Ayam goreng merupakan salah satu makanan yang paling digemari oleh hampir setiap lapisan umur dan masyarakat. Ayam merupakan sumber protein yang sangat mudah ditemui ada di mana-mana sahaja. Dari utara hingga selatan, ayam goreng dengan mudah boleh didapati.
Ayam goreng mempunyai bahan yang sesuai untuk digoreng dan amat digemari. Namun bagi ayam goreng berkuah pelbagai bahagian ayam lain boleh digunakan.
Dalam koleksi kali kami himpunkan 10 resepi ayam goreng yang boleh anda cuba sendiri bagi memenuhi selera anda dan juga seisi keluarga,baiklah berikut adalah senari resepinya.
1) Resepi Ayam Goreng Perap Buttermilk
Ayam goreng buttermilk ini bukanlah seperti ayam goreng yang biasa kita dapati sebaliknya ia adalah resepi ayam goreng yang mempunyai rasa seperti ayam goreng KFC atau McDonald’s kerana ianya direndam dengan buttermilk dahulu sebelum ia digoreng, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam potong 8
- 1 cawan buttermilk atau 1 cawan susu tambah 1tbsp cuka
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar paprika
- 1 sudu besar garlic powder
- 1 sudu kecil black pepper
- Minyak yang cukup untuk deepfry.
Kaedah
- Perapkan ayam dengan buttermilk 1 jam.
- Campur semua bahan-bahan dalam plastic bag.
- Masukkan ayam sedikit demi sedikit dlm plastic bag tepung dan goncang untuk salut.
- Tujuan supaya bahagian dapat disalut sempurna.
- Ulang untuk semua potongan ayam.
- Keluarkan ayam2 yang telah disalutkan dan biar seketika (dlm15 min)
- Sementara itu panaskan minyak.
- Pastikan minyak betul2 panas dan gorengkan ayam hingga perang menggunakan minyak sederhana panas.
2) Resepi Ayam Goreng Korea
Ayam goreng Korea ini adalah ayam goreng yang digaulkan dengan sejenis sos yang pedas dan menggunakan bahan-bahan tertentu yang menjadikan ia sedap dan menarik. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 800g Ayam (potong kecil)
- Tepung Goreng Serbaguna
- Sos korea Adabi
- Sos cili
- Kicap cair
- Serbuk cili paprika
- Chili flakes
- Madu
- 4 ulas bawang putih (cincang lumat)
- Bijan Putih
- Daun bawang (hiris)
- Minyak Masak
Kaedah
- Bersihkan isi ayam dan hiris tebal
- Cucuk hirisan ayam dengan garpu supaya boleh dimasak dengan rata.
- Perap sebentar dengan tepung goreng segera
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul.
- Salutkan satu lapisan telur yang nipis pada hirisan ayam.
- Seterusnya, salutkan dengan tepung segera sekali lagi sebagai lapisan kedua.
- Panaskan kuali leper dan masukkan minyak masak.
- Kekalkan api sederhana semasa menggoreng.
- Masukkan ayam yang disalut tepung ke dalam kuali dan goreng dalam 10 – 15 minit atau sehingga masak.
- Alihkan ayam dan kurangkan minyak dalam kuali.
- Tumis semua bahan sos.
- Biarkan pekat dan gaul dengan ayam
- Tabur bijan dan hirisan daun bawang
- Siap!
3) Resepi Ayam Goreng Berlada
Seterusnya resepi ayam goreng berlada ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas dan juga semangkuk sup. Ia adalah masakan yang berasal daripada Negeri Sembilan dan cili yang paling sesuai digunakan ialah cili api kerana ia lebih pedas, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- Ayam dipotong kecil (1/2 ekor)
- 4 biji cili merah-buang biji-dikisar
- 10 biji cili padi hijau-dikisar
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu teh garam secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Kaedah
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak.
- Ketepikan.
- Tumis bawang besar sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan cili merah dan cili padi hijau yang telah diblender tadi dan kacau sehingga garing dan naik minyak.
- Kemudian masukan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Kacau semua sampai sebati, kemudian baru masukkan ayam.
- Kacau lagi hingga ayam sebati dengan sambal.
- Siap untuk dihidang.
4) Resepi Ayam Goreng KFC
Seterusnya ini merupakan resepi ayam goreng KFC yang menggunakan tepung goreng ayam. Ianya amat digemari terutama di kalangan kanak-kanak, berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.
Bahan-bahan
- Bahan-bahan (Perap untuk 1-2 jam)
- 1 ekor ayam potong
- 7 ulas bawang putih tumbuk
- 3 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu serbuk kari ayam
- 3 sudu serbuk pasti sedap
- sedikit soda bikarbonat
- sedikit garam
- sedikit air
Bahan tepung salut
- 2 cawan tepung jagung
- 3 cawan tepung ubi
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit serbuk lada putih
- sedikit serbuk bawang putih
- sedikit serbuk five spice
- sedikit serbuk oregano
- sedikit serbuk thyme
- sedikit soda bikarbonat
- 1biji telur
Kaedah
- Perap ayam 1-2 jam dengan bahan-bahan perapan tadi.
- Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.
- Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
- Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.
- Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.
- Toskan apabila telah masak
- Siap.
5) Resepi Ayam Goreng Lemon
Resepi berikut adalah resepi ayam goreng lemon iaitu sejenis masakan Cina yang sangat digemari dan boleh di sediakan sendiri di rumah anda. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 250 gram ayam dipotong dadu
- Setengah biji lemon diperah
- Setengah biji lemon dipotong bulat
- Sedikit kulit lemon dihiris.
- 10 tangkai cili kering
- 1 biji telor dipukul
- 4 ulas bawang putih
- Setengah inci halia dicincang
- Sedikit daun ketumbar
- Minyak bagi menumis dan menggoreng
- Garam dan gula
Kaedah
- Perap ayam dengan kulit lemon dan sedikit garam selam 10minit
- Panaskan minyak dan celupkan ayam ke dalam telur dan goring hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
- Untuk sos, ambil sedikit mintak tadi, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan cili kering dan kemudian perahkan lemon ke dalamnya.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang bersalut telur tadi dan goreng hingga sebati. Taburkan daun ketumbar ketika hendak makan dan dihidangkan.
6) Resepi Ayam Goreng Kari
Resepi berikut adalah cara untuk menyediakan ayam goreng kari. Jika kebiasaan nya ayam dimasak bersama kuah kari namun dalam resepi ini ayam ini digoreng kemudian digauldengan rempah kari dan memberi satu kelainan berikut adalah bahan-bahan yang telah digunakan
Bahan utama
- ½ ekor ayam saiz sederhana (potong sederhana besar,perasakan dengan garam dan kunyit))
- 3 biji kentang dipotong baji
Bahan kisar (A)
- 3 ulas bawang putih
- 5 bawang merah
- ½ inci halia
- 10 biji cili padi
Bahan hiris dan tumis (B)
- 2 batang serai (tumbuk pecah)
- 1 pelepah daun kari (atau segenggam daun kari kering)
- 1 biji bawang holland/bawang besar
Bahan C
- 3 sudu besar rempah kari daging + 1 sudu besar kari ikan
- (Tambahkan sedikit air agar ia menjadi pes)
Kaedah
- Mula-mula goreng ayam tetapi jangan terlalu garing, sekadar masak sahaja.
- Kemudian goreng kentang sehingga ia garing dan empuk.
- Ketepikan kedua ini.
- Tumiskan bahan-bahan B sehingga ia naik bau.
- Kemudian tumiskan bahan A pula dan goreng sehingga semua bahan layu dan berbau wangi.
- Selepas itu masukkan bahan C dan masak sehingga rempah naik minyak, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
- Tambahkan sedikit air jika ia terlalu garing.
- Masukkan ayam dan kentang, gaul sehingga semua bahan serasi dan Biarkan seketika agar semua bahan rempah meresapi ayam goreng dan kentang tadi.
- Siap, sedia dihidangkan bersama nasi panas.
7) Resepi Ayam Goreng Kunyit
Resepi seterusnya adalah resepi goreng kunyit yang telah viral sejak kebelakangan ini. Ia adalah masakan yang sangat sesuai dimakan bersama nasi berikut adalah bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Dada ayam 3 bahagian
Bahan perapan ayam
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 ½ sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan-bahan hiris
- Bawang besar 1 biji hiris bulat
- Bawang putih 2 ulas hiris nipis
- Cili api 6 biji dibelah dua atau buang tangkai sahaja
- Lobak merah 1 batang dihiris memanjang
- Kacang panjang atau buncis dipotong memanjang
Kaedah
- Mula-mula hiriskan isi ayam dan tambahkan dengan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan biarkan ia sebati
- Kemudian tambahkan bahan-bahan perapan dan biarkan ia seketika.
- Menggunakan minyak yang banyak dan pastikan ia panas, goreng ayam hingga ia garing, kemudian toskan ia.
- Menggunakan minyak yang sama, goreng bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng tidak perlu terlalu garing.
- Apabila telah siap, gaulkan ayam bersama bahan hiris yang telah digoreng tadi.
- Siap untuk dihidang
8) Resepi Ayam Goreng Berempah
Resepi berikut adalah resepi ayam goreng berempah yang bias nya dimakan bersama nasi lemak. Ia menggunakan beberapa bahan rempah kemudian diperapkan sebelum digoreng dengan menggunakan minyak yang banyak.
Bahan utama
- Sebelah ayam yang telah dipotong
- Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Bahan-bahan kisar
- Bawang besar sebelah
- Bawang putih 2 ulas
- Halia seinci
- Serai 1 batang
- Segenggam cili kering yang telah direbus dan dibuang bijinya
Bahan-bahan salutan tepung
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh serbuk bawang merah (pilihan)
- 1 sudu teh serbuk bawang putih (pilihan)
- 1 sudu teh serbuk mix herb (pilihan)
- Segenggam daun kari
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kaedah
- Bersihkan ayam dan perasakan dengan garam dan serbuk kunyit
- Kisar bahan-bahan kisar dan tuang ke dalam bekas berisi ayam tadi.
- Biarkan lebih kurang 30 minit
- Campur kesemua bahan-bahan salutan tepung dan ambil 2 sudu besar campuran ini dan campurkan dengan ayam yang diperap tadi.
- Panaskan minyak didalam kuali, dengan suhu yang sederhana.
- Sedia untuk mengoreng, salut ayam dengan tepung salutan sehingga meliputi keseluruhan bahagian ayam,
- Goreng ayam dengan api yang sederhana, kerana dikhuatiri ayam garing diluar tetapi mentah didalam.
- Boleh ditoskan sebelum dihidangkan.
- Siap.
9) Resepi Ayam Goreng Rangup
Resepi berikut adalah perkongsian dari Siti Nor Farahin di laman Facebook. Ia adalah salah satu cara untuk menyediakan ayam goreng rangup yang sangat enak dan boleh diratah begitu sahaja. Cara membuatnya sangatlah mudah dan bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Imej via Facebook
Bahan Perap :
- 6 ulas bawang putih ditumbuk,
- 2 sudu besar serbuk cili/paprika,
- 1 sudu besar rempah kari,
- 1 sudu besar gula.
- 1 sudu teh garam.
Bahan Salut :
- 1 ½ cawan tepung jagung,
- 1 cawan tepung gandum,
- Secubit soda birkabornat,
- 1 sudu teh baking powder,
- 1 sudu teh lada hitam,
- 1 sudu teh lada putih,
- 1 sudu teh chicken stok,
- 2 sudu teh garam,
- *telur sebiji
Cara-cara :
- Sediakan bahan perap yang telah dihaluskan.
- Kemudian oerapkan ayam dengan bahan perap beri sedikit air selama 10-15 minit.
- Siap perap, balut ayam dengan bahan salut yang sudah disebatikan. Caranya celup ayam dalam telur guna sepit, angkat ayam dan masukan dalam bekas tepung. Pastikan tangan kanan kering dan tidak terkena telur. Guna tangan kanan untuk salut ayam sahaja untuk elakan tepung berketul.
- Ratakan tepung pada ayam, celah ayam dan bawah kulit ayam.
- Lepas salut, tunggu ayam basah macam gambar selama 10-15 minit untuk elakan ayam tidak ada tepung dan elakkan minyak jadi hitam sebab banyak tepung yang masuk masa digoreng.
10) Resepi Ayam Goreng Cili Halia
Resepi terakhir di dalam koleksi ini merupakan perkongsian dari Anyss Mohd Auranyss di laman Facebook milik beliau. Ia adalah resepi ayam yang digoreng bersama cili dan halia, masakan ini sangat sedap dan juga sesuai dimakan bersama nasi panas.Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
image via Facebook
Bahan – bahan:
- 6 ketul ayam saiz sederhana (digoreng)
- 3 biji bawang merah*
- 2 biji bawang putih*
- 10 tangkai cili kering*
- Sebatang serai (dititik)
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- Sebiji bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 sdb sos cili
- 1/2 sdb sos tiram
- Gula perang
- Garam
Cara – cara memasak:
- Bahan bertanda (*) dikisar bersama terlebih dahulu.
- Panaskan minyak masak, tumiskan kesemua bahan hirisan bersama serai sehingga kekuningan.
- Masukkan bahan yang telah dikisar.
- Masukkan 1 sudu makan sos cili dan setengah sudu makan sos tiram.
- Masukkan setengah cawan air.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau.
- Masukkan gula perang dan garam.
- Kacau sehingga pekat.
Tips: Anda juga boleh masukkan bawang holland yang dimayang bersama cili merah dan lada benggala.
Itulah dia 10 resepi ayam goreng yang boleh anda cuba sendiri dirumah. Ada sesetengah resepi ini sesuai diratah begitu sahaja, namun ada pula yang sesuai dimakan bersama nasi malah ada juga ayam goreng yang sesuai dimakan bersama dengan nasi lemak. Bagi anda yang sedang mencari cari idea hidangan ayam goreng, diharap anda akan menggunakan koleksi ini sebagai sumber idea masakan anda.
Koleksi Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.
Leave a Reply