Resepi Kari Hijau Thai (Pekat Berkrim)

Pernahkah anda menyantap kari yang kaya rasa? Kari Hijau Thailand, atau dikenali sebagai Kaeng khiao wan amat digemari oleh orang yang suka makanan pekat dan berlemak. Bayangkan kuah kari yang berwarna kuning kehijauan menyelerakan, hasil kombinasi rempah seperti bawang merah, bawang putih, cili dan lengkuas. Santan kelapa menjadikan kuah kari ini pekat dan lemak, manis, masin dan masam yang seimbang.

Kari hijau kebiasanya dibuat dengan ayam yang lembut dan sayur. Rasa pedas, manis, masam dan lazat tercampur dengan sempurna, mencetuskan cita rasa yang pastinya akan membuat anda terlena.

Kari hijau Thailand sedap juga dimakan dengan nasi putih panas-panas. Sebagai menu makan tengah hari ataupun makan malam. Rasanya yang berkrim namun ringan amat sesuai dihidang untuk semua orang. Kami kongsikan 10 himpunan resepi kari hijau Thai yang menyelerakan. Rugi kalau tidak cuba.

Resepi Kari Hijau Thai Peberet

Imej via Facebook

Kari ini ditumis tidak pakai minyak masak di mana hanya panaskan sebahagian santan pekat di dalam kuali dan kacau sampai santan jadi minyak. Bila sudah jadi minyak terus ditumis. Aroma minyak kelapa memang mabeles bila bercampur dengan bahan menumis. Resepi dikongsikan oleh Memey Sedak di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ayam,
  • 1 ½ cawan santan pekat,
  • 2 batang serai diketuk,
  • 5 helai daun limau purut,
  • Garam dan gula secukup rasa,
  • Sedikit air,
  • Minyak untuk menumis.
Bahan kisar :
  • 5 biji cili padi hijau,
  • 6 biji lada besar hijau,
  • 1 biji lada bengala hijau,
  • 1 biji bawang besar,
  • 1 inchi halia,
  • 1 batang serai,
  • ½ inchi lengkuas,
  • 4 biji bawang putih,
  • 5 biji bawang merah.
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai.
  2. Masukkan ayam dan biarkan ianya mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan, garam dan gula. Kacau perlahan.
  4. Akhir sekali masukkan daun limau purut.

Resepi Kari Hijau Thai Lemak Pedas

Imej via Facebook

Kalau makan di Restoren Thai inilah lauk yang selalu diorder. Rasa dia lemak-lemak dan pedas. Ada satu bau yang boleh buat tambah berkali-kali. Rupanya bau daripada daun selasih. Kari hijau Thai versi Azira Mamat di laman Facebook.

Bahan blend :
  • Serai,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Cili Hijau ikut tahap kepedasan,
  • Serai,
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Daun selasih,
  • Kunyit hidup,
  • Daun ketumbar,
  • Gula melaka,
  • Jintan manis,
  • Ketumbar,
  • Belacan,
  • Jus limau nipis.
Bahan lain :
  • Terung,
  • Tomato,
  • Lobak Merah,
  • Daun limau purut,
  • Santan,
  • Garam
  • Daun selasih,
  • Air,
  • Ayam.
Cara-cara :
  1. Tumis bahan sampai naik minyak.
  2. Masukkan santan dan air.
  3. Jika sudah mendidih masukkan ayam dan garam.
  4. Akhir sekali masukkan sayur.

Resepi Kari Hijau Ayam Thai Pedas

Imej via Facebook

Makan tengah hari masak kari hijau ayam ala Thai dengan telur dadar. Dapat makan lauk ini dengan nasi putih panas memang padu. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Anis Nailah di laman Facebook.

Bahan pes kari hijau :
  • Halia,
  • Lengkuas,
  • Kunyit hidup,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Serai,
  • Daun kunyit,
  • Daun selasih,
  • Daun limau purut,
  • Cili padi hijau/cili hijau,
  • Daun ketumbar sekali akar dicuci.
    **Semua ini blend halus
Cara-cara :
  1. Ayam lumur dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan gula. Kemudian digoreng separuh masak.
  2. Tumis bahan blend tadi sampai naik bau dan bertukar warna hijau gelap. Kalau pekat tambah air sedikit.
  3. Bubuh ayam tadi.
  4. Masukkan serbuk ayam sedikit.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Terus bubuh santan atau susu segar jangan banyak sangat nanti warna jadi pucat.
  7. Masukkan daun limau purut sehelai-sehelai.
  8. Jangan lupa letak sebiji dua cili padi hijau dan daun selasih bagi wangi.
  9. Bubuh sos ikan sedikit.
  10. Akhir sekali picit sedikit limau nipis.

