging masak merah ini mempunyai rasa yang manis dan pedas serta mempunyai aroma yang menarik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 3-4 ulas bawang putih
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Perasa
  • Garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  1. Rebuskan daging dahulu.
  2. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar.
  3. Ketukkan bawang putih.
  4. Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
  5. Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar.
  6. Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  7. Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu.
  8. Letakkan perasa, garam dan gula.
  9. Letakkan lada besar dan bawang besar.
  10. Kacau sebentar dan siap!

3) Resepi Dendeng Daging Hitam

Resepi berikut ini telah dikongsikan oleh Puteri Shazila Zainal Abidin dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. ia merupakan resepi yang diambil daripada masakan padang. Ia adalah sejenis masakan daging yang dimasak bersama rempah ratus dan sangat mudah untuk disediakan dan sesuai dihidangkan dalam menu makan tengah hari

Bahan – bahan:

  • Bawang besar 3-4 biji
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • Halia (besar 2 ibu jari) 😁
  • Belacan (besar 3 ibu jari) lbh pn ok..lg sedap
  • Cili kering blend (3-4 senduk)
  • Kicap manis (agak – agak untuk dpt wrna gelap) 100-150g
  • Asam jawa 30g
  • Gula
  • Daging 1kg – rebus (potong nipis ikut urat – selepas rebus)

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan belacan.
  2. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan cili blend, tumis lagi sampai garing dan masukkan gula secukup rasa (pastikan betul – betul garing dan naik bau) -kesedapan dendeng pada garingnya cili tu.
  4. Masukkan air sikit. Jangan banyak. Sebab nanti nak masuk air asam jawa dan air rebusan daging.
  5. Masukkan daging, gaul rata.
  6. Masukkan air rebusan daging.
  7. Tuang kicap lemak manis. Kalau suka hitam, lebihkan. Kalau nak nampak merah2 sikit, kurangkan kicap. Tuang sikit – sikit. Takut terlebih masin.
  8. Bila dah agak kering, masukkan air asam jawa.
  9. Biar atas dapur sampai air agak kering dan daging bersalut.
  10. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

4) Resepi Daging Bakar Thai

Seterusnya adalah resepi yang telah dikongsikan oleh Hilmi Yusof dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia merupakan masakan daging bakar yang diambil daripada masakan Thailand. Ia menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di negara kita namun begitu rasanya sangat sesuai dengan selera orang kita. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak masak
  • Bawang putih (bakar dulu)
  • Cili merah
  • Cili thai
  • Daun ketumbar
  • Sos nampla (sos ikan)
  • Air limau nipis

Cara – cara memasak:

  1. Gaul semua bahan dan perap bersama daging selama 1 jam.
  2. Lepas tu bakar ikut tahap garing yang anda suka.

Tips: Jangan bakar lama sangat untuk maintain kelembapan daging tu. Baru sedap. Saya bakar atas hot plat / gridle pan.

  1. Potong halus dan tumbuk cili & bawang putih.
  2. Cincang halus daun ketumbar.
  3. Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis

5) Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Resepi ini merupakan resepi popular masakan Negeri Sembilan. Ianya menggunakan daging salai kerana biasanya daging mentah akan mengeluarkan warna yang gelap dan boleh mempenagruhi warna kuning dalam masakan ini. Berbanding dengan daging salai kerana dengan cara  tersebut ia akan memelihara kenakan daging dan juga masakan ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan utama

  • 300g Daging yang telah disalai dan dihiris sederhana tebal.
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1batang serai ditumbuk
  • Asam keping (1/2 keping) boleh letak lebih kalau suka lebih masam. Tapi biasanya masak lemak cili api daging tidak perlu terlalu masam.

Bahan-bahan kisar

  • Cili api segenggam
  • Santan pekat ½ cawan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Kisar semua bahan-bahan kisar hingga halus.
  • Masukkan kedalam periuk,buka api dan kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Masukkan terus kentang dan serai yang telah ditumbuk tadi.
  • Tambah air jika perlu.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.Tambahkan serbuk kunyit jika kurang kuningnya.
  • Akhir sekali masukkan daging dan biar ia mengelegak sambil dikacau sentiasa agar tidak pecah santan.
  • Siap,boleh dihidang sekarang.

6) Resepi Daging Masak Belacan

Resepi yang telah dikongsikan oleh Zarina Moksin di laman sosial Facebook miliknya merupakan satu lagi resepi mudah yang boleh anda sediakan sebagai hidangan untuk keluarga anda. Ini kerana ia menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan juga cara untuk menyediakan masakan ini juga sangat mudah. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan masakan ini.

Bahan – bahan:

  • Daging (dipotong nipis)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Lada merah
  • Belacan
  • Bawang besar (dimayang)

Langkah – langkah memasak:

  1. Rebuskan daging terlebih dahulu. Potong daging nipis nipis.
  2. Tumiskan bawang dan cili padi.
  3. Masukkan belacan yang telah dikisar sehingga halus sehingga naik bau.
  4. Masukkan bawang besar yang telah dimayang.
  5. Masukkan daging dan perisakan bersama garam.

7) Resepi Kurma Daging

Seterusnya adalah sejenis masakan yang sangat popular dalam hidangan nasi kandar dan ianya telah dikongsikan oleh Aisyah Mansor di laman Facebook.Masakan ini sangat digemari terutamanya jika dihidang bersama nasi beriani, namun begitu ianya juga sangat sedap jika dijamu bersama nasi putih dalam hidangan untuk keluarga anda atau kenduri kendara, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan bahan:

  • Seekor daging kambing/daging lembu (anggaran 16 kg),
  • 7 biji kelapa (anggaran ikut saiz kelapa),
  • Garam secukup rasa,
  • 1 paket (100 gram) kulit kayu manis,
  • 1 paket (100 gram) bunga lawang,
  • 1 paket (100 gram) jintan manis,
  • 1 paket (100 gram) buah pelaga,
  • 4-5 pek (220 gram) rempah kurma Faiza,
  • 10 ulas bawang merah dihiris,
  • 15 ulas bawang putih dihiris,
  • 7 inci halia dihiris,
  • 1 cawan minyak masak.

Bahan Kisar :

  • 15 ulas bawang besar,
  • 18 ulas bawang putih,
  • 7 inci halia,
  • 18 biji buah keras supaya kuah jadi lemak,
  • Sayuran (untuk tabur selepas siap masak),
  • 4 tangkai cili hijau,
  • 15 biji ubi kentang,
  • 6 biji buah tomato dibelah dua,
  • 6 biji bawang besar dibelah empat,
  • Daun sup,
  • Daun pandan.

Cara cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat.
  3. Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
  4. Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
  5. Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang.

8) Resepi Daging Brokoli Cendawan Shitake

Resepi seterusnya ini adalah resepi yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Ia juga adalah masakan yang sihat kerana ia menggunakan teknik yang cepat untuk dihidangkan namun begitu daging digunakan dalam masakan ini mestilah daripada jenis yang lembut, berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan masakan ini

Bahan-bahan 

  • 150 gram daging lembut (hiris sederhana nipis)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu teh lada hitam hancur
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 7 biji cendawan shitake hiris memanjang
  • Brokoli dibelah memanjang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Kaedah

  • Perap daging dengan minyak bijan, lada hitam, kicap cair, sos tiram dan  tepung jagung. Ketepikan sebentar.
  • Dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak masak. 
  • Tumiskan bawang putih sehingga sedikit perang, kemudian masukkan daging yang diperap tadi. 
  • Masak sehingga daging bertukar perang.
  • Masukkan sayur-sayuran yang telah disediakan tadi.
  • Tambah sedikit air jika agar masakan ada sedikit kuah.
  • Siap!

9) Resepi Daging Cincang Goreng Ikan Masin

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Munirah Mat Jusoh dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.  Ianya unik jika dibandingkan dengan resepi yang lain, ini kerana ianya menggabungkan ikan masin bersama daging cincang. Namun begitu ia pasti menambat selera anda kerana ia menggunakan bahan-bahan yang sangat sinonim dengan masyarakat kita khususnya Melayu. Baiklah berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk menyediakan masakan ini.

Bahan – bahan:

  • 3 keping ikan masin
  • 300g daging segar yang dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2-3 biji limau nipis
  • Daun sup

Cara – cara memasak:

  1. Goreng ikan masing dengan api kecil hingga masak dan asingkan.
  2. Lepas tu tumis bawang putih dan cili dengan bekas minyak goreng ikan masim hingga bangkit bau.
  3. Selepas itu, masukkan daging. Sebelum air daging kering, tambahkan gula, sos tiram tunggu hingga air kering. Selepas itu masukkan ikan masin yang digoreng tadi bersama bawang besar.
  4. Goreng sampai garing dan tutup api. Perahkan limau lipis mengikut rasa. Kalu suka masam, anda juga boleh perah sebanyak mungkin.

10) Resepi Singgang Daging

Resepi terakhir dalam koleksi kali ini yang boleh anda cuba ialah masakan singgang daging ini. Masakan ini berasal daripada Pantai Timur dan ia pasti memberi kehangatan terutama jika dimusim hujan. Cara menyediakan masakan ini juga sangat ringkas dan bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah didapati, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan hiris

  • 1/2 kg daging 
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci halia – (hiris)
  • 3 ulas bawang merah 
  • 5-6 ulas bawang putih

Bahan lain

  • 3 tangkai cili kering – potong kecil
  • 1 sudu besar ketumbar biji – sangai dan tumbuk kasar 
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan aerbuk perasa secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Air – secukupnya
  • 4 tangkai cili padi merah

Kaedah

  • Masukkan kesemua bahan bahan dan air secukupnya ke dalam periuk.
  • Masak sehingga daging empuk. 
  • Tutup periuk supaya daging cepat empuk. 
  • Tambah air jika perlu.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi masakan berasaskan daging yang sangat sesuai dihidang bersama nasi sebagai jangan anda sekeluarga. Kenali bahagian-bahagian daging yang sesuai untuk dijadikan masakan contohnya masakan daging bersama brokoli itu menggunakan daging lembut manakala masakan untuk rendang sedap menggunakan daging batang pinang. Ini kerana bahagian-bahagian ini lembut,sangat sedap dan cepat masak. Apa pun diharap anda akan mencuba resepi-resepi yang telah dikumpulkan di dalam koleksi ini. Jangan lupa untuk kongsikan koleksi ini agar ia memberi manfaat kepada orang lain selamat mencuba!

Koleksi Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *