Resepi Kek Coklat Cheese Larva Paling Gempak di Abad Ini
Anda inginkan resepi yang boleh buat semua ternganga? Anda seorang amatur yang inginkan pencuci mulut yang lazat dan mudah untuk disediakan? Kali ini, kami bawakan kepada anda resepi coklat cheese larva yang amat mudah untuk disediakan!
Kek coklat cheese larva ini mempunyai krim keju di bahagian tengahnya yang cair dan amat lazat. Kombinasi kek coklat bersama krim keju dan coklat ganache merupakan kombinasi yang sangat ideal kerana rasanya amat sedap dan disukai ramai!
Cara pembuatan kek ini juga mudah kerana tidak menggunakan bahan yang banyak. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan ataupun di kedai barangan kek. Jadi, pasti anda boleh menyediakan kek ini sendiri!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Mis Fiona Azua dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Mari kita lihat resepi ini!
Resepi Kek Coklat Cheese Larva
Bahan – bahan:
Bahan kisar:
- 1 cawan susu cair biasa
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak minyak
- 3 biji telur
- Secubit garam
Bahan ayak:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil bikabonat soda
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan ganache:
- 500g beryls milk compound
- 1 cawan whipping dairy
- 1 sudu besar majerin
Masukkan di oven dan biarkan sampai cair atau double boil
Lapisan putih:
- 250g cream cheese
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 cawan whipping cream
Cara – cara memasak:
Kek coklat:
- Kisar kesemua bahan kisar dalam masa kurang 5 minit.
- Panaskan kukusan hingga mendidih.
- Satukan kesemua bahan kisar bersama bahan ayak. Kacau rata.
- Rata tapis adunan untuk elak berketul.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu majerin supaya tidak melekat.
- Bakar pada suhu 170C selama 45 minit.
Coklat ganache:
- Masukkan di oven dan biarkan sampai cair atau double boil
Lapisan putih:
- Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan gebu menggunakan mixer.
- Tabur cip coklat.
- Sejukkan selama 2 jam, sedia untuk dimakan!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!