Resepi Kek Masam Manis Beri Variasi Rasa Gerenti Padu!
Selalunya, kek dikaitkan dengan rasa manis sahaja kan? Kali ini, kami bawakan resepi yang lebih unik iaitu kek masam manis! Ianya menggunakan bahan utama yang lain daripada yang lain, iaitu haw flakes. Haw flakes merupakan gula – gula kanak – kanak yang menjadi popular pada era 90-an. Jika kita menikmati kek ini, sudah pasti akan terimbas zaman kanak – kanak kita dahulu!
Resepi ini amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya mudah untuk didapati di sekitar kita sahaja! Anda boleh mendapatkan bahan untuk membuat kek ini di pasaraya berdekatan ataupun di kedai menjual barangan kek. Kek ini amat cantik kerana rupanya yang berlapis – lapis dan berwarna warni. Oleh itu, ianya pasti akan menjadi kegemaran sesiapa sahaja!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Mazaliza Mahayuddin dan mendapat banyak komen positif di media sosial. Mari kita lihat!
Resepi Kek Masam Manis
Bahan – bahan:
- 5 biji telur
- 250 gm mentega
- 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 tin kecil susu pekat
- 1 tsp esen vanilla
- 1 tsp baking powder
- Haw Flakes secukupnya
- Pewarna – ikut suka
Cara – cara memasak:
- Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek.
- Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan putar lagi
- Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
- Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian (terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian).
- Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
- Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci.
- Kukus sehingga masak selama 10 minit setiap lapisan. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
- Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!