Resepi Kentang Goreng Rangup Kegemaran Anak-Anak
Kentang goreng merupakan kudapan yang menjadi pilihan ramai orang. Mungkin kerana tekstur rangup dan mengenyangkan salah satu kenapa kentang goreng ini menjadi pilihan. Bukan kita sahaja yang suka makan kentang goreng, malah anak- anak turut suka makan kentang goreng. Tetapi menjadi masalahnya ialah bila membeli kentang goreng di luar atau di kedai makanan segera, selalunya kentang goreng ini menjadi terlebih masin dan tidak sesuai dengan anak-anak.
Resepi kali ini kami bawakan resepi kentang goreng yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk anak-anak, dijamin bersih dan sihat. Jika nak beri mereka makan setiap hari pun, tidak perlu bimbang kerana kita tahu bahan yang terkandung dalam kentang goreng ini. Jom baca sampai habis!
Resepi Kiub Kentang Goreng
Resepi pertama ini merupakan resepi kiub kentang goreng, sesuai dijadikan sebagai kudapan minum petang atau minum pagi anak-anak. Saiz yang kecil ini mudah untuk mereka makan, Jom baca resepi dari Siti Shafinnatul Aierran.
Bahan-bahan
- 4 biji kentang saiz besar (direbus dan dilenyek)
- 4 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung ubi kayu
- Serbuk lada sulah secukupnya
- Garam secukupnya
- Perasa secukupnya
- Keju ikut yang disukai
- Daun sup (dihiris)
Cara Penyediaan
- Gaul rata semua bahan.
- Rollkan dan potong kecil – kecil.
- Tekan dengan sudu garpu hingga membentuk kiub.
- Goreng hingga kuning keemasan.
- Sedia untuk dimakan bersama dengan mayonis atau sos cili.
Resepi Kentang Goreng Stik Berlada
Resepi kentang goreng stik ini sesuai dijadikan kudapan, mudah nak pegang. Resepi ini seperti kentang biasa cuma di lenyekkan sahaja menjadi lebih panjang. Resepi dari Aini Suhaila.
Bahan-bahan
- Kentang (potong & rebus sampai lembut – toskan)
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Tepung jagung
Cara Penyediaan
- Ambil kentang yang siap rebus lenyetkan. Masukkan garam halus, lada serbuk. Kalau letak serbuk secukup rasa pun boleh. Masukkan tepung jagung.
- Gaulkan sehingga menjadi doh (tak melekat) . Tabur sedikit tepung jagung pada papan uli. Letakkan doh. Kemudian canaikan (lapik plastik).
- Potong panjang (stick) lurus. Letakkan atas dulang yang ditabur tepung jagung.
- Siap untuk di goreng.
- Goreng sehingga kekuningan dan hidang bersama sos pencicah.
Resepi Loaded Fries
Jika anda penggemar KFC, pasti anda kenal loaded fries. Kentang goreng yang dicampurkan dengan ayam, cheese dan mayonis ini cukup mengenyangkan. Jom baca resepi dari Mira Aznirah.
Bahan-bahan
- Kentang goreng
- Kuah
- Minyak untuk tumis
- Bawang besar potong dadu
- Daging kisar
- Sos bolognese
- Serbuk cili
- Lada hitam kisar
- Oregano
- Sos tiram sesudu
- Sos cili 2 sudu
- Pati ayam or ckup rasa (perasa)
- Add gula sikit
Cara Penyediaan
- Tumis bawang, masukkan daging kisar,sampai daging masak, masukkan serbuk cili, letak air sikit bagi serbuk cili masak elok letak sos bolognese, letak lada hitam, Oregano, sos tiram, sos cili dan perasa.
- Masak sampai kuah pekat.
- Boleh curah atas kentang.
- Bancuh cheese powder dengan air panas dah larut tambah sikit mayonis bagi lagi lemak berkrim.
- Boleh curah atas kentang yang letak di curah tadi.
- Letak mayonis dan siap.
Resepi Kentang Spiral
Dulu pernah viral kentang spiral ini. Pergi mana-mana kedai pasti akan nampak kentang spiral ini. Resepi viral ini telah dikongsikan oleh Nur Masri ini memang menarik. Anak-anak pasti teruja melihat kentang spiral ini.
Bahan-bahan
- Kentang
- Tepung bestari
- Lidi
- Sos cili
- Mayonis
Cara Penyediaan
- Kupas kentang.
- Basuh dan toskan kentang.
- Cucuk lidi pada bahagian tengah kentang. Buat bentuk spiral guna mesin atau alat khas, pisau.
- Bancuh tepung bestari dengan air, jangan terlalu pekat.
- Celup atau siram bancuhan tepung pada kentang.
- Panaskan minyak dalam kuali leper. Goreng kentang,
- Masak kentang ikut tahap kegaringan yang disukai.
- Drizzle dengan dan mayonis. Boleh juga letak sos keju jika suka.
Resepi Kentang Goreng Simple
Resepi yang ini pula adalah kentang goreng frozen, walaupun frozen tapi masih mengekalkan kerangupan kentang. Boleh lah dimakan bila-bila masa sahaja. Resepi ini oleh Masriza Basri. Menariknya kentang ini juga dibuat sendiri oleh beliau, jimat kan?
Bahan-bahan
- Kentang potong jejari dan rendam dalam air + cuka (ikut suka nak rendam berapa lama)
Option satu :
- Toskan dan gaul dengan tepung bestari yang original, nak pedas guna yang pedas, sampai semua kentang bersalut dengan tepung
Option dua :
- Kalau tak nak guna tepung bestari boleh guna tepung gandum campur tepung beras macam kita nak buat bancuhan goreng pisang. Jangan lupa letak juga garam sikit dan lada sulah jangan bayak sangat, nanti pedas
Cara Penyediaan
- Bila semua dah bersalut tepung, bolehlah mula menggoreng.
- Kalau nak buat frozen, goreng sekejap dan angka tos minyak dia. Biarkan sejuk dulu.
- Dah sejuk boleh masukkan dalam beg zip lock dan simpan dalam peti ais.
Resepi Menarik Yang Lain
Banyak lagi resepi menarik yang kami telah sediakan untuk anda cuba. Terima kasih juga kerana telah menjadikan laman web kami sebagai sumber rujukan masakan anda. Jangan lupa share ya!