Green Thai Curry Pes Tumbuk

Imej via Facebook

Kalau ingin rasa padu rasa kari ini, kena tumbuk buat pes kari hijau sendiri. Pakai blender tidak ngam rasa dia, Faisal Ramli sudah cuba dan berkongsi resepi di laman Facebook.

Bahan pes kari hijau :
  • Cabai melaka (cili padi hijau) 20 pcs,
  • Bawang merah 2 ulas,
  • Lengkuas 1 inchi,
  • Serai 3 batang,
  • Daun limau purut 15 helai,
  • Kulit limau purut 1 biji,
  • Belacan 1 inchi (bakar dulu),
  • Akar pokok ketumbar 3 pcs,
  • Jintan manis 1 sudu (sangai),
  • Biji ketumbar 1 sudu (sangai),
  • Hiris semua bagi halus.
  • Setelah itu, bubuh dalam lesung dan mula tumbuk sampai lumat. Mula tumbuk dari bahan keras ke lembut.
Bahan Ayam Kari Hijau Thai :
  • ½ kg Ayam (dipotong),
  • 1 kiub pati ayam,
  • ½ liter Santan,
  • ½ liter Air,
  • 1 biji terung (potong),
  • 5 helai daun limau purut,
  • 5 helai daun selasih,
  • 2 biji cabai merah hidup,
  • 1 sudu gula,
  • Garam bagi cukup rasa.
Cara-cara :
  1. Masukkan air dalam periuk. Kalau ingin kuah cantik dan bersih, kaup keledak ayam yang timbul di atas.
  2. Bubuh dalam 4 sudu pes kari hijau tadi dan daun limau purut. Biar sampai rempah masak matang.
  3. Bubuh santan dan terung, perlahankan api. Biar mereneh.
  4. Kalau terung sudah lembut, bubuh daun selasih dan cabai hidup. Ingin lagi lawa, reneh sampai pecah minyak.
  5. Perasa ikut selera anda.
  6. Pes boleh buat lebih dan simpan dalam peti boleh guna bila-bila nanti.

Resepi Kari Ayam Hijau Thai Lemak Sedap

Imej via Facebook

Kari hijau Thai kali ini amat padu terangkat. Sedap kalau dapat hirup kuah dan makan dengan nasi putih. Paling menarik lagi sebab resepi ini letak lada benggala bagi lagi pedas. Ayuh cuba resepi Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 batang serai dihiris halus,
  • 4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas),
  • 4 biji bawang merah,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 1 inchi lengkuas,
  • ½ inchi halia,
  • 1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih,
  • 1 genggam daun selasih,
  • ½ camca teh serbuk jintan manis,
  • 1 camca teh serbuk ketumbar,
  • ½ camca teh serbuk lada sulah,
  • 3 camca besar sos ikan,
  • 1 inchi belacan dibakar,
  • 2 camca besar jus limau nipis,
  • 1 camca besar gula melaka,
  • 4 camca besar santan,
  • Sedikit air.
Bahan-bahan kari hijau Thai :
  • ½ ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan.
  • ¾ cawan tepung pipit,
  • 1 biji tomato, dibelah 6.
  • ¼ biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar.
  • 2 batang serai diketuk,
  • 4 helai daun limau purut,
  • 10 biji cili padi diketuk,
  • Pes kari hijau secukupnya (lihat resepi di bawah),
  • 300 ml pati santan,
  • Air secukupnya,
  • 1 kiub pati ayam (optional),
  • Jus limau nipis secukup rasa,
  • Sos ikan secukup rasa,
  • Sedikit gula,
  • 1 genggam daun selasih.
Cara menyediakan pes rempah kari hijau Thai :
  1. Kisar halus semua bahan-bahan untuk rempah kari hijau Thai.
  2. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan-bahan rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Bila rempah garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.
Cara menyediakan kari hijau Thai :
  1. Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya.
  2. Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk.
  3. Masukkan lada benggala, cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula.
  4. Masukkan jus limau nipis sedikit, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi.
  5. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

Resepi Kari Hijau Thai Sedap

Imej via Facebook

Makan kari hijau Thai untuk makan malam mesti menyelerakan. Mahu bertambah-tambah nasi putih. Lupa diet jadinya. Resepi dikongsikan oleh Syazwan Ahmad di laman Facebook.

Bahan kisar :
  • 5 tangkai Cili Hijau Besar,
  • 5-7 tangkai Cili hijau kecil,
  • 2 ulas bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • Serai sebatang,
  • 2inchi lengkuas,
  • 1 sudu kecil – ketumbar,
  • 1 sudu kecil – jintan manis,
  • 1 sudu kecil – jintan putih,
  • Tumbuk sehingga hancur,
  • Daun ketumbar – mesin halus,
  • Santan – 1 mangkuk,
  • Ayam – sebelah/500gram,
  • Daun limau purut,
  • Terung bulat,
  • 2 sudu sos ikan,
Cara-cara :
  1. Panaskan kuali, bubuh minyak.
  2. Masukkan rempah-rempah yang ditumbuk halus.
  3. Masukkan bahan kisar.
  4. Masukkan daun ketumbar.
  5. Masukkan ayam.
  6. Masukkan santan.
  7. Masukkan sos ikan.
  8. Masukkan terung bulat.
  9. Perasakan dengan garam dan aji.
  10. Masukkan cili hijau kecil.
  11. Masukkan daun limau purut dan akhir sekali daun ketumbar.

Resepi Kari Hijau Ikan Thai

Imej via Facebook

Resepi kari hijau Thai seterusnya bukan menggunakan ayam, tapi menggunakan ikan. Paling sedap sebab guna ikan tenggiri. Kami kongsi resepi masakan daripada Putra Bugis Temasek di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 600 gram ikan tenggiri bahagian isinya,
  • 5-6 helai daun limau purut,
  • 2 tangkai daun kesum,
  • 2 sudu besar sos ikan,
  • Garam secukup rasa,
  • 100ml pati santan,
  • 180ml air suam,
  • 4-5 kacang bendi, dipotong Panjang.
  • 2-3 biji tomato dipotong 4,
Bahan-bahan kisar :
  • 6 biji cili hijau,
  • 1 biji cili hijau benggala,
  • 3 tangkai daun ketumbar dengan akarnya,
  • 2 biji kulit limau purut diparut,
  • 1 ½ sudu teh serbuk jintan putih,
  • 1 batang serai,
  • 3 hiris lengkuas,
  • ½ sudu teh serbuk kunyit,
  • ½ keping belacan.
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan dengan 3 sudu besar minyak masak sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar.
  3. Masukkan daun limau purut, daun kesum, sos ikan, garam, pati santan, air suam, dan biarkan mereneh. Kacau sentiasa.
  4. Masukkan ikan, kacang bendi dan buah tomato sehingga masak.
  5. Hidangkan dengan nasi panas.

Kari Hijau Ayam Thai Lemak Pedas Manis

Imej via Facebook

Siapa suka hidangan kari yang tidak terlalu pedas? Kami ada resepi daripada Azahari Abdullah yang berkongsi di laman Facebook. Lauk ini lemak pedas manis, sedap dimakan bersama keluarga.

Bahan-bahan :
  • 1 batang serai *,
  • 1 batang serai untuk dimasukkan ke dalam masakan bersama bahan tumis.
  • 3 helai daun limau purut.
  • 1 -3 biji cili padi *,
  • 2 biji bawang merah, hiris halus*,
  • 4 – 5 biji bawang putih *,
  • 1 inchi lengkuas dan halia *,
  • ½ cawan daun ketumbar (guna semua sekali termasuk akar),
  • ½ cawan daun selasih atau sweet Thai basil (jika ada),
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis*,
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam *,
  • ½ susu teh serbuk ketumbar *,
  • 3 sudu besar sos ikan (nampla),
  • 1 inchi belacan atau udang kering satu sudu,
  • 2 camca besar jus limau nipis,
  • 1 camca teh gula perang/merah atau melaka,
  • 1 cawan besar santan pekat.
Cara-cara :
  1. Kisar bahan bertanda * dan tumis dengan 1 batang serai, 3 helai daun limau purut.
  2. Terus masuk sos ikan, gula merah, limau nipis.
  3. Bila pecah minyak masuk 400 gm ayam.
  4. Masuk terung hijau bulat.
  5. Bila mendidih masuk tomato, masuk santan pekat.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga pekat dan jangan bagi santan pecah minyak.
  8. Resepi Kari Ayam Hijau Ala Thai Wangi
  9. Semerbak bau ini kerana keharuman dari daun ketumbar dan daun selasih. Rasanya pun sedap dan menyelerakan. Boleh cuba resepi Nazura Zainal Abidin yang dikongsikan di laman Facebook sesekali tukar selera.
Bahan pes hijau :
  • Bawang merah kecil,
  • Bawang putih,
  • Sedikit halia,
  • Sedikit lengkuas,
  • Serai,
  • Daun ketumbar,
  • Cili Padi,
  • Cili Hijau.
  • Kesemua bahan pes ini dikisar halus.
Bahan lain :
  • Seekor ayam dipotong kecil,
  • 1 biji kelapa untuk santan,
  • Daun limau purut,
  • Daun selasih,
  • Buah tomato,
  • 2 biji limau kasturi,
  • 1 keping asam keping,
  • Garam dan gula.
Cara-cara :
  1. Masukkan pes hijau, asam keping bersama ayam ke dalam periuk/kuali.
  2. Gaul rata ayam dengan pes sehingga ayam kelihatan kecut.
  3. Kemudian baru masukkan santan dan daun limau purut.
  4. Masak sehingga kuah hampir pekat dan masukkan daun selasih dan perahkan 2 biji limau kasturi dan garam gula secukup rasa.
  5. Masak hingga sempurna.

Resepi Kari Ayam Hijau Ala Thai Wangi

Imej via Facebook

Semerbak bau ini kerana keharuman dari daun ketumbar dan daun selasih. Rasanya pun sedap dan menyelerakan. Boleh cuba resepi Nazura Zainal Abidin yang dikongsikan di laman Facebook sesekali tukar selera.

Bahan pes hijau :
  • Bawang merah kecil,
  • Bawang putih,
  • Sedikit halia,
  • Sedikit lengkuas,
  • Serai,
  • Daun ketumbar,
  • Cili Padi,
  • Cili Hijau.
  • Kesemua bahan pes ini dikisar halus.
Bahan lain :
  • Seekor ayam dipotong kecil,
  • 1 biji kelapa untuk santan,
  • Daun limau purut,
  • Daun selasih,
  • Buah tomato,
  • 2 biji limau kasturi,
  • 1 keping asam keping,
  • Garam dan gula.
Cara-cara :
  1. Masukkan pes hijau, asam keping bersama ayam ke dalam periuk/kuali.
  2. Gaul rata ayam dengan pes sehingga ayam kelihatan kecut.
  3. Kemudian baru masukkan santan dan daun limau purut.
  4. Masak sehingga kuah hampir pekat dan masukkan daun selasih dan perahkan 2 biji limau kasturi dan garam gula secukup rasa.
  5. Masak hingga sempurna.

Resepi Kari Hijau Thai Senang

Imej via Facebook

Kari hijau Thai ayam goreng bawang. Resepi dan cara buat paling senang. Selain itu, menggunakan labu air menambah kesedapan. Resepi dikongsikan oleh Intan Syahira di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ayam (4ketul besar),
  • 1 ½ cawan santan pekat,
  • 2 batang serai diketuk,
  • 5 helai daun limau purut,
  • Garam gula dan sedikit air,
  • Labu air setengah biji,
  • Kacang panjang,
  • Cili merah dan hijau.
Bahan-bahan kisar :
  • 6 biji cilipadi hijau,
  • 5 biji cili hijau,
  • 1 biji lada benggala,
  • 1 biji bawang besar,
  • 1 inchi halia,
  • 1 batang serai,
  • ½ inchi lengkuas,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 5 biji bawang merah kecil.
  • Kisar halus semua.
Cara-cara :
  1. is bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau kemudian masuk serai yang dititik.
  2. Masuk ayam biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan santan, labu air, kacang Panjang, garam dan gula. Kacau perlahan hingga labu agak-agak lembut. Terus masukkan cili hijau dan merah untuk hiasan.
  4. Akhir sekali letak daun limau purut. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kari Hijau Thai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain