Resepi Kari Ayam ala Nasi Kandar (Membangkitkan Selera)

kari ayam nasi kandar

Masakan mamak, memiliki ciri khas tersendiri yang tidak semua orang pandai tiru. Namun lain jika ada resepi yang betul-betul diwariskan dari mamak seperti kari ayam nasi kandar yang dikongsikan oleh SaiJenisha SaiDaughter‎ yang berkongsi di laman Facebook.

Rasa kari ayam nasi kandar cik SaiJenisha ini lebih kurang semacam kari ayam kedai mamak. Semestinya kalau sudah tercium baunya, perut terus jadi lapar tidak ingat dunia.

Sedapnya kari ayam dimakan dengan nasi kandar, makan dengan tangan tanpa sudu. Amboi, sedap menjilat jari! Kalau beli di kedai mamak untuk makan sehari boleh tahan juga mahalnya. Tapi kalau masak sendiri, untuk makan pagi, petang dan malam pun boleh puas.

Resepi Kari Ayam Ala Nasi Kandar

kari ayam nasi kandar
Imej via Facebook‎

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam dipotong dan dibersihkan (gaul dengan serbuk kunyit),
  • 1 biji bawang besar dihiris (untuk tumis),
  • 1 ½ sudu besar pes halia dan bawang putih,
  • 1 biji tomato,
  • 2 biji cili hijau dibelah dua,
  • 2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari,
  • ½ cawan santan pekat tidak dimestikan,
  • 2-4 biji kentang sederhana besar, dipotong dua.
  • ½ ml air atau kepekatan yang diperlukan.
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis.
  • Garam secukup rasa.

Rempah Ratus :

  • 4 sudu besar serbuk kari ayam/daging babas,
  • 1 keping kayu manis 2 inci,
  • 1 kuntum bunga lawang,
  • 2 biji buah pelaga,
  • 2 kuntum bunga cengkih,
  • 1 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan),
  • 1 sudu besar serbuk cili,
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih,
  • 1 sudu kecil jintan manis,
  • 1 sudu kecil garam masala.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
  2. Bila naik aroma, masukkan daun pandan (dipotong 3 helai), perlahankan api dapur.
  3. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepada warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih.
  4. Bila campuran ini mulai mengeluarkan aroma, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes).
  5. Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk rempah disaluti ketulan ayam dalam 2-3 minit. Kacau sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.
  6. Masukkan daun kari. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.
  7. Masukkan segera air ½ ml dan diikuti ubi kentang. Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit.
  8. Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.
  9. Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air dibawah.
  10. Masukkan santan, tomato, cili hijau, garam masala dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari.
  11. Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api dapur dan kari sedia untuk dihidangkan.
  12. Taburkan daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kari ayam nasi kandar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *