Resepi Kerang Air Asam Yang Sihat dan Mudah untuk Disediakan
Kerang air asam merupakan hidangan yang amat sihat. Ini kerana kurangnya pengambilan minyak dan gula di dalam hidangan ini. Oleh itu, hidangan ini sesuai untuk menjadi salah satu alternatif untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Ianya juga sesuai untuk dimakan begitu sahaja sebagai snek atau dimakan bersama dengan nasi panas.
Kerangnya direbus atau dibakar terlebih dahulu sebelum digabungkan bersama dengan air asam. Air asam ini juga amat mudah untuk disediakan. Ianya juga menghasilkan kombinasi rasa yang amat menarik dan sudah pasti ramai yang menggemarinya. Bahan – bahan bagi penyediaan juadah ini juga amat mudah untuk didapati. Jadi jom kita tengok resepi ini!
Resepi ini dikongsikan oleh Ct Nazura dan mendapat perkongsian ramai oleh para netizen di Facebook.
Resepi Kerang Air Asam
Bahan – bahan:
Bahan Kisar:
- Cili api hijau dan merah
- Tomato
- Belacan
- Bawang putih
- Sos cili
- Kicap manis
- Air asam jawa
Bahan Potong:
- Cili api
- Cili merah
- Tomato
- Bawang merah
- 1 kg kerang
Cara – cara memasak:
- Kisarkan kesemua bahan kisar dan masukkan ke dalam bekas.
- Masukkan kicap manis, garam, ajinomoto dan gula.
- Letakkan bersama bahan yang dipotong.
- Perahkan limau jika suka.
- Hidangkan bersama kerang yang dibakar atau direbus.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!