Resepi Kek Pisang Chocolate Chip (Sedap Dan Mudah)

Satu lagi resipi kek yang amat popular tetapi telah diubah suai dalam resepi ini. Kek pisang kali ini menggunakan chocolate chip sebagai bahan tambahan nya. Kek pisang bersama chocolate chip amat sedap sekali. Membuatnya juga amat mudah anda tidak perlu menggunakan mesin pengadun, memadai menggunakan senduk biasa sahaja. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan kek ini.\

Resepi Kek Pisang Chocolate Chip

Bahannya:

  • 1 3/4 Cawan Tepung gandum
  • 1/2 Cawan gula putih
  • 1/2 Cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan coklat chip
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil baking soda
  • 3 bijii pisang di haluskan/lenyek.

Kaedah

  • Campur telur dan kedua jenis gula , kacau sekitar 1 menit.
  • Kemudian masukkan pisang dan kacau rata
  • Tambah tepung,garam, baking soda dan esen vanila dan kaup balik. 
  • Masukkan minyak dan kacau sebati.
  • Akhir sekali baru masukkan coklat chip dan gaul rata.
  • Bakar pada suhu 160c selama 30-40minit/ 325F
  • Selama 25-30 minit .

Kek ini tidak mempunyai rasa seperti kek pisang yang biasa kita boleh dapati di kedai. Dia mempunyai rasa sedapnya yang tersendiri. Bolehlah anda mencuba resipi ini untuk dijamu kepada tetamu anda atau kepada keluarga anda sendiri. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *