Resepi Kimchi Timun (Crunchy Syoknya!!)

kimchi timun

Pernah dengar Oi Sobagi? Kimchi timun yang sedap dan crunchy dipanggil oi sobagi.

Makanan ala Korea yang menyerupai kimchi kobis ini amat popular dalam kalangan penggemar kuliner Korea. Pasalnya rasa makanan ini sama saja dengan kimchi kobis beza hanya menggunakan timun dan rangup.

Penyajiannya juga mudah sangat dalam 30 minit boleh siap. Sesiapa yang hantu korea boleh cuba buat. Makan kimchi timun ratah macam itu sahaja sambil layan drama korea pun syok.

Resepi kimchi timun kali ini dikongsikan oleh Aishah Mat Adam di laman Facebook. Makan dengan nasi putih beras wangi dan telur goreng, sedap sungguh. Selamat mencuba.

Resepi Kimchi Timun

kimchi timun
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 8 biji timun kecil,
  • 2 sudu garam,
  • 2 biji lobak merah,
  • 1 biji lobak putih,
  • 1 biji bawang Bombay,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • Daun bawang secukupnya.

Bahan Pes :

  • 2 sudu sos ikan,
  • 4 sudu besar serbuk cili (saya guna serbuk cili Babas),
  • 3 sudu tepung pulut,
  • 1 cawan air,
  • 2 sudu bijan (untuk hiasan).

Cara-cara :

  1. Timun belah 4 tapi jangan sampai terpotong hujung timun (anggaran 2 inci dari hujung).
  2. Lumur garam ke seluruh timun. Kemudian rehatkan selama 20 minit.
  3. Hiris nipis lobak merah dan lobak putih.
  4. Daun bawang dipotong kasar.
  5. Blender bawang putih, halia dan bawang bombay.
  6. Dalam periuk masukan tepung pulut dan air, masak dengan api pelahan sampai pekat.
  7. Kemudian masukkan serbuk cili, sos ikan dan gula. Pes kimchi sudah siap.
  8. Sejukkan pes dalam mangkuk.
  9. Jika sudah sejuk, boleh satukan dengan semua sayur yang sudah siap dipotong kecuali timun.
  10. Cuci bersih timun yang sudah dilumur garam. Cuci sampai hilang rasa masin.
  11. Masukkan kimchi dalam belahan timun. Masa ini kena lembut sedikit, agar timun tidak patah.
  12. Akhir sekali boleh tabur bijan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kimchi timun, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *