Resepi Kerabu Pucuk Paku (Versi Kelantan)

kerabu paku

Untuk menu makan malam kami tuliskan resepi kerabu pucuk paku versi Kelantan. Hanya saja kali ini dalam resepi yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ia lebihkan santan untuk bagi berkuah sebab anak-anak lagi suka.

Kerabu pucuk paku versi kelantan dicampur isi ikan dan cili padi. Pucuk paku yang sedap dan lazat dimasak dengan santan dan kelapa parut yang berlemak. Apabila dimakan dengan nasi putih panas amat merangsang selera.

Sesiapa yang teringin buat kerabu pucuk paku boleh cubakan resepi di bawah. Mudah dan menyelerakan. Hidang sebagai lauk makan malam paling sesuai.

Resepi Kerabu Pucuk Paku

kerabu paku
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Pucuk paku (dicelur sekejap bagi lembut dan toskan).
  • Kelapa parut disangai sampai kekuningan (kalau susah dapat kelapa parut, pakai kerisik pun boleh).
  • Isi ikan direbus.
  • Santan pekat (panaskan sekejap dalam kuali untuk bagi kerabu tahan lama).
  • Cili padi dipotong kecil.
  • Bawang merah.
  • Lada hitam.
  • Perahan limau nipis (tidak bubuh pun tidak apa, tapi kalau bubuh jadi lagi sedap).

Cara-cara :

  1. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan garam sampai hancur.
  2. Kemudian masukkan isi ikan rebus ditumbuk sampai sebati.
  3. Campurkan bahan tumbuk tadi dengan bahan lain dan gaulkan semua sekali dengan sayur pucuk paku yang telah dicelur .
  4. Siap, sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerabu pucuk paku, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *