Koleksi 10 Resepi Asam Pedas Yang Paling Femes

Koleksi kali ini akan membawa kepada anda 10 resepi asam pedas yang paling didapati dinegara kita ini. Asam pedas merupakan hidangan yang berasal dari Malaysia khususnya di negeri Johor dan Melaka. Ia adalah sejenis masakan yang disediakan menggunakan cili kisar,bawang merah,bawang putih, halia dan belacan. Bagi sesetengah resepi ada juga yang menambahkan lengkuas. Bahan aroma seperti bunga kantan,daun kesom atau daun limau purut pula digunakan bagi meningkatkan lagi keenakkannya.Antara bahan yang paling banyak digunakan sebagai bahan utamanya ialah pelbagai jenis ikan, daging malah ayam juga.

Masakan asam pedas sememangnya mempunyai ramai peminat, sehingga ia menjadi masakan signature bagi sesetengah restoran. Baiklah mari lihat 10 resepi asam pedas yang telah dapat kami kumpulkan didalam koleksi kali ini.

1. Resepi Asam Pedas Mak De

Resepi yang pertama ialah asam pedas yang telah dicipta oleh seorang tukang masak yang berasal dari Melaka. Masakan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan anda haruslah mencubanya bagi merasai sendiri keenakkannya.

  • Ikan pari 300 g
  • Bendi
  • Tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 mangkuk cili kering (gunting dan rebus)
  • Sedikit Belacan
  • 1 inci Halia
  • Jintan putih & jintan manis 
  • 1 sudu makan halba
  • 2 pelepah daun kari (atau daun kesum)
  • Bahan Lain
  • 6 batang bendi
  • 2 biji tomato (belah 4)

Panas minyak, masukan halba, daun kari dan masukan bahan-bahan kisar tadi.

  • Goreng sampai naik bau.
  • Kemudian masuk kan air sedikit dan masukkan ikan.,gaul agar sebati.
  • Kemudian baru masukkan air asam jawa dan bahan-bahan perasa.
  • Akhir sekali masukkan bendi dan tomato
  • Tambahkan serbuk lada hitam jika gunakan ikan pari atau daging.
  • Jangan lupa garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Siap

2. Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi yang seterusnya ialah asam pedas ikan pari yang paling digemari.Resepi ini telah dikongsikan oleh Mohamad Arymin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial Saiz ikan pari yang lebar dan isinya yang sedap sering menjadi pilihan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1kg ikan pari
  • 3 genggam cili kering, gunting dan rebus bagi lembut.
  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • Kunyit hidup, sebesar ibu jari.
  • 3 batang serai, diracik halus
  • 1 cm lengkuas, dihiris halus
  • 1/4 paket asam jawa, bancuh dengan air
  • 2 sudu lada hitam, ditumbuk kasar
  • 4 biji tomato, dibelah empat
  • Daun kesum
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Garam dan perasa Maggi cukup Rasa.
  • Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, serai, dan juga lengkuas.
  • Masukkan minyak, tumis bahan kisar tadi sampai garing dan naik minyak.
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan.
  • Masukkan daun kesum, tomato dan lada hitam.
  • Perasakan dengan garam dan Maggi Cukup Rasa.
  • Siap!

3. Resepi Asam Pedas Ikan Keli

Resepi seterusnya adalah asam pedas yang mengguanakn ikan keli sebagai bahan utamanya. Ikan keli biasanya digoreng kerana dagingnya yang lembut, namun sebenarnya ia juga sedap dibuat asam pedas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Ikan keli sederhana 2 ekor ( bersihkan dan potong kecil)
  • Cili kering satu periuk kecil (gunting,rebus dan kisar
  • 4 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • ½ inci halia 
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 inci belacan
  • Sedikit asam jawa untuk dilumur pada ikan dan dimasukkn ke dlm asam pedas)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Bersihkan dan potong kecil ikan dan lumurkan dengan sedikit asam jawa (dibiar untuk seketika)
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
  • Tambahan air asam jawa dan air hingga mengikut kepekatan yang diingini.
  • Kemudian bilas ikan, lumurkan dengan garam dan kunyit.
  • Apabila kuah mengelegak baru masukkan ikan, ini untuk mengelakkan ikan hancur.
  • Renih lagi beberapa minit, tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan.

4. Resepi Asam Pedas Batang Keladi

Resepi berikut merupakan asam pedas yang mengguanakn batang keladi sebagai bahan uamnya. Ia juga amat sedap bila dijamah bersama ikan masin dan ulam-ulaman. Beirktu adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Semangkuk sayur keladi – disiang,direbus dengan garam dan asam keping. Toskan dan ketepikan.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 keping asam keping saiz besar
  • Garam
  • Perasa
  • Gula
  • Daun kesom 2-3 pokok
  • Mula-mula kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan sayur keladi tadi dalam periuk
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang ada sayur keladi tu
  • Masukkan air secukup,garam, serbuk perasa, gula, ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kesom
  • Masak hingga mendidih
  • Padam kan api dan sedia untuk dihidang dengan nasi panas.

5. Resepi Asam Pedas Tetel

Resepi seterusnya amat sedap dan dari yang lain, ini kerana ia menggunakan daging tetel sebagai bahan utamanya. Dsaging tetel ialah daging bahagian lemak atau lebihan yang biasanya tidak diguna tetapi amat sedap bila dijadikan bahan dalam masakan asam pedas ini.

Bahan-bahan

  • 1/2 kg daging lembu/daging tetel (rebus dahulu)
  • 5 helai daun limau
  • 1 liter air – gunakan air rebusan daging
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 25 – 30 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 2 batang serai – ketuk
  • Mula-mula bersihkan rebus daging hingga empuk.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dan serai sehingga naik bau dan garing.
  • Kemudian masukkan air rebusan daging dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan pula daging tetel. Kacau kemudian masukkan air asam jawa.
  • Setelah itu masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan daun limau. Biarkan seketika. 
  • Siap.

6. Resepi Asam Pedas Ikan Cencaru

Resepi asam pedas berikut menggunakan ikan cencaru sebagai bahan utamanya. Cara membuatnya juga amat mudah dan ringkas. Namun begitu rasanay amat memikat ramai pengemar asam pedas. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan Utama

  • 3 ekor ikan cencaru sederhana besar
  • Segenggam cili kering yang telah direbus hingga kembang.
  • Sebiji  bawang besar saiz sederhana
  • ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • Daun kesum 2 pelepah
  • Bunga kantan 1 kuntum
  • Sayur bendi 6 batang
  • Asam jawa setengah genggam,dibancuh dengan air semangkuk kecil.
  • Garam 1 ½ sudu kecil
  • Serbuk perasa ½ sudu kecil
  • Cuci ikan dan perapkan dengan garam  dan serbuk kunyit.
  • Ketepikan.
  • Panaskan api.
  • Tumiskan semua bahan-bahan kisar.
  • Tunggu sehingga tumisan naik minyak.
  • Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan semua serasi, tambahkan air jika ingin lebih kuah.
  • Apabila kuah telah mengelegak, masukkan ikan dan bendi.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.
  • Tutup api, bolehlah dihidangkan.

7. Resepi Asam Pedas Ikan Mayong

Resepi seterusnya ini merupakan masakan asam pedas yang menggunakan ikan mayong atau sesetengah tempat memanggilnya ikan duri sebagai bahan utama. Bahan yang digunakan didalam resepi ini juga sedikit berbeza dari asam pedas yang lain, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Sekilo kepala ikan mayong (siap potong dan dibersihkan).
  • Gaulkan garam dan kunyit. Ketepikan.
  • 3 senduk cili kering yang dikisar.
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih  3 ulas
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1sudu besar jintan kasar
  • 1 inci belacan
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 3 ulas bawang putih- hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji ketumbar
  • Air asam jawa secukupnya.
  •  Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau.
  • Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak.
  • Masukkan kepala ikan.
  • Gaul mesra ikan dgn bahan  tumis.
  • Bila ikan telah kelihatan masak, tambahkan air asam jawa.
  • Tambahkan air.
  • Kuah ini tidak perlu banyak air, ia enak jika kuahnya pekat.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tutup api bila kuah telah mengelegak dan pekat.

8. Resepi Asam Pedas Tenggiri Johor

Seterusnya ialah resepi asam pedas yang berasal dari Johor, ianya menggunakan ikan tenggiri sebagai bahan uatamnya. Antara bahan yang berbeza didalam resepi ini ialah penggunaan daun serai yang memberi sedikit kelainan didalam rasanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 2-3 keping potongan ikan tenggiri
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk
  • 1 batang serai – dititik
  • Sedikit belacan
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air biasa
  • 8-10 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato – dihiris
  • Garam dan gula
  • Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (anggaran 5 minit).
  • Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, boleh masukkan kemudian)
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.

9. Resepi  Asam Pedas Halba

Resepi seterusnya merupakan masakan autentik negara melaka, asam pedas yang asli sebenarnya tidak menggunakan banyak bahan kecuali halba. Bagi menikmati sendiri masakan ini, berikut adalah bahan-bahan tang diperlukan.

  • 2 ekor ikan kembung saiz besar (bersihkan)  
  • 10 – 15 biji kacang bendi
  • 1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
  • 1 liter air
  • 1/2 sudu kecil halba 
  • garam,serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak secukupnya 
  • 25 tangkai cili kering ~ gunting, buang biji, rebus & tos
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4  ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia 
  • 3/4 inci lengkuas
  • 1/2 inci belacan 
  • Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.  Masukkan air asam jawa & air secukupnya. Biar mendidih.
  • Masukkan ikan dan biar seketika sebelum tambah garam,serbuk perasa, halba dan kacang bendi. 
  • Masak sebati sebelum tutup api.
  • Siap!

10. Resepi Asam Pedas Ayam

Resepi terakhir didalam koleksi ini ialah resepi asam pedas ayam yang telah dikongsikan oleh Nuraishah Hasnan di akaun Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. Walaupun namanya agak lain, namun begitu sebenarnya masakan ini amat sedap. Bagi mengetahui akan keenakannya anda haruslah mencuba sendiri resepi dari perkongsian ini. Berikut adalah bahan yang diperlkan.

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Sengenggam besar asam jawa (ramas dengan semangkuk air)
  • Sengenggam besar cili kering* (gunting dan rendam)
  • 1-2 biji bawang besar*
  • 3-4 ulas bawang putih*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • Belacan sebesar duit 50 sen*
  • 1 sudu makan lada hitam*

Cara penyediaannya:

  • Blend bahan bertanda * sehingga lumat.
  • Tumis bahan blend sampai naik minyak.
  • Tumis sampai bahan blend betul-betul garing dan wangi.
  • Apabila sudah garing, masukkan air asam jawa.
  • Masukkan ayam, daun kesom dan bunga kantan.
  • Tunggu sehingga kuah mendidih dan ayam empuk.
  • Perasa dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula.
  • Siap!

Itulah dia 10 resepi asam pedas yang berjaya kami kumpulkan dalam koleksi kali ini. Walaupun secara asasnya bahan-bahan yang digunakan ialah sama, namun jika diperhatikan ada beberapa penambahan bahan yang menyumbang kepada rasa yang berbeza-beza tetapi sedap. Khusus bagi peminat asam pedas, anda haruslah mencuba resepi-resepi ini dan jangan lupa kongsikan agar dapat dimanafaat orang lain.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *